Spill :'(

Bismillah.

Selama ni sebolehnya aku jaga perasaan kau, hati kau. Kau minta aku faham kau, aku cuba sedaya upaya. Tapi aku rasa aku sering diperlakukan seperti tunggul, boneka. 
Luaran nampak biasa, masih mampu tersenyum. Namun calar di hati hanya Tuhan yang tahu.

Everybody has their limit.

Hasbiyallah !


*erk taktaw nape aku letak lagu ni.

i'm tired !

Bismillah.

Peeps, saya lulus computer test :D alhamdulillah. Okay mungkin bagi korang test komputer je. tapi bagi aku sangat seksa ouh. Berjaga sampai kul 2 pagi nak habiskan satu buku. Last minute study punye pasal ! Esok nak exam malam ni baru nak bace. Padan muka ! Dan hasilnya 47/50 ! :D fuhh lega giler. And thanks awak & awak yang teman saya berjaga.

On the way nak g gombak tu che mar call ajak gi sekola. Memang pagi tu baru nak ajak kan. Ajakla awal2 che mar sayang oii. Disebabkan sijil berhenti sekolah aku ada lagi kat ustaz, setuju je la nak follow dye. Tapi segan ouh. Aku pakai seluar track ngan jersi je kot. Cam baru balik dari jogging je gaya. Nak gi pasar malam pun ade. hahahaha. kisah pulak aku. Sakai tak sakai redah je. Bukan ada orang nk komen pun. Sampai sekolah kul 2 senget2. and cikgu2 ade meeting ! Sedih tak ? frust tak ? Wa datang dari jauh kot. Tiba-tiba jadi camni. Haish nasib badan.

Sementara tunggu ustaz hafizi, borak-borak dengan ustaz ismadi. Dia tanya nak amek course ape semua. Then dia pesan "kalau bukan kita yang sekolah agama nak belajar agama, siapa lagi. sains math dah ramai dah". Saya akui kata-kata ustaz. Baru sedar benda tu. Masih dalam pertimbangan. Hee. Then jumpa ustaz hafizi. Rindunya dengan ustaz. Ehh dengan kata-kata ustaz. bukan tuan dia. Hihi. Tapi tengok muka ustaz pun dah rasa macam dapat makanan rohani. Sungguh, tengok wajah orang beriman mengingatkan kita pada Dia kan ? :)

Tergesa-gesa nak balik sebab adik balik sekolah takde kunci rumah. Kesian kat dia kalau kena tunggu. Sampai rumah kul 7 senget2. So penat ! Seharian keluar. rawang > gombak > taman wahyu > kepong > rawang. Nak qadha tidur. Nak qadha online. Hehehehe.

#Walau awak macam dah buang saya. Saya takkan buang awak. Saya masih ingat janji kita. Sebolehnya saya cuba tunaikan janji tu. Walau hati ini terluka, terasa. Mungkin awak pun pernah terluka terasa dengan saya kan ? Saya masih sayangkan ukhwah kita. Girl, ireallymissyou !

two days ;)

Dengan nama Allah.

Hari tu duk rumah cuna. Dengan babygurls yang len. Macam-macam aku dapat. Memori terindah pengalaman termahal ! 2 hari yang mengajar aku banyak benda. 2 hari yang membuka mata aku tentang hidup. 2 hari yang membuatkan aku memandang sesuatu dari sudut yang berbeza. 2 hari yang mungkin mematangkan aku. 2 hari yang dipenuhi dengan suka duka tawa sedih. 2 hari yang mendekatkan yang jauh. 2 hari yang mngeratkan yang renggang.
Takpayahlah cerita kat sini. Cukup aku dan mereka tahu. Lagipun kalau nak sebut satu-satu kat sini memang berkajang-kajang. Hahahah. Thanks peeps for everything ! Thank you so much ! Setiap korang mengajar aku sesuatu. Menambahkan warna dalam hidup aku. May Allah bless us. May our friendship remains and never end ;)
.eka.tun.hanis.enna.anisah.anis.aqish.cuna.
lots of love <3

koop oh koop !

Bismillah.

Tiba-tiba rasa rindu kt koop. Hee. Rindu layan budak-budak. Rindu usikan cikgu-cikgu. Rindu nak uruskan barang dengan pembekal. Rindu kelam kabut kalau benda luar alam jadi.

Dulu time kerja masuk-masuk koop je terus susun air kotak dalam peti. Kalau masukkan lambat, lambat sejuk. Budak-budak bising. Yelah siapa suka air tak sejuk kan ? Dah tahu dah perangai smaklian ni. Then gi kaunter kira duit. Tinggalkan jumlah yg cikgu dah tetapkan dalam kaunter. Selebihnya catat dalam jualan harian. Kemaskini fail invois segala bagai. Kalau terlebih rajin, sapu lantai. Maklumlah saya tak suka persekitaran yg kotor. Hee. Eh jangan tak tahu. Kalau sapu lantai sambil berzikir, ganjarannya umpama sapu lantai Baitullah.

Kalau orang lain yang berniaga suka pelanggan datang, tapi saya tak. Hehe. Malas nak layan. Terukkan ? Lagi-lagi budak putera. Kalau yang jenis baik-baik, skematik eletrik tu takpe. Ni datang yang otai segala otai,  kuat merepek, memekak, jadi tugu koop memang aku dah mengeluh awal-awal. Tapi nak buat acano kan, kenalah layan. Yang dak puteri pulak, kalau tak tolak-tolak cam ada mega sale memang tak sah ! Time rehat jelah tapi. Tak cukup kaki tangan nak melayan. Kalau bukan time rehat pun ramai je. Sungguhlah, puteri smakl kuat makan. Except me ! Hahahahahahaha.

Kalau malas sangat, layan lagu kat komputer sambil main solitaire. Hehe. Nasib baik ajk-ajk koop rajin duty. Bolehlah aku buat rutin aku tu. Haaa kalau muka-muka yang kuat pauw datang, memang aku lari nyorok masuk bilik dah. Hahahahahahaha.Yelah, sekali minta belanja beringgit-ringgit. Kalau sen sen takpe lagi. Dah tu bukan sorang dua, kalau yang datang lima orang, lima-lima minta. Haiyoyoooo ! Memang aku bank kan. Tapi kadang-kadang aku yang minta budak-budak belanja. Hehehe. Eh ye ke kadang-kadang ? Cam selaluje. Hikhik. Halim ngan Leman yang turun ilmu kat aku. Sehari dapatlah around RM5-RM10. Hehe muka bahagia je.

Emm i want to say sorry untuk mereka yang pernah terasa hati, terkena angin amarah saya. Kerja bukan senang, sangat penat ! Yelah berinteraksi dengan orang kan. Bukan sorang, hampir satu sekolah kena layan. Mahu tak pening letih dibuatnya. Plus dengan masalah lagi. Kadang-kadang tak mampu nak kawal emosi. Lagi-lagi kalau bulan mengambang. Hewhew. Deeply sorry for my bad dids ! 0-0 okay ? Chill laa ;) Hah, untuk mereka yang selalu jadikan koop sebagai tempat escape, letak barang-barang haram, mesti korang dah tak boleh buat kan :P. Hahaha. Jadi-jadilah tu adik-adik oii. Berubah jadi pelajar yang berdisiplin !

And special for form3. Maaf salah silap sepanjang kak mengajar korang. Terlebih-lebih bergurau ke, tertengking termarah ke. Sorry taw. Seriously kak rindu korang. Rindu loya buruk korang. Rindu kacau korang. Rindu borak-borak dengan korang. Yang mulut potpetpotpet tulah buat kak asyik teringat kat korang. And baru kak rasa perasaan seorang cikgu bila ngajar korang. Dengan bisingnya, tak siap kerjanya, angguk angguk geleng gelengnya, nak tunggu semua datang. Taubat aku nak buat hal dengan cikgu ! Heee. Study smart pray hard ! All the best PMR nanti :)

Teguran-Nya tanda sayang :)

Dengan nama Allah.

Online tadi semua duk cakap pasal gempa bumi kat Indonesia. Siap ada member post lagi laporan rasmi gegaran tu.
"8.7-magnitude quake off Sumatra, tsunami warning - 4:55PM Apr 11, 2012
United States Geological Survey (USGS) has put the 4.38pm (Malaysian time) earthquake off Aceh at 8.9 
magnitude, 431km southwest of Banda Aceh.
The epicentre was about 962km west of Kuala Lumpur and tremors were reportedly felt, among others, in Subang Jaya, Penang and Alor Setar."
Tahukah anda,gegaran paling kuat adalah 9.0 skala ritcher. Sebentar tadi adalah 8.9.. Sangat kuat gegaran itu. Sebab itu, sampai Malaysia terasa..

Tapi lagi takut baca komen ni :

"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya" (Kaab bin Malik RA)

Rasa nak nangis je baca hadis tu :'(. Malu pun ada. Malu dengan bumi. Yelah, bumi yang hanya alam semesta, sentiasa taat pada aturan-Nya tahu takut, aku ni pulak macam mane ? Kadang-kadang tu buat dosa sesuka hati je. Tak ingat pun Allah sentiasa melihat. Astaghfirullah. Banyaknya dosa aku pada-Mu ya Allah. Terlampau banyak ! Mungkin ini peringatan Allah. Agar manusia tidak terus leka. Segera kembali kepada-Nya. Allah tegur kita dengan pelbagai cara kan ? Tanda Dia masih sayangkan kita. Tanda Dia menunggu kita kembali kepada-Nya. Kalau tak, mesti Dia dah datangkan bencana yang lebih dahsyat. Yang boleh meragut nyawa kita mungkin. Bila Allah sambung hayat kita lagi, tidakkah kita melihatnya sebagai peluang dan kasih sayang ?

Hati berbicara

Bismillah.

Sekadar meluahkan rasa.

Tak suka betul kalau nak tanye pape tanye kat orang lain. Tanyalah kat tuan empunya badan kalau nk taw cerita sebenar. Hey, come on la. Tanya pelakon cerita tu sendiri boleh ? Kesian orang yang ditanya tu. Jadi mangsa, jadi kaunter pertanyaan. Huh ! Sabar sabar, smile :) Kalau dia menipu sekali pun, itu urusan dia dengan Allah. Pandai-pandai dia la tanggung. Betul tak ? Sekurang-kurangnya kita dah tanya apa yang jadi sebenarnya tanpa terus percaya kepada khabar angin yang entah betul entah tidak.

Manusia bebas berkata apa saja yang mereka nak. Tapi hakikatnya hanya orang yang melalui perkara tersebut tahu yang sebenarnya. Mungkin kita tak tahu apa yang mereka rasa. Jahat macam mana pun orang tu, jauh di sudut hatinya mesti terselit perasaan bersalah, insaf. Hanya Allah yang tahu kan. Besar mana pun kesalahan yang orang tu buat, siapa kita untuk menghukum, mengata & memaki ? Allah sendiri tidak menjatuhkan hukuman sebelum menghantarkan Rasul ke satu tempat. Kita boleh pula berkata ini dan itu walau tidak pernah cuba mendalami dan merapat ? Jangan kerana kata-kata & perbuatan kita yang mengikut nafsu, manusia yang nak bangkit perbaiki diri, merapati Ilahi jadi putus asa & hilang kekuatan.


Don't bother to ask if u don't bother to care
Don't bother to care if u don't bother to ask


Post ini tidak menyebelahi sesiapa. Hanya luahan rasa. Dan renungan bersama. Segala salah silap maaf dipinta. Moga Allah limpahkan rahmat atas kita semua :)


Hlovate :)

Dengan nama Allah :)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd : 28 )

Manusia boleh berubah dengan apa juga cara, disebabkan kerana apa juga keadaan yang berlaku. Boleh jadi berubah kerana musibah, boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang, boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang, boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah di dalam Quran. Namun yang nyata Allah jugalah yang mengetuk pintu hati itu untuk berubah. Untuk lebih mengingati-Nya. Tidak hanya bertitik noktah pada solat lima waktu dan puasa Ramadan. Tapi lebih daripada itu. Dan bila begitu, apa yang hendak rugi ? Memang sesungguhnya dengan mengingati Allah hati itu akan menjadi tenang. Biar apa yang melanda dapat diterima dengan lapang. Mengingati Dia di waktu susah dan senang. Apabila hati telah terketuk begitu, hanya terpulang pada diri untuk buka pintu hati itu atau tidak.

Kita belajar daripada ujian. Kita belajar daripada pengalaman. Kita belajar untuk menerima ketentuan. Kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan. Kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada Dia tak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun.

Allah is there, for us.




RaNDoM

Bismillah.

Wohoo ! :D Alhamdulillah blog ni dah sihat setelah sekian lama menyibukkan diri di wad ICU. haha ape aku goreng ni. hee.

#1
Seminggu duk kg macam-macam nenek aku sumbat dalam tangki ni. Ntah bape kg naik pun taktaw. Penat je kempiskan badan time keje dulu tahu ! hmm. Disebabkan itu saya dengan terpaksanya kenala diet :( sedih sedih. takpe, nafsu makan berkurang nafsu lain pun turut sama. haha sori guys merapu jap. tapi betul taw. segala-galanya bermula dengan nafsu makan. peace ! act nak duk kg lagi lame. tapi umi suruh balik. so sad :( tapi untung jugak tak duk lama-lama. kang saya balik kl ni montel cam ape je dikerjakan nenek tersayang kat kampung. haha

#2
Taknak kerja tapi hati ade rase nak even sikit. Hmm macam mana tu. Dah pening fikir pasal ni. Serba salah kat cikgu sebab tinggalkan koop camtu je. Takde sape2 nak ganti aku ke jadi pembantu koperasi ? I'm really sorry, cikgu. Banyak hati yang saya kena jaga. Tapi kalau ade rezeki, saya datang balik ye :D cehh gaya cam cikgu buka je blog aku ni. hahaha

#3
Setiap hari kena pastikan solat Dhuha ditunaikan, Quran dibaca & dihafal. Dulu time kerja bising kat diri sendiri tak sempat nak buat itu ini, tak laratlah. Hah sekarang kan Allah dah bagi peluang ! Tinggal diri ni je nak buat ke taknak. Kalau tak buat sungguhlah kau ni manusia yang tak bersyukur zafira. Dah tak kerja tak buat pape banyak masa free., then kau nak sia-siakan macam tu je ? Hani, bila aku malas nak dhuha kan mesti aku teringat kau. Then jasad ni automatiknya gerak g amek wudhu. Huhu

#4
Ade orang tanye ape ciri-ciri lelaki idaman saya. Hahahaha. K saya taktaw. Takde jawapan untuk itu. Tapi yang pasti lelaki yg smoke, tak jaga solat, pakai seluar pendek (tak tutup aurat la senang cite) & pakai pehiasan perempuan saya REJECT awal-awal. *angel laugh.

And of course somebody i feel comfortable with :)