C.I.N.T.A

Terbang bebas seperti rama-rama
Itulah perumpamaan cinta.

Bila kata cinta, tandanya mahu masuk syurga bersama
Maka apa-apa yang tidak membawa ke syurga, itu bukan cinta namanya
Tinggalkanlah walau hati terseksa.

.......

Bibir tersenyum, namun hati sakit menderita
Mengharap semuanya pantas berlalu
Agar aku bebas dari suasana ini
Yang membuatkan aku semakin hilang identiti diri

Tanpa sahabat disisi
Yang sering menjadi tempat berkongsi segala rasa
Yang senantiasa memberi peringatan & mutiara kata
Diri ini seringkali hiba & sepi

Kini hanya adik-adik yang kuharapkan
Untuk memberikan sedikit teguran
Agar aku tidak terus alpa
Dan kembali teguh dengan pegangan agama

Inilah hakikat kehidupan yang penuh fatamorgana
Detik untuk membuktikan segalanya
Beramal kerana keimanan kepada Tuhan
Atau tunduk pada peraturan insan

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.
Oh Turner of Hearts, keep my heart firm on Your Deen.

Bertunang ???

Bismillah.

Hey readers ! :D
Ingatkan balik rumah dah bebas daripada kena jawab soalan. Tak lagi. Tadi ada nombor yang tak dikenali mesej wish congratulations. Pelik. Rupa-rupanya tahniah sebab dia dengar saya dah bertunang. Hahaha. Entah dari mane sumbernya. Kat smakl hampir setiap hari ada orang tanya :

"betul ke akak dah bertunang?"
"akak dah bertunang eh ? dengan sape ? dak smakl jugak ke ?"
"kamu dah bertunang ke zafira ? tak jemput cikgu pun." 

Dah bosan diajukan soalan-soalan tu. Hanya disebabkan memakai inai dan cincin. Haha. Meh nak habaq, saya belum bertunang dengan sesiapa lagi. NoKTaH.

25:74









*For ur information, cincin tu pemberian umi saya & saya memang suka pakai inai :D
**Keje 3minggu berat badan turun 3kg ^^. Heheh. Keje 3bulan taktawla turun byk mana. Hahah
***Tadi sebelum balik dapat gaji :D. Terasa berbaloi penat lelah kerja siang dan malam. Huhu. Tak sabar nak shopping. Hee.

Buat gadis itu, mereka juga

Dengan nama Allah.

Hey guys ! Kaifa hal ? Nak cakap; selamat tahun baru semua ;). Menjadi orang baru. Memiliki hati baru. Azam baru. Semangat baru. Namun matlamat kita tetap sama masih seperti dulu, strive for mardhtoillah :) Biiznillah ~ Kepada budak-budak sekolah esp smaklians, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa cuti sekolah anda hampir tamat :P. *Cehh, mentang-mentangla dah habis sekolah aku ni. Hehe. Adik-adik, homework korang ape cer ? ^^ Dah siap ? Baguslah kalau yang dah siap. Nanti tolong member-member yang tak siap lagi taw. Bagi copy paste je. Berjasa besar tu. Hahah. Fivers, rasa makin rindu kat korang bile cakap pasal sekolah ni. Banyak sangat kenangan kita. Manis, pahit, masam, masin, tawar, payau semua ada. Entah bila lagi kan kita dapat berkumpul semua sekali :'(

Eh, sebenarnya nak sampaikan pesanan kat adik manis sorang ni, Nur Athirah binti Rahim :). Gadis yang mewarnai hari-hariku sewaktu berada di bumi itu. Eyt, dengar ni kak nak bebel :p Dah lama tak bising-bising kat awak :D heheh.

1- Adik, tahun ni awak pmr. Kena belajar rajin-rajin. Jangan banyak main taw !
2- Jangan tidur lambat selalu. Nanti mulalah nak demam, selesema. Nak stay up malam-malam pun untuk study je. Jangan borak-borak macam kak. Hee.
3- Rajin-rajinkan diri gi dm tu. Awak kena makan banyak. Kak teringin nak tengok awak bulat. *winkwink
4- Jangan lupa bawa armsock stokin and segala bagai lebih. Kang hilang or tertinggal kt mane-mane senang. Kak nak pinjamkan dah tak boleh dah.
5- Jaga kesihatan. Kalau sakit, makan ubat. Paksa diri walaupun awak tak suka ! Kak dah tak boleh nak jaga awak bila awak sakit macam selalu.
6- Ha, jangan selalu tidur kat bawah. Nak tidur pun, make sure awak selimut. Sejuk taw tidur atas lantai tu. And kemas katil dulu tiap kali nak tidur. Penat macam mane sekalipun. Kak dah takde nak gi dorm awak malam-malam kejutkan awak naik atas katil kalau tertidut kat lantai, selimutkan awak, kemaskan katil awak :p
7- Kalau boleh, gosok baju sekolah time malam before nak tidur taw. Kalo esok pagi bangun lambat takdelah kelam-kabut. Lepasni dah takdenye awak bangun pagi-pagi tu tengok baju sekolah awak tiba-tiba dah bergosok :p
8- Adik, kalau ade pape terjadi, either good or bad. Senyum je. Pujuk hati redha. Kak ingat lagi, bila kak mengadu pape mesti awak akan cakap kat kak "ada hikmahnya". Kak sentiasa ingat benda tu, dik.
9- Last and the most important ! Kalau ade masalah, luahkan kat orang yang awak percaya. Tapi cerita kat Dia dulu taw sebelum nak share dengan orang :). Jangan selalu sangat pendam, dik. Pegang and yakin dengan 12:86 & 2:186 ;)

*Kak masih simpan kenangan antara kita. Moga Allah jaga dirimu :)
**Rindu pada hawa, rabiah, sarah, nazirah, shirun, filzah, minn, nabihah, fatimah, haiza, ain nasuha, hajar marnisya, haziqah, irdina, hayani, nurin safiah, rabi, najwa, sabrina a, liyana karmila, izzati, shikin,  rashidah, khaleedah, ain hadirah, izzati m, nadhirah, nazira, adilah k, najaa, faqihah, alia manan, musfirah, amira ismail, najihah, alin, fatin diyana, mursyidah, yuhanis, e-ein, khalis, mia, aisyah amirah, salsabila. Moga Allah temukan kita lagi dan panjangkan ukhuwah ini :)