Pernah tak rasa malas nak solat ?

In the name of Allah the most gracious the most merciful

Alhamdulillah, masih bernafas lagi.  Korang korang, pernah tak rasa malas nak solat ? Bagusnya kalau tak pernah rasa malas. Kalau rasa malas kan, korang buat apa ? Lawan rasa malas tu ? Marah syaitan sebab hasut korang ? Or layan je malas tu sampaila habis waktu solat ? Rasa sedih tak kalau ada perasaan malas tu ? Mesti sedih kan. "Kenapalah aku malas nak solat. Padahal bukannya lama mana pun. Macam-macam Allah bagi kat aku, tapi solat lima minit pun berat nak buat." Selalunya itulah monolog saya bila malas menguasai diri. Hee. Tapi kalau kita tak rasa sedih or kecewa dengan diri sendiri bila malas nak solat, baik cek cepat iman dalam hati. Sangat kritikal ! And setiap kali malas nak solat menguasai diri, mesti teringat ayat ni;

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" [Al-Baqarah : 45-46]

Dah dinyatakan solat itu memang berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Siapa orang-orang yang khusyuk tu ? Iaitu mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya. So, cek balik iman kita. Kalau kita beriman dan yakin  pada Allah dan adanya hari akhirat, kita akan paksa diri kita untuk solat walau macam mana sekali pun keadaan kita. Sebab solat tu bekal kita nak jumpa Allah nanti. Solat ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. 

"Keislaman kaum muslimin dapat diukur dengan sejauh mana perhatian mereka dalam solat" Imam Ahmad bin Hanbali

 

Selalu terfikir, kat luar nanti masih ada ke orang yang nak ingatkan tentang solat. Kalau kat smakl, ada insan-insan yang ajak solat awal waktu, ajak berjemaah. Selalu ada yang ingatkan tentang solat. Huhu. Okay, sebelum rasa lebih sebak baik stop.

*Moga aku beramal dengannya.

Selamat Pagi Cinta !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Good morning guys ! Sobahal khair :) Mimpi apa entah tiba-tiba nak update blog pagi-pagi hari. First time kot update blog lepas subuh camni. Hehe. Okay nak tanye. Siapa yang buat qiamullail hari ini ? Angkat tangan. Siapa yang solat subuh pada waktunya ? Siapa yang baca al-Quran lepas subuh hari ini ? Siapa yang dah baca al-mathurat pagi ini ? Siapa yang buah dhuha hari ini ? Alhamdulillah kalau semua ni korang buat :) Moga terus istiqamah dalam melakukannya. Yang tak buat hari ini takpe. Esok cuba lagi ye ;) 

Lepas baca quran tadi, teringat kat seorang sahabat. Ada satu hari tu time spm dia tanye, "Farha, dalam hidup kita ni kena ada satu amalan yang kita sentiasa buat kan ?" Saya mengiyakan soalannya. Then, dia cerita. Kat sekolah lama dulu ada seorang ustazah selalu pesan baca surah Yasin setiap pagi. Jadikan tu amalan. Baru berkat sepanjang hari tu. Dah lama dia tak buat. Baru nak start buat balik. 

Hee. Awak, sampai sekarang kita tak mampu nak jadikan benda tu sebagai amalan. Kalau setakat baca quran dua tiga muka surat tiap kali lepas subuh bolehla. But, i will try my best. Baca time dhuha pun boleh kan ? Sekarang ni banyak masa free. Kena gunakan sebaik mungkin. Gtg !
Assalamualaikum.

Wazakkir :)

Bismillah.

Tadi belek-belek majalah Gen-Q. Pernah baca ? Kalau belum, beli & bacalah. Tak rugi pun :) Ada satu kata-kata ni membuatkan saya bermuhasabah sebentar.

"Aku hairan kepada mereka yang cinta akan dunia padahal kematian terus mengejarnya dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tidak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar padahal tidak tahu apakah Allah reda atau murka terhadapnya."- Salman al-Farisi

Dream High ! :D

Bismillah.

Hey readers ! Semalam tidur pukul 4 pagi senget-senget. Gara-gara tengok drama korea, DREAM HIGH dengan adik perempuan :D Best sangat ! Sebenarnya tak layan sangat korea ni. Tapi sebab drama ni ada pasal menari, sangatlah tertarik nak tengok. Huhu. Sangat suka menari ! Memang tak duduk diamlah kan tengok. Badan asyik ikut pelakon-pelakon menari sekali. Heheh.

Tapi satu benda je yang tak suka, pakaian dyeorang. Asyik kena tahan mata nak tengok pelakon perempuan. Yelah, selalu pakai mini skirt dengan seluar yang ketat umpama membalut nangka ! Kena pandang muka je. Kalau tengok kang, bertambahlah titik-titik hitam di hati dan rosaklah ia. Bukan senang nak merawat hati yang sakit. Perlukan mujahadah yang tinggi !

Tapi kan, kalau seseorang itu benar-benar bertaqwa, dia takkan berterusan tengok cerita-cerita macam ni. Orang yang benar-benar bertaqwa sangat menjaga dirinya. Haihh, kena didik lagi hati ini supaya meninggalkan keseronokan dunia yang penuh fatamorgana. Jom, sama-sama ! ;)

DP ~

Bismillah.

Nothing to share. Teramat bosan bila dah habis spm. Kalau dulu bosan, terpaksa buka buku walaupun malas yang teramat. Tapi sekarang tak tahu nak buka buku apa. Novel kat rumah ni dah khatam entah kali ke berapa pun tak tahu. Heheh.

Tiap kali online facebook, mesti ade je yang tukar profile picture letak gambar sendiri. Maaf, saya tak berminat letak gambar sendiri. Saya masih sayangkan diri saya. Cukuplah dosa-dosa lain yang saya dah buat. Taknak menambahnya dengan memberi fitnah terhadap diri sendiri dengan meletakkan gambar untuk tatapan umum sesuka hati. Mungkin mereka punya alasan yang kukuh berbuat demikian kan. Its okay. Terpulang pada kalian. Moga Allah jaga kita semua daripada segala keburukan di dunia & akhirat.




Tawakal 'alallah

Dengan nama-Nya.

Hey readers ! How are you ? Lama tak update blog ni. Alhamdulillah. Tamat sudah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia :D

"Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dialah tuhan yang memiliki arasy yang agung"

Selamat berjuang !

In the name of Allah.

ALL THE BEST FOR ALL SPM'S CANDIDATES ! 
MAY ALLAH YUSAHHIL EVERYTHING.
INI PERJUANGAN TERAKHIR DI ALAM PERSEKOLAHAN.
BERI YANG TERBAIK, DAPAT KEMBALI YANG TERBAIK ;)


To my beloved readers,
Deeply sorry for my bad dids or hurting you in any way. Please pray for us.

awas, GAJET CINTA !

Dengan nama Allah.


Minggu lepas ada seorang junior tegur saya di facebook. Minta nasihat kerana dirinya sedang bercinta. Pabila saya bertanya kepadanya apa yang dia nak buat, katanya dia taknak berpisah. Hairan mendengar jawapan tu, saya bertanya kembali, kenapa cerita dengan kak kalau taknak berpisah. Katanya lagi, dia minta saya nasihatkannya supaya dirinya berubah.
Hmm. Persoalan cinta sering menghantui jiwa remaja. Kadang-kadang saya sendiri kehabisan kata-kata. Diri sendiri pun masih terumbang-ambing~ Rasanya tahun ni paling banyak isu ikhtilat dibicarakan di sekolah kan. Macam-macam pesanan ustaz@ustazah & cikgu-cikgu beri. Tapi hanya berapa insan je yang mendengar, menghayati & mengambilnya sebagai pedoman. Dan kita bagaimana?

Jom hayati kata-kata yang telah diadaptasi daripada novel Sebarkan Cinta-Mu ;)

Sekiranya kamu mahu menjadikan cinta itu Tuhan, maka silakan berjinak-jinak dengan cinta. Berkorban apa sahaja demi cinta termasuk maruah dan agama. Berzina, buang bayi, buang keluarga malah sanggup menelan racun demi cinta, itulah namanya menjadikan cinta itu Tuhan.

Sebelum cinta menjadi begitu gila, ia bermula dengan jalan-jalan kecil seperti ini; berbalas sms, chatting, berdating & sebagainya. Tanyalah mana-mana penzina, tiada seorang pun yang berniat hendak berzina ketika dia mula berjinak dengan jalan-jalannya.

Sekiranya kamu sanggup menempah risiko itu, maka silakan membalas surat lelaki, melayan sms & panggilannya. Keluarlah berdua-duaan, meskipun pengisiannya adalah belajar al-Quran. Sebelum semuanya terjadi, kamu diberi pilihan & akal. Maka, sekiranya cinta kamu nanti menyala-nyala di neraka, jangan salahkan Allah pula.

Sebelum kita rasa tidak kuat, kita terlebih dahulu melemahkan hati kita sendiri dengan membuka jalan-jalan zina, mendekati lelaki tanpa keperluan, membiasakan diri menonton kisah-kisah cinta di televisyen dan melazimkan bacaan gosip di majalah-majalah hiburan. Justeru, jika mahukan hati yang lemah & akhirnya buta menilai, maka teruskanlah tabiat-tabiat itu. Kita sendiri yang memilihnya.

Ingat, lelaki yang menawarkan cinta kepada kita, dengan cara mengiklankan kederhakaannya kepada Allah, jangan diharap dia mampu memimpin cinta itu ke syurga!

Jangan berani-berani cuba menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki pada masa ini. Dia tak berhak apa-apa ke atas kita, kerana dia bukan suami kita. Berpacaran hanya akan mencipta bibit-bibit awal keretakan rumah tangga pada masa akan datang. Kehidupan menjadi terganggu dengan nostalgia silam. Penuh syak wasangka pada pasangan.

Berumah tangga tidak akan teguh dengan asas yang rapuh. Cinta muda yang bergelora hanya cinta dusta. Asasnya mesti kerana agama. Jalannya mesti mulia & menjauhi zina.

Jangan tergopoh-gapah mengejar cinta. Sibukkan diri mengejar kualiti diri. Kelak kita tidak perlu lelah mengejar cinta sebaliknya cinta yang akan mengejar kita. Bukan sebarang cinta tetapi cinta insan beragama!

Pernah juga saya berpesan kepada adik tersayang, Athirah pada satu malam;
Dik, soal jodoh sangat rapat dengan soal akhirat. Pilihlah lelaki yang beragama. Macam mana nak tahu agamanya, tengoklah akhlaknya. Akhlak kita menggambarkan agama kita.

Ayuhlah, mawar-mawar agama, bangkitlah mempersiapkan diri. Hunuskan durimu, jangan mudah tergoda. Keindahanmu hanya untuk lelaki bernama suami. Solehahkanlah diri agar mendapat lelaki yang soleh. Hanya lelaki berkualiti mampu mendampingi mawar berduri ;)




*Kepada junior tersebut, maaf yang teramat buat awak menunggu. Keterbatasan waktu menghalang kak berkongsinya dengan awk.

Nak tengok wayang boleh tak?

Dengan nama-Nya. 
Macam-macam jawapan yang kita dengar kan bila diajukan soalan kat atas. Antaranya :

1- Benda tu lebih banyak perkara negatif, better elakkan. Tapi ustaz kata, kalau time dia ok, tak lewatkan solat & cerita dia ok, takpe je. Tapi sekarang ni semua movie banyak negatif. [Ustazah Shuwaibatul]

2- Hukum asal boleh, Tapi yang menjadikannya tak boleh adalah 1- suasana yang rosak (bercampur lelaki perempuan) 2- cerita yang tidak syara'. Kalau kedua-duanya selesai, insyaAllah tak ada masalah untuk tengok wayang. Tapi kalau kedua-dua berlaku, hukumnya tidak boleh. [Hilal Asyraf]

3- "Rasa-rasanya kalau kita mati kat dalam panggung wayang tu, boleh dikira husnul khatimah (pengakhiran yang baik) ke?" seorang sahabat saya bertanya kembali.

Mungkin banyak lagi jawapan lain yang kalian pernah dengar. Tapi saya paling sukakan jawapan yang diberikan oleh seorang novelis Islamik, Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dalam novelnya yang bertajuk Sebarkan Cinta-Mu. Katanya :

"Sekiranya hukumnya harus, manusia tetap ingin berlalai-lalai dengannya tanpa keperluan. Sekiranya hukumnya haram, manusia tetap ingin mahukannya dengan apa jua cara, Lebih senang, kamu cuba bertanya sendiri pada mata, nanti hendak jawab apa di hadapan Allah apabila Allah bertanya, apa yang telah dilihat? Kemudian, bertanya pula pada kaki, nanti hendak jawab apa di hadapan Allah apabila Allah tanya ke mana ia melangkah?"

Bagi saya, jawapannya sudah cukup untuk merungkai segala persoalan. Jawapan yang membuka mata hati dan minda. Membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk ke panggung wayang. 

Bahang SPM kian terasa !

Bismillah.

Hari ini masuk hari ke-3 tak pergi sekolah :D Sori kalau ade yang jealous :P Sengaja taknak balik sebab nak study kat rumah. Setakat ni jadual berjalan seperti yang dirancang. Hari isnin hadam addmath, chemistry ngan sejarah. Selasa bedah buku biology, physics ngan math. Hari ini ulang balik jadual hari isnin dan seterusnya. Bila nak balik sekolah ni ? Nak sambung terus sekali ngan cuti raya haji boleh tak? Takpun hari isnin start SPM nanti baru balik ke. Hehe :D Memang SMAKL tu sekolah ayah aku kan., suka suki je nak balik bile.

Menghitung hari je nak keluarkan semua benda dalam kepala otak ni atas paper. Perasaan bercampur baur menanti detik itu. Ya Allah, permudahkan segalanya.

Special for fivers ;
Walaupun sibuk membuat persiapan menghadapi SPM, jangan lupa persiapan untuk bertemu dengan-Nya. Hakikatnya kematian itu lebih dekat dengan kita. SPM kita tahu kan bila tarikhnya, tapi ajal kita taktahu bila. Seimbangkan dunia akhirat, moga hidupmu mendapat berkat. Jangan belajar sampai lewatkan solat. Bacalah alQuran setiap hari kerana alQuran itu cahaya. Yuk, terus berjuang! May Allah yusahhil everything :)



Why you leave me?



Nampak gambar ni kt profile fb seseorang. LIKE IT ! :D
Tapi masih adakah insan seperti ini? Meninggalkan orang yang dicintainya kerana ingin mengutamakan cinta Allah.

one, 2, three..

Dengan nama-Nya :)
Sekadar ingin berkongsi apa yang terjadi.

1
Minggu lepas, ada seorang putera kena sound dengan saya. Maaf andai perbuatanku itu menjatuhkan maruahmu. Tapi sebelum tu dah ramai orang yang tegur kau kn. Kau still buat juga. Tak pasal-pasal kena dengan aku. Dah lama aku tak mengamuk, dah lama aku tak mencarut. Huh! Kalau bukan kerana time tu aku sedar aku hanya perempuan, lagi dahsyat kau kena. Maaf sekali lagi. Aku sedar tak patut seorang muslimah memuntahkan kemarahannya begitu. Mungkin perbuatan aku tu boleh timbulkan fitnah.

Fahamilah. Dahulunya aku seorang gadis yang sangat liar & sosial. Tak perlulah hairan atau terkejut andai ada waktu aku berkelakuan seperti itu.

Lepas apa yang terjadi, aku mohon jangan ulang lagi. Cukuplah sekali. Jangan cabar aku lagi untuk menjadi seperti dulu. Aku ingin menjaga diriku. Moga Allah pulihkan kesihatan kau.

2
Hari khamis lepas time liqo ada game gara-gara form 4. Hujahnya nak hilangkan ngantuk untuk stay malam tu. Memang esok nak exam sejarah budak2 ni sempat main game lg kn. Ingat kan game ape, rupa-rupanya semua kena bagitahu ciri-ciri lelaki idaman. Layan jela ~

Beriman, penyayang, kaya, handsome, tinggi and macam-macam yang dyeorang sebut. Tiba giliran saya, ini jawapan yang saya beri pada mereka.

"Kak tak letak apa-apa ciri untuk lelaki idaman kak. Kak terima lelaki tersebut seadanya. Bagi kak, biarlah kak persiapkan diri kak dulu. Kalau nak yang baik, jadi yang baik. Sebab peribadi jodoh kita berdasarkan peribadi kita. So biarlah kak perbaiki diri kak dulu. Lgipun kak takut kalau kak letak ciri-ciri lelaki idaman kak handsome, tiba-tiba jodoh kak nanti orang yang cacat. Kalau kak nak yang kaya, tiba-tiba kak dapat laki yang miskin sangat. Mesti time tu kita rasa fust gile kan. Nak lain tapi dapat yang jauh gile beza. Biarlah kak perbaiki diri kak dulu and kak terima lelaki tersebut seadanya"

Kesimpulan daripada game tersebut, jadilah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.

3
Semalam semasa menghadiri seminar Bahasa Arab di UIA, ada beberapa student perempuan yang memakai purdah. Dari sekolah Tijarah kalau tak silap. Mungkin pakaian rasmi sekolah mereka sebab semua pakai jubah biru, tudung labuh & purdah. Seragam! 

Time pandang dyeorang, rasa sebak je. Mungkin kerana saya tidak mampu berpakaian seperti mereka. Untungnya mereka dipilih Allah untuk berpakaian busana yang mulia itu. Teringin untuk berpurdah. Namun niat tersebut terpaksa dipendamkan saja atas halangan tertentu. Jauh disudut hati masih berharap agar diri ini dipilih Allah juga sebab seorang wanita yang menitikberatkan aurat dengan memakai purdah secara istiqamah, kelak Allah akan datang kepadanya dan memperlihatkan wajah-Nya. Itulah ganjaran Allah!

*Girl, kalau betul awk nk berubah, berhentilah berdusta dengan insan sekeliling. Awak takkan berjaya berubah selagi tidak meninggalkan perbuatan berbohong kerana hati itu tidak akan lurus selagi lidahmu tidak lurus!




23rd gen ~

Dengan namaNya.

Hey readers! Nothing to share. Cuma ada sedikit bicara buat adik2 Tingkatan 2 :)

NAR : Adik, awak harapan kak. Jadilah umpama matahari. Terangi insan sekeliling dengan cahaya Islam. May Allah yusahhil :)

RNAJ : Moga terus tsabat mengharungi jalan yang penuh duri & berliku ini. Jangan jatuh hari ini kerana ujian  hanya akan berhenti selepas mati ! Yakin dengan janji-janjiNya ;)

FSA : Moga Allah tunjukkan padamu kebenaran sebagai satu kebenaran & kebatilan sebagai satu kebatilan. Terus dan terus mencari cinta yang hakiki ;)

KAJ : Keep improving yourself till the end. Never give up. Put ur trust in Allah. Ingat pesan kak, biarlah manusia menghina kita, tapi jangan kita hina diri kita sendiri dengan melakukan dosa kepada Allah! Allah love you, dear ;)

AKAR : Kak faham gelora jiwa remaja. Tahanlah dulu, dik. Sibukkan diri dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba, anak, pelajar dan sahabat. InsyaAllah perasaan itu akan hilang. Tiada cinta seindah cinta Ilahi !

MAB : Setiap orang punya peluang untuk perbaiki diri masing-masing. Cuma bergantung pada kita nak gunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin atau mempersiakannya. Tunjukkan kesungguhan kamu untuk berubah andai benar kamu ingin jadi yang terbaik. Teruslah memburu redhaNya !

ZA : Ke mana hilangnya dirimu yang dulu? Sedarlah dari kelalaianmu & bangkitlah menjadi syabab kebanggaan Islam. Jangan sia-siakan akhirat yang abadi untuk kehidupan dunia yang sementara ini. Allah sentiasa ada untuk kau bangkit !

MNS : Berusaha menjadi baik adalah lebih bermakna daripada berpura-pura baik. Kerana usaha itu akan dinilai oleh Allah manakala berpura-pura baik akan memasukkan kita dalam golongan munafik. Strive for mardhotillah !

Dan kepada yang lain,
Dunia remaja punya 1001 ujian.
Pandu diri berlandaskan alquran & assunnah. Bukan nafsu & budaya barat yang sering diagung-agungkan.
Pilih sahabat yang baik & soleh, agar dirimu terpelihara.
Sibukkan diri mengejar cinta Ilahi, bukan cinta manusia yang tak menjanjikan apa-apa.
Hidup ini terlalu singkat. Berbuatlah perkara-perkara yang mendatangkan berkat.
Agar mendapat syafaat di akhirat :)

*Sejahat & seteruk mana pun seorang kakak, jauh disudut hatinya berharap agar adik-adiknya tidak menjadi sepertinya, malah menjadi lebih baik :)

Salam sayang <3

Sahabat tercinta :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih lagi diberi nyawa untuk terus mengejar redha-nya. Alhamdulillah, masih lagi bernafas dalam iman & islam. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk update blog. Kaifa hal? Kaifa iman? Moga semuanya sihat :) Sakit sekalipun, berusalahah mencari penawarnya !

Post kali ini saya tujukan buat seorang insan yang istimewa dalam hati ini. Anugerah Allah buat saya. Amanah dari Ilahi.

Awak,
Kita tak sangka kita dengan awak akan jadi rapat. Hampir lima tahun kita menuntut ilmu di bumi yang sama, tahun ini baru kita lebih mengenali. Apapun, setiap aturan-Nya sungguh cantik dan punya hikmah tersembunyi. Sungguh, mengenalimu dengan lebih akrab sangat indah buatku.

Awak,
Banyak perkara yang kita kongsikan bersama, walaupun tidak semua. Awak seorang sahabat yang baik. Tidak jemu melayan karenahku. Sudi mendengar setipa luahanku. Kadangkala, awak jadi penasihat buat kita :D

Awak,
Tiada apa yang kita nak tulis tentang awak disini. Biarlah ia menjadi rahsia antara kita denganNya. Tidak semua perasaan boleh diungkapkan dengan kata-kata kan? Cuma ada sedikiT perkara yang kita nak cakap kat awk.

Awak,
Bila banyak perkara yang Allah bongkarkan pada kita tentang ikhtilat khususnya apa yang terjadi pada sahabat-sahabat kita, kita kecewa. PerAsaan bercampur-baur. Kita tidak tahu apa yang patut dilakukan. Hanya mampu berdiam diri dan membenci di dalam hati. Tapi sampai bila mulut ini akan terkunci? Sampai bila nak mencegah kemungkaran dengan selemah-lemah iman? Kita harap awak tak kecewakan kita, sepertimana mereka telah mengecewakan kita.

Awak,
Dunia remaja terlalu banyak pancaroba. Ujian cinta silih berganti. Jangan tewas mcm mana kita pernah tewas dulu. Berusahalah sedaya upaya mendekatkan diri dengan Allah, pasti akan ada ganjaran cinta Allah menanti awak ;)

Awak,
Terima kasih sebab sudi jadi sahabat kita. Moga ikatan ukhuwah ini menjadi wasilah untuk kita meraih cinta-Nya dan ganjaran jannah. Love you just because of Him <3

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

*Coretan ini pemberian seorang sahabat saya pd tahun lepas. Terjumpanya kmbali smasa selongkar folder artikel. Sungguh, perasaan itu tdak dpt digambarkan stlh mmbacanya. Syukran sahabat <3

:'(

Bismillah.


Kini
Aku hanya ingin jadi pemerhati
dan penembak doa dari jauh
Mungkin pada zahirnya seperti aku tidak bersama kalian
Tidak mempedulikan hal kalian
Hakikatnya
Aku sentiasa ada untuk kalian
Doa aku sentiasa menemani kalian

Bukan aku tidak tahu apa yang kalian lakukan
Tapi mulut ini tidak mampu mengungkapkan kata-kata
Bilamana mengetahui setiap perilaku kalian
Diamku bukanlah bererti aku menghalalkan apa yang kalian lakukan
Namun diamku itu penuh hikmah
Hati ini sering berharap pada Rabb
Agar menjaga kalian sebaiknya
Dari terus hanyut dalam fatamorgana dunia

* Jangan terlalu berharap pada manusia
   Kelak dirimu kan kecewa
   Saat itu baru kau sedar
   Bahawa manusia itu tidak punya apa-apa
   dan Allah tidak pernah meninggalkanmu walau sesaat

Formula Hablumminannas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berhubungan dgn mnusia pun ada formulakah ? Of course ! Why not ? :D Formula ini saya temui ketika mmbaca novel SINERGI karya Hilal Asyraf. Sbnarnya sdh lama saya ingin b'kongsi dgn anda formula ini. Ttapi nvel t'sebut sering dipinjam org. Mgkin skrg masa yg ssuai yg ditakdirkn Allah.

"Irfan, kau mmg beginikah?"

"Eh? Mksud kau begini yg mcm mana?"

"Yalah, mudah mmaafkn org, mudah mnerima org lain."

"Aku ada formula dlm hubungan aku dgn mnusia lain."

"Formula? Apa dia?"

"Dalam hubungan aku dgn mnusia lain, itu adlh tanggungjwb aku kpd Allah. Allah arahkn org b'iman supaya tidak berantakan, supaya b'satu, supaya b'kenalan sesama sndiri, supaya mnjaga hak, supaya tdak zalim, supaya tdak khianat. Maka aku laksanakan itu spenuh hati aku krn aku yakin, dgn mntaati Allah, Allah akn p'mudahkn urusan kehidupan aku. Maka, hubungan aku dgn mnusia lain, aku kira sbgai satu ibadah juga."

"Kalau mnusia lain itu mgkhianati kau? Tidakkah kau rasa dia jahat atau ssuatu yg perlu dihapuskan?"

"Mcm aku ckp td, hbgn aku dgn mnusia lain, itu tggungjwb aku dgn Allah. Jd, hbgn org lain dgn aku, itu tggungjwb dia dgn Allah. Mcm mana dia laksanaknnya, itu t'pulang kpd dia. Kalau dia tdak benar, dia khianat, dia b'salah, maka yg boleh aku lakukan, paling kuat pun, adlh mmberikn p'ingatan. Tetapi mnyisihkannya, menjauhkn diri drpdnya, itu telah menyalahi tggungjwb aku kpd Allah."

"Sebab itu, apabila aku nmpk org yg tidak fhm Islam, org yg mmbelakangkn Allah, hati aku rasa b'getar. B'getar dgn rasa b'slh.  Krn aku rsa b'tggungjwb kpd dia utk smpaikn kfhmn Islam td. Sbbnya, hbgn aku dgn dia adlh tggungjwb aku dgn Allah"

Saya cuba mengaplikasikan formula t'sbut dlm khidupan saya. Hmm, sbb itu bila org buat pape  kt saya., saya hnya b'diam diri dan cuba utk b'lapang dada. Tipulah kalau saya ckp lgsung xde prasaan mrh atau ingin mmbls kmbali. Tapi saya pujuk hati saya.

"Tetapi brgsiapa b'sabar & memaafkn, sgguh itu t'msuk p'buatn yg mulia" (AsSyura : 84)

"Kalau engkau merasa berkuasa untuk membls suatu p'buatan kepada hamba Allah, 
ingatlah bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya."

Ayuh, perbaiki hubungan kita dgn mnusia sekeliling. Hubungan sesama manusia adlh tggungjwb.

*Moga aku b'amal dgn tulisanku ini.

Baru Kusedar Nikmat Itu

Bismillah.
Hey readers! Kaifa hal? Bagaimana kondisi hati? Moga semuanya sihat belaka. Dh lme xstory2 kt blog ni. Bkn xade cerita., tp xb'ksmptn.

Disaat shbt2 sdg b'juang di medan ilmu, aku dduk dirumah mghdp laptop. hehe. Smlm t'pksa balik krn ditimpa satu musibah. Jatuh tangga time on the way nk g library. Memang best ! Entah mcm mne bleh jtuh pun xtawla. T'baring ats tgga tu smbil mengerang kesakitan. Hnya Allah yg tahu prasaan time tu bile kaki b'pusing 360 darjah cerita nk gempak je..hehe. Bbrapa saat lps tu., cikgu Hazli mnuruni tgga. Dgn muka t'kejutnya cikgu tnye "Kenapa ni? Jtuh t'golek drpd ats ke?" Klau jtuh t'golek drpd ats mmg dhsyat sgtla ckgu. Saya hnya t'tggal bbrpa ank tgga je. Pas tu classamates yg lain pun dtg. Smua bsing2 tnye knapa ni knapa ni. Slesai sesi soal jwb kt situ, aku pun bangunla and menjerit "dah xsakit dah ! dah xsakit dah!" Then jln mcm biasa gi library. Time dduk dlm library, sakit2 di kaki masih terasa. Tp buat xtahu je. Lame2 Dah xrase pape. Sudah hilang sakit barangkali. alhamdulillah :)

Then masa b'jln sprti biasa shinggalah time addmath. Kesakitan menyerang kmbali ! Hairan knp effect dye lmbt sgt. Time tu smua srba xkena dgn kaki ni. Nk letak ats lntai sakit. Nk bengkokkn sakit. Nk gerakkan skit pun sakit. Dhla dgn jari2 xbleh gerakkan. Aduhh., time ni la dye nk sakit. Terpaksalah b'thn dgn mletakkn  kaki kiri ats kaki knn. Kdg2 mngadu ksakitan kt 'azra' yg dduk kt sblh aku. Then loceng b'bunyi tnda tamatnya wktu addmath. B'siap2 tuk turun lab physics.

Malangnya kaki kiri xbleh b'gerak langsung. Hanya b'gntung pd kaki kanan. Time tu air mata dh mngalir laju :'(. Rase mcm xde kaki sblh. Seolah2 nikmat kaki tu dh ditarik Allah. Awatiff & 'Azra' yg papahkn. Dhla nk smpai ke tgga kna lalu smua kelas form5. Mmg smua mata mmandang kluarlah. Nk turun tangga lagi seksa. Awatiff & 'Azra' xhnti2 bg kata2 smgt. Dh slmt mlepasi tgga besar, dyeorg + sakina buat kputusan angkat aku. "ya Allah., betapa aku telah mnyusahkn mreka. Hnya Engkau yg mmpu mmblas kbaikn mreka."

Smpai je musolla, dibaringkn kt bhgian belakang. Allah je tahu btapa srba slhnya aku nk baring dlm rumahNYA time tu. Awatiff urut2 kaki & sakina g DM mnta ais. Then dyeorg ikat kaki aku dgn kain yg pnuh b'isi ais sblum g lab physics. Bayangkan aku ditnggalkn di musolla seorg diri dlm keadaan mcm tu. Kejam sungguh mereka itu ! Yg xtahannya awatiff bg buku cerita sruh bace supaya aku xlyn sgt ksakitan tu. Sabar jela. Tgh baring sorang2 kt musolla tu., aku muhasabah diri jap. Fikir ape yg aku dh buat dgn nikmat kaki ni. Msti ade slh gune. T'fikir gak mcm mnela agknye hasif hadapi smua ni erk. Smpai skrg gune tongkat lg.

Hmpir stgh jam b'lalu, nmpk budak2 balik sekolah. Mncari2 kelibat Athirah. tp xnmpk pun adk aku sorg ni :( T'nanti2 form5 balik nk sruh buka iktn kain. Akhirnya Anis yg buka. Lega bile dh buka iktn kain tu. Thanks dear ! lps tu 'azra' dtg tnye mcm mne nk solat ni. Aku pun mengesotlah pergi ke bhgian tepi musolla yg jd tmpt F5 melepak. 'azra' & asfiah ambilkn wudhu utk aku. Form5 lain halang blkg aku coz putera bleh nmpk dr tingkap slh sne. Slesai ambil wudhu, aku tunaikan solat zuhur dlm keadaan dduk. Bila solat dlm keadaan mcm tu., rase sebak sgt :'( trasa kerdilnya aku dihdpn Allah. lagi2 bile angkat takbir & sebut Allahuakbar. Sgguh., Tuhanku itu Maha Besar. Hnya dgn 2 hruf; kaf & nun (kun)..maka jdlah apa yg dikehendakiNya (fayakun). tnpa bntuan yg lain. Dan walau mcm mnepun keadaan kita, solat itu tetap satu kewajiban yg wajib dilaksanakan.

Slesai solat dduk b'sndar kt musolla. Geram tngok org pkai t-shirt. Bkn apa., ptg tu ad kmbara rohani. Nak join sekali ! tp keadaan xmngizinkan. redha redha. yg t'baik itu apa yg Allah takdirkn !;) mengesotla ke pntu msuk musolla tngok org main. Slh stu checkpoint kt pertama. Dpt tngok org main pun jdla. Lawak lawak bila tngok stiap group yg dtg. Dlm keadaan kaki t'ikat antra stu sama lain. Mcm2 gaya korang b'jln kn. Haha :D By the way, tahniah kpd yg menang !

Bbrp minit lps solat asar, umi dtg. Hehe :D Dipapah oleh umi + naimi ke kreta. Awatiff + 'azra' + sakina bawakn brg2. Then b'tolak blik rmh !:D Smpai kt rmh. adk gurl aku pulak tlong papahkn. Lps maghrib, gerak gi rmh org mngurut. Mmg xsgka org yg mngurut tu umurnya 98 thun ! Kteorg pggil dye nenek. Sriously klau korg tngok dye, korg pun xkn p'caya usianya lg 2tahun nk 100! Fizikalnya lgsung xmggambrkn usianya yg nk seabad dh tu. Msuk bilik yg disediakn. Nenek tu tngok2 kaki aku dlu. Pegang2 jap. Then nenek tu ckp, klau bw g klinik msti doktor psg simen. Igtkn kaki aku t'seliuh biasa je, tp klau dh thp kna psg simen..mmg luar biasala.Tp nenek xbuatla. Nnek just urut2 n tarik kaki. Pergh., mmg bestla kena ! Mahunya aku xmnjerit + menangis kt situ. Pas tu nenek adela ckp tu ckp ni. Tak perlulah aku critakn disini. Tp nenek ckp aku bkn jtuh sndiri. Nenek pun ade pesan amalkn ayat 5 surah Al-Fatihah & ayat 82 surah yasin selalu. Pastu nenek bg minyak sruh sapu smpai habis mlm tu.

Memang betul ad ayat yg ckp bila kte khilangan ssuatu tu., bru kte sedar btapa bnda tu sgt b'nilai & bru kte nk hargainya. Syukur nkmat b'jln ini hnya ditarik seketika cuma..bkn utk selama-lamanya :) So readers., syukurlah dgn ape yg anda miliki & gunakn sbaiknya. Syukur itu bkn pd lafaz Alhamdulillah sje, tp bgaimana anda mggunaknnya. Moga Allah redha~

Mari menjadi hamba

Menjadi hamba kepada Yang Menguasai Segala-gala.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai Daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luhmahfuz).”
(Surah Al-An’am : 59)



5months to go~

Bismillah..

Hey readers ! kaifa hal ? kaifa iman ? Bgaimana cuti skolah 2mggu yg telah b'lalu ? Adakah b'lalu bgitu saja ? Atau mnjadi cuti yg sgt b'mnfaat ? Moga kalian tdak mmp'siaknnya diri sndiri pun xtaulah ape jdi. Hari ini dh kna blik hstel :'( Asramaku syurgaku ! sdg mmjuk hati sbnrnye. Esok b'mulalah semester yg baru. Yeahh., dh xlme dh nk hbis skolah ;)

Saya ada 5bulan utk tggal di SMAKL bumi yg byk mndidik aku :)
Saya ada 5bulan utk mncurahkan bakti di sana msih blum ada jasa yg aku sumbangkan :(
Saya ada 5bulan utk b'juang bg mghadapi SPM mohon doa dr kalian
Saya ada 5bulan utk terus merakam memori b'sama sahabat-sahabat 20th gen. sedih nk b'pisah dgn kalian
Saya ada 5bulan utk terus mengutip mutiara-mutiara tarbiah blum pasti aku akn b'ada dtmpt sbegini lg utk trus mnuntut ilmuNya
Saya ada 5bulan bersama-sama junior tersayang mesti kak rndu akn karenah kalian :'(
Saya ada 5bulan utk sgala-galanya di sana !

5bulan itu akan aku gunakn sebaiknya
Sebagai persembahan terbaik buat Ilahi
Sebagai bekal utk aku menempuh kehidupan yg lbih mencabar pabila keluar sekolah nnti
Sebagai memori terindah yg akn aku simpan
Yuk, teruskan berjuang !
Moga semester baru ini lebih baik dr sebelumnya
Moga Allah permudahkan segalanya :) biiznillah

Mengapa ? Why ? Limaza ?

Dengan nama Allah.


MENGAPA ENGKAU MALAS SEMBAHYANG
SEDANGKAN UMUR BUKANNYA PANJANG
SIKSA KUBUR CUBALAH BAYANG
DIPUKUL DIPALU TANGGUNGLAH SEORANG

MENGAPA MESTI MALAS SEMBAHYANG
TIADA UZUR TIADA PENGHALANG
BUKANKAH REZEKI TIDAK TERBILANG
DIKURNIA ALLAH SIANG DAN MALAM

MENGAPA MASIH MALAS SEMBAHYANG
WALHAL HIDUPMU SENTIASA SENANG
NIKMAT ALLAH BUKAN KEPALANG
TIDAKKAH ENGKAU MAHU MENGENANG

MENGAPA SELALU LENGAHKAN SEMBAHYANG
URUSAN DUNIA LEBIH DIUTAMAKAN
KATA DUNIA AKHIRAT PERLU SEIMBANG
SEOLAH-OLAH HIDUP TAK TAKUT TUHAN



*diambil dr group tarbiyah 

Pabila ujian cinta menjalar, di mana panduannya ?

“Salahkah bercinta?”

            “Allah yang hadirkan cinta secara fitrah, tak kan tak boleh layan?”

            “Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?”

            Kasihan remaja kita. Banyak persoalan di minda belum terjawab.

Siapa yang akan menjawabnya? Pengalaman orang-orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Mungkinkah logik minda mereka sendiri akan menjawab semuanya? Mungkinkah penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka?

            Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang ma’sum (terpelihara) iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Bukan mencari fatwa di dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya.

Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.

Al-Quran dan al-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban ke dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Aku meninggalkan kamu dua perkara, tak kan sesat siapa yang berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Malik).

Ujian cinta itu berat. Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.

Remajaku sayang,
Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Al-Sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju ke masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu merasa dinaungi cinta yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah.

Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal? Agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekaligus. Insyallah, di sini, di Solusi salah satu jalannya. Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kau akan ketemuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang-orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog-blog yang dipercayai, laman web para ulama dan sebagainya. Ini adalah jalan-jalan untuk kita lebih memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Banyak dan mudah, bukan? Jika hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerah kepada apa yang Allah kehendaki.

Syirik Cinta
           
Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.

Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-Nya. Allah SWT mendedahkan kepada kita di dalam Al-Quran,

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu  mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). [Surah Al-Baqarah: ayat 165]

Para ulama’ ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirkul mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya.

Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehinggakan melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.

Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.

Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tak sanggup memiliki hati yang mati.

Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-jalan “Taqrabu az-zina”?

            Ya, bukan Allah tak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.
           
            Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya?
            
Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu wahai remaja.
Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan?
Dirimu belum bersedia untuk berumag tangga kan?
Dirimu sedang mempersiapkan diri kan?
Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih urgensi kan?

Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila ‘angau’ bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina,kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat,kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut. (Hadis riwayat Ahmad).

Gentarlah pada firman-Nya,
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Isra’: ayat 32]

Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT: “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam daripada perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang ertinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina. (Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253) Yakni : Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. (Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68 Al-Imam Al-Aluwsiy Al-Baghdadi. Tafsir Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33.)
          
Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina?

Sms bertali arus tanpa keperluan.
Call siang malam tanpa urusan.
Chatting kosong tanpa isi.
Dating bertemankan syaitan.
Pandang-pandang tanpa pagaran.
Khalwat di tempat-tempat sunyi.
Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan.
Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat.
Dan banyak lagi.
         
            Inikah bukti cintamu?

            Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?


Hidupmu adalah pilihanmu~

*Diambil dr blog seorg ukhti.

Apa Khabar Imanmu ?

Bismillah.
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia yang sudah tua ini , yang hampir melabuhkan tirainya. Allah jua yang mengetahui akan masanya berakhir semua ini. Kita sebagai hamba-Nya mesti yakin dengan 100% keyakinan akan semua itu. Ini kerana ia adalah salah satu asas hebatnya iman. Sekarang kita lihat bagaimana banyak umat islam yang pudar keyakinan kepada semua itu, termasuklah ana sendiri. 

Ana terfikir, adakah ana layak untuk digelar seorang islam, sedang banyaknya pergantungan kepada makhluk, sedikitnya yakin ana pada Allah s.w.t. pagi petang hanya ada makhluk dalam diri, kurangnya rasa takut pada Allah s.w.t dosa-dosa semakin dekat untuk menghempap diri umpama gunung yang datang menghempap semut. 

Ya Allah hinanya diri. Kalau sahabat, Abu Bakar as-Sidiq yang mendengar hanzalah menyatakan diri sendiri munafik hanya kerana lupa kepada syurga dan neraka hanya sekejap sahaja turut menyatakan dirinya munafik kerana diri dia juga ada terlupa sekejap pada syurga neraka. 

Yang kisahnya: Satu hari, Hanzalah RA menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu Rasulullah SAW.

Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan Abu Bakar RA. Abu Bakr bertanya: "Wahai Hanzalah, apakah yang telah terjadi pada kamu?"

Hanzalah menjawab: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya Hanzalah telah munafik." "MasyaAllah, kenapa kau katakan sedemikian?"

"Ketika kita bersama dengan Rasulullah SAW, kita terasa seakan-akan syurga dan neraka berada di hadapan kita. Tetapi apabila kita pulang kepada keluarga kita, kita lupa akan semua itu." 

Abu Bakar RA yang mendengar bicara Hanzalah, lantas menangis dengan kuat juga. "Abu Bakar juga telah munafik!"

Lantas kedua-dua orang ini bergerak bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan mereka menangis teresak-esak. Mereka menangis kerana mereka tidak mampu menerima kemunafikan mereka. Mereka terasa seakan berpura-pura. Lantas mereka ketakutan andai Allah tidak menerima mereka. 

Bila sampai di hadapan Rasulullah dan mereka ceritakan apa yang mereka rasa, Rasulullah SAW bersabda: "Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketika kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya, nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan."

Itu sahabat, hanya sebentar melupakan syurga dan neraka. Ini ana yang tidak terkira dan berapa lama agaknya melupakan pada syurga dan neraka. Bagaimana pula agaknya kubur? Berapa lama agaknya dah ana lupa pasalnya, walhal ia akan menjadi tempat tinggal ana sendiri. Ya Allah, lemahnya diriku, ampunilah dosa-dosa hamba yang penuh noda ini.

Melihat binatang, bulan, matahari dan bulan, patuh pada perintah-Nya. Siapakah pula ana ini, manusiakah atau apakah ana ini? Perintah Allah sentiasa langgar, malunya nk berjumpa pada-Mu Ya Allah. Sedang semua sahabat-sahabiahku berlari dan mencapai rahmat serta cinta-Mu Ya Allah, hamba masih lagi merangkak untuk menggapai cinta dan rahmat-Mu Ya Allah. Sering dalam solatku, menyatakan, "...sesunggunya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan sekalian alam." Astaghfirullah, jahil sungguh diri ini, ayat ini sering disebut dalam solat, tapi masih tidak mahu untuk mengabdikan diri kepada-Mu ya Allah. 

Bagaimanakah hamba nak menjawab semua ini sekira ia disoal oleh malaikat-Mu ya Allah. Sedang roh yang terkandung dalam jasad yang lemah ini telah berjanji untuk mengabdikan diri pada-Mu sebelum turunnya lagi ke bumi. Hanya keampunan-Mu yang hamba cari Ya Allah. 

Ya Allah, 
sering hamba menyatakan cinta padaMu tapi masih ada makhluk pada hatiku
Sering aku merindui kekasihMu namun tetap ada makhluk menggaburi mata hatiku 
  
Ya Allah, 
Sering ingin hamba patuh pada perintahMu tapi diri ini tetap lalai pada perintahMu 
Iman cuba meyakini pada Engkau tapi makhluk menceroboh imanku

Ya Allah,
Siapakah hamba ini dipandanganMu? 
Noda semakin menebal dalam Qalbu
Taqwa semakin menipis dalam diri
Makhluk jua yang bermukim dalam hati

Ya Allah, 
Adakah hamba dapat melihat wajahMu yang Abadi?
Sedang kemungkaran penuh dalam diri
Apakah dapat bertemu kekasihMu dengan mengenalinya
Sedang sunah dan pesannya tiada teguh untuk mengikutinya

Ya Allah, 
Hamba rindu pada kasihMu
Tiada Tuhan selain Engkau
CintaMu yang abadi
Buangkanlah cinta makhluk dalam diri ini
Siksanya hatiku apabila makhluk melebihi ENGKAU
Sakit menyapa apabila makhluk bermukim dalam diri
Mereka mengisi hatiku dengan kelalaian
Hamba takut mati dalam keadaan yang tidak mengingatiMu
Imanku lemah
Hanya Engkau hamba pohon
Teguhkan imanku agar hamba dapat menepis semua kelalaian hingga kiamat.

Wahai sahabat sahabiah sekalian yakinlah pada Allah s.w.t., tiada sebaik-baik penolong selain-Nya, tiada sebaik-baik peneman buat diri dan hati yang lemah selain dari DIA. Tidak akan engkau dapat cari kepuasan melainkan kepuasan keyakinan pada-NYA. Iman itu keseorangan, ia tidak kuat apabila sendirian, temanilah ia dengan taqwa dan yakin pada Yang Esa. Wahai sahabat sahabiah sekalian, kalian umpama mutiara agama yang bersinar akan kilauannya, sedangkan diriku hanyalah lumpur yang hina. Akhir kalam, you will never know what it (IMAN) want unless you ask it. May Allah be with all of ummah.

*Td sye buka notes di fb. Terpanggil utk b'kongsinya dgn kalian.