Nota Hati

Cinta itu selalu ada. Cuma aku tahankan selagi belum tiba masanya.

Saya takkan jual mahal, kalau betul caranya.

Maaf. Dilarang masuk. Hanya untuk yang halal saja. 

Kuatlah dalam berprinsip.
Teguhlah dalam menegakkan prinsip.

Love Letter 2









Love Letter 1

Bismillah.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-ku agar mereka memperoleh kebenaran" (AlBaqarah : 186)

Saya suka ayat ni. Allah itu Maha Dekat. Sangat dekat ! Dia juga Maha Memperkenankan Doa. Tapi kita kena taat kepada-Nya terlebih dahulu. 

Yakinlah pabila berbuat sesuatu. Kerana Allah ada dengan kita. Takkan pernah Dia tinggalkan kita. 
Dan yakinlah. Allah takkan pernah hampakan hamba-hamba-Nya. 

Fainni qarib.
Maka sesungguhnya Aku dekat.
2 : 186

:)


Soal hati. Tentang cinta.

Bismillah.

Dah lama tak cakap pasal ni. Soal hati. Tentang cinta. Topik yang hangat dalam kalangan remaja mungkin.
Yang sebenarnya saya sedang diuji. Maka sebab itu post ini hadir. Kalau tak, saya pun tak berminat nak cakap pasal ni. Haha.

Seriously, part paling lemah adalah bila diuji tentang cinta. Soal hati soal cinta sangat besar dalam hidup kita. And time ni lah saya akan buka video-video kak fatimah syarha tentang cinta, belek novel-novel islamik tentang cinta (saya selalu layan karya kak fs & abg hilal je), blogwalking, ingat balik apa yang saya pernah belajar tentang cinta, pesan ustaz ustazah sahabat-sahabat. Demi mencari kekuatan mengurus perasaan ini. Sebab cinta itu fitrah, tapi boleh menjadi fitnah. Fitnah ini yang sepatutnya ditakuti.

"Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini, semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Bila kita biarkan diri kita diajar erti cinta oleh orang yang tak kenal Allah, mana mungkin cinta kita kenal Allah" -kak fs-

"Jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila 'angau' bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa, sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar"

Dengarlah duhai remaja, bisikan ini tulus untukmu.
Dengarlah pesanku,
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan.
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. (Surah al-Nur : 26)
Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha Bijak mengatur yang sepadan, kufu'.
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai,
si dia akan terpilih dalam kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki.
Lupakan segala kegundahan.
Ubatilah resah di hati.
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki.
Senyumlah pada sinar yang menanti di hadapan.
-kak fs-


Banyak lagi video tentang cinta dr kak fs. Search sendiri ok :)

For me, orang yang benar-benar faham tentang cinta, akan menjaganya bersungguh-sungguh. Tak mudah untuk dia memberi dan melafazkannya sesuka hati. Sehingga dia minta petunjuk dari Ilahi dan benar-benar bersedia. Sungguh, soal cinta bukan perkara main-main. Maka pelajarilah, fahamilah :) orang yang nak belajar tentang cinta, bukan orang yang gatal, angau. Tapi sebab dia sedar beratnya cinta ini sebenarnya.

Cinta.
Yang memahami maknanya akan menerima kebaikan.
Yang sekadar mengetahui perkataannya sahaja, akan terjun ke lembah keburukan. (akhi hilal)




Diri sudah dilepaskan. Aku ingin terus merasai kebebasan.
Tanpa sebarang ikatan. Hingga detik yang Allah tentukan.
Takingin tersungkur lagi dalam ujian ini.
Bantu aku, ya Ilahi.
Dalam perbaiki diri & mencari cinta hakiki.

Things End...

Bismillah.
Most memorable memories are at here :)
Fuhh. Tamat sudah pengajianku di matriks. Alhamdulillah. Tempoh yang dirasakan lama pada awalnya, namun sebenarnya sangat singkat ! Pejam celik pejam celik...habis dah. Huhu. Hampir satu tahun, berkenalan dengan manusia yang berbeza latar belakang, bertukar cerita, berkongsi tawa dan duka, berjuang  di medan yang sama, melakar pelbagai momen terindah :) Coming to kolej matrikulasi selangor, meeting all these great people is the best part of my life ever !

Lily & el :)
Bestest roommates that i ever had ! Love both of u :*
A room that we share everything :)
Adik-beradik saya :)
Love u so much !
Till jannah ! ;)
Twin of the day ! hahah.
Tanpa sebarang perancangan, semua sama. Kebetulan.



SM1K1T6 <3


Mereka mewarnai hari-hari saya :)
Moga kita dapat berkumpul lagi.
Last day of lecture :)


As-Saff :)
Moga terus tsabat atas jalan ini.


Mereka :)
Jasad terpisah. Doa jadi penghubung.
Diana :)
Jangan galok-galok :p Moga bertemu lagi.



Ceraraa :)
Jangan nakal-nakal awk ! Ade rezeki jumpa lagi.
Crew i-dica :)
Selama 2 hari lebih berkampung di sini bersama 6 muslimin.
Pengalaman yang berharga.



Moga terus berjaya :)


SMAKLIAN :D
Seorang lagi takde, kerchak namanya. 


THINGS END. BUT MEMORIES LAST FOREVER.

Farewell is not easy especially when the person meant a lot to you.
You will never know the truth value of friendship until the day we are separated.
Friends, 
We had gone through so many things together
Thanks and sorry for everything
Remember me in ur du'a
Take care dear :)