notetomyself*

Bismillahirrahmanirrahim :)

Entah bila lagi berkesempatan update blog ni. Esok nak pergi dah. Melangkah ke dunia baru. Entah apa yang menanti di sana. Yang pasti, apa pun yang terjadi semuanya punya hikmah yang tersembunyi. Allah itu tidak pernah zalim. Setiap aturan-Nya pasti mempunyai makna, tidak pernah sia-sia. Pujuk hati selalu, terima setiap sesuatu dengan hati terbuka.

Jangan pernah berhenti perbaiki diri
Meski kau telah jatuh berkali-kali
Bangkitlah agar kembali berdiri
Terus bergerak merapati Ilahi
Rahmat Allah tidak pernah menepi


#terima kasih atas segalanya, maaf segala salah silap
#mohon doa dari kalian, agar diri ini baik-baik saja di alam baru
#loveufillah




wipetears~

In the name of Allah :)

Tengah malam semalam mesej ustaz hafizi. Dah lama tak hantar khabar. Plus hati rasa gelisah. Pagi tadi baru ustaz reply.

Me : Assalam. Ustaz, bicarakan tentang hati & cinta. Saya diuji. Tak cukup kuat nak hadapinya. Takut tewas lagi.
Ustaz : Salam, ni kes parah ke belum, sampai larut malam belum tido lagi.
Me : Taktawla nak cakap parah ke tak. Haha sekarang memang selalu tido lambat.
Ustaz : Kalau parah kena masuk ICU, kena berada dibawah pemantauan setiap masa. Tido lambat melayan mahbub.
Me : Apa maksud ustaz parah sebenanrnya ? Haha takdela.
Ustaz : Cam sakit fizikal gak. Kalau tak parah, nasihat doct makan ubat okayla. Tapi kalau dah parah, ada kalanya doct terpaksa potong buang tempat sakit. Bukan nak aniaya tapi nak selamatkan.

Yang ni memang aku blur2. tak dapat nak interpret apa yang ustaz cuba sampaikan. Kiasan ustaz sangatlah tinggi. Tapi aku jawab je pape. hahah.


Me : Rasanya tak. Sebab libatkan saya je. Maksudnye dye taktahula, Saya simpan sorang je.
Ustaz : Kalau seorang diri, itu fitrah yang suci. Cuma ia perlu dipimpin & dibimbing supaya ia tidak dikotori nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk memenuhi hati manusia.

Okay yang ni buat aku tersentuh. Betapa cinta itu suatu yang suci yang perlu dipelihara. Sebelum ni tak kisah pun.


Me : Macam mana nak elakkan nafsu memenuhi ruang hati ?
Ustaz : Ibarat seperti gelas yang kosong. Nampak je kosong tapi tetap ada udara yang mengisi kekosongan itu. Alangkah baik kalau diisi dengan air yang banyak manfaatnya.

Aku senyum je baca mesej ustaz ni. Ustaz dah pandai main analogi sekarang :p. hahaha. Saya faham maksud ustaz, apa yang saya kena buat. Terasa cuti ni tak digunakan sebaik mungkin. Bukan rasa, tapi itulah hakikatnya.


Me : Syukran ustaz. Jazakallah.
Ustaz : Perjalanan zafira masih jauh dan orang macam zafira yang dianugerah oleh Allah dengan keistimewaan fizikal, bila-bila masa pun akan ada yang sudi menemani. Cuma yang paling penting, biarlah ia membawa ke destinasi yang abadi. Sebab tu Nabi s.a.w pesan, carilah yang ada deen dan akhlak.

Yang ni memang aku tersentuh sangat. Rase nak nangis je :'( Terharu pun ade sebab ustaz pesan camtu. Speechless also !

Me : Sangat takut tewas ditengah jalan. Sering diuji. Prinsip diri pun kadang-kadang goyah. Doakan saya, ustaz.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Disetiap persimpangan hidupku, pasti Allah hadiahkan insan-insan yang sangat istimewa. Hamba yang takut pada Tuhan, yang soleh dan solehah, yang sering mengingatkan aku dikala aku alpa, yang tanpa jemu mengajak berbuat kebaikan, yang menguatkan aku dikala aku lemah dan jatuh, yang terima cacat cela aku seadanya, yang tidak pernah menjauhkan diri mereka saat aku bergelumang dengan dosa, yang masih sudi menemani aku dalam liku kehidupan ini, yang tidak pernah lupa mengirimkan doa buatku. Umi, baba, angah, adik, abi, umi, ustazah isyah, ustaz hafizi, adik-beradik gen.20, along ain, angah nailah, achik saffana, alang fariha, ayang puteri, ateh aisyah, kak ija dan ramai lagi. 

Tuhan, seringkali aku berfikir. Kenapa Kau masih sudi hadirkan insan sebaik mereka dalam hidupku. Sedangkan aku hamba-Mu yang banyak dosa, banyak noda. Terlalu hina. Seringkali leka dengan dunia. Sering lupa pada-Mu. Apa memang Kau mahu aku kembali kepada-Mu ? Jadi hamba yang sebenar-benar hamba ? Inikah rahmat-Mu ? Bukti kasih sayang-Mu ? Ya Allah, sungguh aku malu. Atas nikmat yang Engkau beri. Engkau memang tidak pernah meninggalkan hamba-Mu, walau sesaat !



them :)

Bismillah.


Taktaw nak cakap ape. Terasa rindu sangat. Tadi bila eka ckp dye darah A+, aqish aai maza enna smua same. Aku plak ? Taktaw aa darah ape. Tak cek lagi. huhu. Eka cakap aku kena darah O sebab kalau dyeorang accident ke ape cari aku je. Hahaha. Lagi tersentuh bila aqish cakap;

Can you feel the loveeee in the atmosphere aibeem :)

Rasa nak meleleh je huuuuu :'( u know what, aku taktaw nak cakap hati ni rase ape. Tak semua perasaan boleh diterjemahkan dalam tulisan kan. Bersalah sebab takde dengan korang setiap waktu bila korang cam perlukan seseorang. Bersalah sebab tak amek taw semua pasal korang. Aku taktaw camne nak dekat dengan korang balik cam dulu. Rase awkward kadang-kadang. Taktaw nak start camne. I'm sorry. Really sorry. And macam-macam lagi hati ni rasa ~

Eka, kau selalu tegur aku kan. Sedarkan aku. Ingatkan aku kalau ade yang tak patut aku buat. Thanks dear ! Sori takde ngan kau time kau down. Enna, aku ingat lagi kat kelas 5ali dulu. Ada satu time tu tiba-tiba kau datang kat aku dengan air mata meleleh, minta aku kuatkan kau. Aku terkejut weyh. Terkejut sebab kau cari aku. Taksangka. Sekurang-kurangnya aku tahu kau masih tak lupakan aku. Itu yang aku fikir time tu. Maza, aku tak rapat sangat dengan kau. Tapi kau la yang paling banyak gaya manja yang aku takkan lupa weyh. Mulut kau kalau cite pape memang semangat :p hahaha. Aqish, aku kenal kau dulu. Dormmate deskmate. Banyak benda aku belajar dari kau. Kau selalu ada kalau kawan kau dalam kesusahan. Kau memang kawan terbaik ! Biar ada yang pandang negatif kat kau, kau tetap dengan cara kau. Orang yang kenal kau tahu kau macam mana. Aai, dengan kau pun aku tak kamceng sangat. Tapi sumper kau memang cool ! Kau bawa pengaruh korea jepun dbsk kau tu kat form kite :P hahah. Rindu kau. Dah lama tak jumpa. Gaya kau memang cool je. Aku tak pernah jumpa kawan cam kau weyh. Sila banggaa :P

Sayang korang rindu korang :'( taktaw nak start camne jadi cam dulu balik. Teringin sangat kumpul enam-enam. girls,missudamnmuch ! 








.MY FRIENDS.THE MEMORIES.
.YOU GUYS ARE MY LIFE.
THANK YOU FOR BEING SUCH A WONDERFUL FRIEND


Friendship is one of the hardest things to keep, 
because somewhere in the middle,
new friends may come,
but i hope u still keep me in your heart & pray
even if someone new comes along.


#mendoakan dalam rahsia kerana Tuhan itu sebaik-baik penjaga




From the bottom of my heart

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)

Hati, sabar ye. Kena kuat ! InsyaAllah. Kakak pun ada pesan, sangat penting untuk jaga hubungan sebelum halal, yang penting untuk menjaga hati. Sungguhlah, bukan mudah nak jaga hati. Diuji tanpa henti.

Kalau dulu boleh simpan, takkan sekarang tak boleh kan ? ;) Trying my best !

Terasa comel prinsip yang kak fatimah syarha ajar;
"Kalau awak nak saya, awas jangan dekat ! Dapatkan secara terhormat. Saya ada wali."

Belajar & faham tentang cinta dengan orang yang takut pada Allah.
Barulah kita dilandasan yang benar. -FS

Entah dari mana kekuatan tu muncul semula. Syukur tak terus hanyut degan perasaan. Thank God ! Nak jadi heartless balik. Haha. Taknak kotorkan benda yang suci lagi setelah beberapa kali kukotorinya. Nak hadiahkan untuk my future hubby. hihik. Biarlah orang nk cakap aku angau gatal ke ape, aku lagi takut kalau agama tergadai. Huhu.



Makanan Hati

Bismillah.

Assalamualaikum semua :) hee ni first time rasenya bagi salam pemulaan post. Bukan sebab taknak mendoakan kalian, tapi takut kalian terlupa untuk menjawab salam terlebih dahulu sebelum membaca bait seterusnya. Baik saya elakkannya. Cukup sekadar basmallah. Kerana membaca basmallah sebelum melakukan sesuatu lagi penting kan ? :)

Taktaw nak story apa tapi nak update jugak blog ni. Hehe. Nak share video jelaaah.  Kawan saya ramai yang dah macam ketagih dengan korea. Koya koya jugak ye kawan-kawan, makanan rohani jangan lupa ;) Video yang dikongsi oleh khaleeda kat fb. Best video ni. Bukti Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. Sungguh, rahmat Allah lebih luas drpd kemurkaan-Nya :) Allah sangat sayangkan kita. Bahkan Dia tak rela kalau ada air mata yang menangis kerana kecewa. Takutlah untuk berputus asa dari rahmat-Nya.
Tajuk video je cakap jangan menitiiskan air mata, tp i berani bet yang tengok video ni mesti akan menangis. Huuuu. Feel it ! ;)



And takut dengan kata-kata ni. Takut taksedar ada buat. Lagi-lagi lintasan hati. 
na'uzubillah. wallahu'alam ~

*kenapa bahasa baik semacam ni :S hewhew

*untitled*

Bismillah.

Okay, nampaknya saya akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Selangor sementara tunggu result rayuan upu. Sangat tak mencabar sebab still area kl selangor. Hantar jauh-jauh can aa ?!

Hope sangat rayuan diluluskan sebab takut nak belajar kat matrik. Hell you know ! kasar sangatla pulak. Tapi dilema nak minta apa rayuan tu. Dahla boleh pilih dua je. Kalau dulu boleh pilih lapan ! Beza tak beza lapan dengan dua tu. Nak amek medic sebab nak jadi doktor. Erk memangla orang amek medic sebab nak jadi doktor, takkan jadi lawyer pulak. Hahahahaha. Plus itu harapan umi baba atuk nenek yang nak anak sulung merangkap cucu sulung ni jadi doktor. Even aku ni takdelah hebat bio kan. Eh memang takhebat pun huhu, tapi memang minat ouh jadi doktor ni. Lagipun cam doktor n ckgu je job yang sesuai untuk perempuan. And job ni je yang macam boleh didik orang. Heee. Ye aku taw aku pun tak betul hmmm.

Tapi tapi....saya asyik teringat pesan ustaz ismadi ari tu. Yang dia cakap kalau bukan kita yang nak belajar agama siapa lagi. Math sains dah ramai dah. Emm memang betul pun apa ustaz cakap tu. Kan kan ? Aku pun macam berminat nak belaja syariah sume-sume ni. Nak harapkan ilmu yang dapat time kat smakl dlu, ceramah-ceramah segala bagai tu mana cukup. Plus dengan aku yang cengeng ni. Huuu. Lagipun aku pk kalau aku takbelaja medic jadi doct sume tu, adik-adik kan ada lagi. Adik gurl tu pun cam nak amek medic je nanti. Cousin-cousin pun ramai lagi kalau nenek atuk nak sangat cucu dye ada yang jadi doct. Belaja agama ni cam aku je. Sebab satu-satunya dalam keluarga yang sekolah agama and cenderung ke arah ni. Tapi taktahulah kot-kot ada yang Allah pilih belajar agama jugak kan nanti.

Bersimpul berselirat hati otak duk pk benda ni. Sungguh aku taktahu nak pilih ape. Memang kena istikharah camni. Hati pun cam dah redha sepenuhnya kena belaja kat matrik tu. Belajar kat mane-mane pun sama je, yang penting kte try untuk perform. Betul ? Dah takleh main-main cam dulu. Ni bukan alam persekolahan. Kalau main-main, fail pape subjek tak kena tendang. Huhu. Ada member tu takdapat matriks, form6 n upu. Haa baru kau tahu erti syukur bila ada orang nasib yang lagi rendah. Ehh awak tu. Tamau sedih-sedih putus asa ye. Masih ada jalan lain :).
Ya Allah, bantu aku pilih yang terbaik dalam setiap perkara. Permudahkan segalanya ya rabb.

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Albaqarah : 216 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat istikharah dpd Allah dalam segala urusannya dan di antara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Isitikharah dpd Allah dalam segala urusannya"

*Dalam perjalanan nak jadi doktor, bukan senang nak jadi 'ustazah'
**Seronok sangat tengok korang happy-happy cakap pasal tempat study. Semua bertebaran kat muka bumi pasni. Entah bila dapat kumpul ramai-ramai lagi. Jaga diri taw nanti. 
***All the best aai aqish eka maza interview mara tu ;) serious rindu korang ! huuuu. ehh yang lain pun :)
**** doakan rayuan itew diluluskan taw :D lebiuu :* k gedik puihhh !


Have faith in Allah !

Memory lane

Dengan nama Allah.

Friends are the most important ingredient in this recipe of life :) Yeahhh !

Terasa macam baru semalam je benda tu berlaku. Macam baru semalam je daftar masuk SMAKL. Berkenalan dengan form1 2007, melalui minggu orientasi. Dan macam baru semalam jugak habiskan kertas SPM dan tinggalkan bumi SMAKL. Cepatnya lima tahun berlalu. Dan macam baru semalam je kena tarbiyah dengan akak-akak kat mini library aspuri. Yang ni paling aku ingat sebab ada misunderstanding. Dan macam baru semalam je nyorok ngan aqish kat bawah katil kat dorm sebab taknak g prep. Mission accomplished ! :D Dan macam baru semalam je celebrate birthday aqish dengan mereka time blackout kat tangga. Sisa-sisa sos di tangan kami lap pada dinding. Dan macam baru semalam je fly balik rumah sendiri & rumah  farhana dengan peja fadh time takde air. Minggu tu terasa macam sekolah harian n smakl tu sekolah bapak aku. Suka suki balik sesuka hati. Dan rasa macam baru semalam je gi supper ngan khaleeda sampai terlepas baca Ar-Rahman dengan form5 yang lain. Saja melengahkan masa sambil bergosip. Dan macam baru semalam je duduk lepak dengan athirah kat musolla sampai terlupa nak masuk liqa'. Bukan sekali buat macam ni, banyak kali kot. Dan macam baru semalam je keluarkan buku tengok nota time exam bahasa arab tinggi time form 4. Pakat ramai-ramai cam ape je & berapa orang je yang jumpa ustaz minta maaf. Dan macam baru semalam je komplot ngan adik-adik dorm bawa benda haram. Masing-masing pandai cover n tutup mulut. Dan macam baru semalam je escape kelas gi tidur kat musolla. Ingat putera je ke boleh buat haa ? Dan macam baru semalam je panjat aspuri time pagar berkunci. Makcik cleaner su'uzhon habis aa taknak bukakan pagar takut aku naik nak mencuri. Ambil barang okay.

Dan macam baru semalam je kumpul dengan fivers bincang sesuatu event. Kalau tak menyimpang ke tempat lain n bising mengalahkan pasar borong bukan generasi 20 namanya. Dan macam baru semalam je isu junior jadi hot topic dalam kelas fivers. Cari pasal dengan sorang, satu form cakap pasal hang tahu. Dan macam baru semalam je berselisih faham bertikam lidah dengan putera. Ada je yang tak kena. Bilalah putera puteri smakl nak berdamai sentiasa. Dan macam baru semalam je duduk dengan adik-adik usrah rungkaikan pelbagai perkara. Setiap hati mesti didekati dengan penuh kreativiti kan ? Dan macam baru semalam je kumpul dengan adik-adik lajnah bualkan segala macam benda. Ada sekali tu semua tertido kat dorm aku ramai-ramai, rasa cam adik-beradik je. Dan macam baru semalam je bincang segala bagai dengan WOI, program untuk adik-adik. Sungguh, jalan ni menuntut seribu pengorbanan. Dan macam baru semalam je qiam ramai-ramai dengan budak-budak hoki kat bilik sakit. Aku rasa team hoki kali ni memberi sejuta makna, meninggalkan pelbagai rasa & warna.

Dan kalau nak tulis segala macam kenangan di bumi itu, memang akan meleleh.

Miss this moment. Big time. Too colourful.

*mereka - aibeem
*woi - warriors of islam  a.k.a badar 10/11














Alangkah indahnya andai boleh diputarkan kembali waktu itu. Sungguh, takde benda yang boleh lawan zaman sekolah :D