Pernah tak rasa malas nak solat ?

In the name of Allah the most gracious the most merciful

Alhamdulillah, masih bernafas lagi.  Korang korang, pernah tak rasa malas nak solat ? Bagusnya kalau tak pernah rasa malas. Kalau rasa malas kan, korang buat apa ? Lawan rasa malas tu ? Marah syaitan sebab hasut korang ? Or layan je malas tu sampaila habis waktu solat ? Rasa sedih tak kalau ada perasaan malas tu ? Mesti sedih kan. "Kenapalah aku malas nak solat. Padahal bukannya lama mana pun. Macam-macam Allah bagi kat aku, tapi solat lima minit pun berat nak buat." Selalunya itulah monolog saya bila malas menguasai diri. Hee. Tapi kalau kita tak rasa sedih or kecewa dengan diri sendiri bila malas nak solat, baik cek cepat iman dalam hati. Sangat kritikal ! And setiap kali malas nak solat menguasai diri, mesti teringat ayat ni;

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" [Al-Baqarah : 45-46]

Dah dinyatakan solat itu memang berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Siapa orang-orang yang khusyuk tu ? Iaitu mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya. So, cek balik iman kita. Kalau kita beriman dan yakin  pada Allah dan adanya hari akhirat, kita akan paksa diri kita untuk solat walau macam mana sekali pun keadaan kita. Sebab solat tu bekal kita nak jumpa Allah nanti. Solat ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. 

"Keislaman kaum muslimin dapat diukur dengan sejauh mana perhatian mereka dalam solat" Imam Ahmad bin Hanbali

 

Selalu terfikir, kat luar nanti masih ada ke orang yang nak ingatkan tentang solat. Kalau kat smakl, ada insan-insan yang ajak solat awal waktu, ajak berjemaah. Selalu ada yang ingatkan tentang solat. Huhu. Okay, sebelum rasa lebih sebak baik stop.

*Moga aku beramal dengannya.

Selamat Pagi Cinta !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Good morning guys ! Sobahal khair :) Mimpi apa entah tiba-tiba nak update blog pagi-pagi hari. First time kot update blog lepas subuh camni. Hehe. Okay nak tanye. Siapa yang buat qiamullail hari ini ? Angkat tangan. Siapa yang solat subuh pada waktunya ? Siapa yang baca al-Quran lepas subuh hari ini ? Siapa yang dah baca al-mathurat pagi ini ? Siapa yang buah dhuha hari ini ? Alhamdulillah kalau semua ni korang buat :) Moga terus istiqamah dalam melakukannya. Yang tak buat hari ini takpe. Esok cuba lagi ye ;) 

Lepas baca quran tadi, teringat kat seorang sahabat. Ada satu hari tu time spm dia tanye, "Farha, dalam hidup kita ni kena ada satu amalan yang kita sentiasa buat kan ?" Saya mengiyakan soalannya. Then, dia cerita. Kat sekolah lama dulu ada seorang ustazah selalu pesan baca surah Yasin setiap pagi. Jadikan tu amalan. Baru berkat sepanjang hari tu. Dah lama dia tak buat. Baru nak start buat balik. 

Hee. Awak, sampai sekarang kita tak mampu nak jadikan benda tu sebagai amalan. Kalau setakat baca quran dua tiga muka surat tiap kali lepas subuh bolehla. But, i will try my best. Baca time dhuha pun boleh kan ? Sekarang ni banyak masa free. Kena gunakan sebaik mungkin. Gtg !
Assalamualaikum.

Wazakkir :)

Bismillah.

Tadi belek-belek majalah Gen-Q. Pernah baca ? Kalau belum, beli & bacalah. Tak rugi pun :) Ada satu kata-kata ni membuatkan saya bermuhasabah sebentar.

"Aku hairan kepada mereka yang cinta akan dunia padahal kematian terus mengejarnya dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tidak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar padahal tidak tahu apakah Allah reda atau murka terhadapnya."- Salman al-Farisi

Dream High ! :D

Bismillah.

Hey readers ! Semalam tidur pukul 4 pagi senget-senget. Gara-gara tengok drama korea, DREAM HIGH dengan adik perempuan :D Best sangat ! Sebenarnya tak layan sangat korea ni. Tapi sebab drama ni ada pasal menari, sangatlah tertarik nak tengok. Huhu. Sangat suka menari ! Memang tak duduk diamlah kan tengok. Badan asyik ikut pelakon-pelakon menari sekali. Heheh.

Tapi satu benda je yang tak suka, pakaian dyeorang. Asyik kena tahan mata nak tengok pelakon perempuan. Yelah, selalu pakai mini skirt dengan seluar yang ketat umpama membalut nangka ! Kena pandang muka je. Kalau tengok kang, bertambahlah titik-titik hitam di hati dan rosaklah ia. Bukan senang nak merawat hati yang sakit. Perlukan mujahadah yang tinggi !

Tapi kan, kalau seseorang itu benar-benar bertaqwa, dia takkan berterusan tengok cerita-cerita macam ni. Orang yang benar-benar bertaqwa sangat menjaga dirinya. Haihh, kena didik lagi hati ini supaya meninggalkan keseronokan dunia yang penuh fatamorgana. Jom, sama-sama ! ;)

DP ~

Bismillah.

Nothing to share. Teramat bosan bila dah habis spm. Kalau dulu bosan, terpaksa buka buku walaupun malas yang teramat. Tapi sekarang tak tahu nak buka buku apa. Novel kat rumah ni dah khatam entah kali ke berapa pun tak tahu. Heheh.

Tiap kali online facebook, mesti ade je yang tukar profile picture letak gambar sendiri. Maaf, saya tak berminat letak gambar sendiri. Saya masih sayangkan diri saya. Cukuplah dosa-dosa lain yang saya dah buat. Taknak menambahnya dengan memberi fitnah terhadap diri sendiri dengan meletakkan gambar untuk tatapan umum sesuka hati. Mungkin mereka punya alasan yang kukuh berbuat demikian kan. Its okay. Terpulang pada kalian. Moga Allah jaga kita semua daripada segala keburukan di dunia & akhirat.




Tawakal 'alallah

Dengan nama-Nya.

Hey readers ! How are you ? Lama tak update blog ni. Alhamdulillah. Tamat sudah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia :D

"Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dialah tuhan yang memiliki arasy yang agung"