Next destination : SABAH

Bismillah.

Hari ni result upu keluar. Guess what ? Allah campak diri ini ke Sabah ! Nak sangat study jauh-jauh, Allah bagi UMS. Hahah. Taktaw perasaan ni macam mana. Happy dapat apa yang saya minta. Walaupun pilihan ke 8 yang terkena. Sedih sebab jauh sangat. Risau, tak dapat nak bayangkan suasananya. And banyak lagi perasaan yang tak dapat diluahkan dengan bait-bait kata.

Kenapa UMS eh ?
Kenapa tak UM, UKM, UPM, UTM, USIM, UPSI, UMT, UiTM, UTHM ?
Kenapa matematik ekonomi ?
Sedangkan diri sangat berharap dapat major pure math, sains aktuari or statistik.

Doa saya saban waktu ;
"Ya Allah, dengan rahmat-Mu, Kau permudahkanlah urusan upu ku. Permudahkanlah aku untuk mendapat kos yang aku minta. Permudahkanlah kos yang terbaik untukku, untuk dunia & akhiratku."

Dan apa yang saya doa itu, Allah dah kabulkan. Ya, Allah dah bagi. Allah bagi apa yang saya minta time isi upu, dan apa yang Allah bagi, itu yang terbaik :) Maka wahai hati, berlapang dada dan redha lah sepenuhnya ! 

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA
Sesi Akademik 2013/2014

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:940210035974
NAMA:NURUL ZAFIRA FARHANA BINTI MOHD RADZUAN
KATEGORI:N - Kategori Matrikulasi/Asasi Sains
NOMATRIK:MS1223546991

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


HS08 - MATEMATIK DENGAN EKONOMI
UMS - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

URL SURAT TAWARAN - http://bpa.ums.edu.my/tawaran


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 12 Julai 2013 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARANsebelum 26 Julai 2013.

Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah :)
Allah has a better plan for me !
Only He knows the best, ain't ?

*Act taktaw pun matematik ekonomi tu camne. haha. pilih sebab ada word math. memang nak bersara dari dunia sains. hee
*Hanis cakap sabah tak cukup jauh lagi. haha. tunggu sambung master la nak jauh betul-betul. sabah ni pun aku da fikir macam-macam nak g ni
*Ummi call bising-bising dapat jauh. ummi sangat berharap dapat uia or yang dekat-dekat je. berat hati nak lepaskan anak sulung pergi jauh-jauh. hehe. maaf ummi baba. Along cuma minta, tapi ni kerja Allah. 

Tahniah buat rakan-rakan yang lain ! 
Bersyukur ye apa pun yang anda dapat. Ada yang tengah menangis wishing they could get. 
Nanti sujud syukur okay ;)
Kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta-Nya :)

If we're already tried our best and it's still doesn't work, let it to Allah. 
If it's ours, it will be. If not, then there must be something better.
Have faith in Him !

Allah bagi apa yang kita perlu, 
bukan apa yang kita mahu ;)


RaMaDHaN !!!

Bismillah :)



Salam ramadhan semua !
Selamat berpuasa !
Selamat membersihkan roh !
Jadikan ramadhan kali ini ramadhan yang lebih bermakna !
Jadikan mutabaah kali ni lebih banyak terisi !
Kita hamba Allah, bukan hamba ramadhan !
Paling penting, lillahi taala :)

Peluang yang datang, jika disia-siakan, satu kerugian yang besar.
Yuk, manfaatkan ramadhan kali ini ;)

Sempurnakan yang wajib, tingkatkan yang sunat :)





RnR 2.0

Bismillah.

Saya bangga jadi warga smakl !

Alhamdulillah, selesai program bersama form3 2013. Reflect and Refresh 2.0 programme tersangatlah awesome ! :D Takkan lupa kanak-kanak riang itu. Sangat aktif bertenaga, takterlayan kakak-kakak abang-abang. Hahah. Sampai sekarang ramai yang demam RnR. Yang menangis rindu, mimpi-mimpi pun ada.  Kuat betul penangan RnR ni !

Terima kasih atas positive feedback dari adik-adik. Sentiasa bersemangat dari mula sampai lah tamat program. Semua baik-baik je sepanjang program. Akur pada setiap arahan. Yang nakal pun tak berapa nak jadi nakalnya hahah. The best junior ever ! Good kids, they gave us so much to remember. "Rilek brader, brader rilek" tak pasal-pasal jadi trademark 24th gen. Ni kerja abe long ijak la ni :p Tarian shisha tun pun sangat hot buat masa kini haha. Yang bagusnya, ada budak puteri ingat petang-petang ada perjumpaan dengan kakak-kakak badar seperti zaman dulukala. Lawak pun ada. Hahah kami tak terfikir pun nak buat camtu. Em rindu nak 'kena' dengan kami ye :p

Dan kumpulan 7, SuperSonic mewarnai diari hidup saya. Walaupun tak selalu bersama, tapi hati sudah bertaut. Mungkin saya jenis yang boleh masuk cepat ngam dengan orang sekeliling, sifat penyayang dalam diri sangat tebal lagi-lagi kat budak-budak.  Ecehhwahhh ! haha. Sampaikan bila nuna cakap kena tukar group rasa sedih sangat huhu. Berat hati nak akur pada arahan tu. Tapi monolog hati memujuk diri, "Orang yang kita sayang hanya pinjaman dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Kalau betul sayang kerana Allah, hati takkan sedih sebab ni ketentuan dari Allah sendiri"

Sempat ambil no telefon & facebook mereka. In shaa allah nak follow up adik-adik ni. Taknak tinggalkan camtu je. Walaupun program tamat, moga ukhwah ni masih terjalin. Dan syukur sempat berkumpul dengan adik-adik usrah walaupun sekejap. Dah lama tinggalkan mereka huhu. Maafkan kak ye. In shaa allah kak akan follow up balik. Tanggungjawab kak atas kalian masih belum selesai sebenarnya. Allah, kuatkan aku. Allah, bantu aku. Allah, permudahkan bagiku. 

Moga program ini bermanfaat untuk kalian :) 
Jangan lupa apa yang kakak-kakak abang-abang pesan.
Ibrah daripada setiap aktiviti jadikan teladan.

*Buat kakak abang fasi, moga terus berhubung dengan adik-adik. Kanak-kanak riang itu masih perlukan anda untuk memberi kekuatan semangat kepada mereka :)

**Big thanks to all of committee members. Moga gerak kerja kita jadi saham di akhirat kelak. May Allah bless ! Love all of u !

***Sekalung penghargaan buat tuan rumah yang sudi menaja kediaman saya & rakan-rakan lain. Jasamu dikenang. Kekeke

****Sekalung penghargaan juga buat pemilik kereta yang sudi menaja kenderaan saya & rakan-rakan lain. Jasamu dikenang. hehe

*****3.0 programme pleaasssseeeeeee !

Orang kuat RnR :)

Syukran kathir buat akhi amiruddin & akhi amin yang memenuhi jemputan bagi slot kerohanian.
Jazakumallah :)


Done my job :)

Adik-adik Supersonic
Moga terus berukhwah kerana-Nya :)

Adik-adik usrah
Moga dalam jagaan Dia selalu :)

Jauharians
Moga terus kuat dengan-Nya :)

Fivers 2011 yang superb awesome !


Tiada yang lebih berharga, selain memiliki adik-adik yang soleh & solehah, indah akhlak, berjaya dalam  pelajaran :)


Man of Iron ;)

Bismillah.


"Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyah baiknya juga ketika di islam.
Sekiranya dia faham" (Bukhari & Muslim)


Qalb :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Wahai hati yang baik.
Yang sarat dengan rasa sayang.
Yang disakiti.
Tapi tak pernah membenci.
Yang dilukai.
Tapi tak pernah berdendam.
Yang memberikan kebaikan.
Tetapi disembunyikan.
Yang selalu memberi.
Tapi tak minta dihargai.
Yang selalu mengalah.
Tapi sebenarnya belum pernah kalah.

Ingin memiliki hati sebaik hati itu.
Wahai Pemilik isi hati, dengarkanlah.
Ingin mencontohi hati setulus hati itu.
Wahai Pemilik isi hati, tunaikanlah.
Ingin mengikuti hati selurus hati itu.
Wahai Pemilik isi hati, makbulkanlah.
Ingin sekali bersatu dengan hati seperti itu.
Wahai Pemilik isi hati, izinkanlah.

Agar hati ini kuat, tidak goyah.
Bagaikan ada hati lain yang mengimbangi.
Agar hati ini tidak jatuh dan patah.
Bagaikan ada kayu penyokong bertegak gagah.
Agar hati ini sentiasa di bawah naungan rahmat Tuhan.
Bagaikan ada hati lain yang turut mendoakan kesejahteraan.

~simpan untuk yang halal~



Kenangan Terindah : MPPB

Bismillah.

Alhamdulillah, tamat sudah Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB). Selesai sudah tugas sebagai fasilitator. Tak sangka dah habis. Lega rasa. Tapi hati berat meninggalkan adik-adik. Hati rindu akan bumi KMS. Rindu akan barisan fasilitator. Penat, tapi masih mampu tersenyum, ketawa ria. Hebat sungguh kalian !

Hampir dua minggu di KMS. Sempurnakan segala persediaan sebelum MPPB, dan yang paling penting untuk Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Penat yang teramat. Memang tak menang tangan. Bayangkan, pelajar ada 2000+ sedangkan fasilitator ada 100 orang saja ! Syukur Allah permudahkan segalanya :)

1
Semasa taklimat fasilitator sebelum tamatnya matriks, beriya-iya minta jadi ajk kerohanian. Konon tak banyak kerja. Bertugas bila kat surau je. Boleh duduk rileks. Sekali amek kau ! AJK Kerohanian kena jadi AJK Pendaftaran Kolej Kediaman pada hari pendaftaran. Dah nama pun AJK Kolej Kediaman, memang semua blok kitaorang yang kena kemas. Nasib baik canopus tak payah kemas, kalau tak 5blok semuanya yang kena selesaikan. Tapi nak menghabiskan blok capella, mira, vega & polaris tu dah cukup seksa. Mujur Allah beri kekuatan untuk terus berbuat. Kalau tak, dah cabut lari buat-buat tertidur kat bilik. Haha kejam sungguh :P Kemas bilik tv, bilik tamu & bilik belajar. Pergi setiap aras & bilik, periksa kelengkapan cukup atau tak. Kalau ada yang kurang, tanggungjawab kami untuk cukupkan.

2
Dalam kesibukan membuat persediaan untuk MPPB, kami mendapat cuti sempena Hari Wesak. Kitaorang pun dapat cuti taw :D Dan cuti yang sangat bermakna bagi saya. Akhirnya saya menjejakkan kaki ke pantai morib ! haha. Setahun kat KMS tak pergi sana pun. Dah bergelar alumni baru Allah izinkan jejak Pantai Morib. Bukan pergi berkhelah bergembira eh. Atas sebab tanzim assaff, Allah hantar saya ke situ. Ustaz Muliyadi, teman usrah ustaz syahmun yang bawa. Kira tambang pergi balik dah jimat haha. Ouh ya. Mestilah bukan saya seorang saja. Tak logik nak buat tanzim seorang diri haha. Ada sahabat-sahabat assaff yang lain. Dan turut serta ikhwah wa akhowat lain yang turun padang membantu, memberi cadangan dan tunjuk ajar. Mantap-mantap semuanya ! Masya Allah !

Syukur yang teramat. Dalam kepenatan dan kesibukan, Allah beri peluang merehatkan minda dan jasad. Mengisi hati yang gersang. Dan hari ni juga, Allah temukan saya dan sahabat-sahabat sepasang suami isteri yang sangat baik hati, mulia orangnya. Ustaz Muliyadi dan Kak Na. Merekalah yang bawa sahabat saya yang jatuh tergolek di pantai morib ke rumah tukang urut. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam yang ustaz & kak na kongsikan. Dan kalau singgah mana-mana kedai, pasti akan membelikan kami apa-apa. Syukran wa jazakumallah :)

3
Berita tergempar ! Semua pelajar perempuan baik yang beragama Islam atau tidak telah memakai tudung. Ini kerana bagi menghormati rumah Allah memandangkan forum bersama alumni diadakan di Surau As-Sufi, KMS. Hehe saja buat ayat gempak. Baguslah adik-adik non muslim ni. Akur pada arahan. Ada rasa hormat terhadap tempat ibadah orang Islam. And malam tu adik-adik ni dah macam artis. Orang nak ambil gambar je. Dapat pujian melangit-melangit. Ingat senang ke nak tengok semua non muslim bertudung litup ni..haha.
Salah satu cara nak kenalkan mereka tentang Islam yang sangat menjaga umatnya.

4
Selalunya jam 4.30 pagi kami dah bergerak mengejutkan adik-adik. Jam 5.15 adik-adik dah kena berkumpul di padang mini blok. Tapi malam terakhir MPPB, semua fasi vega terlajak tidur. Semuanya bangun lambat. Gara-gara kepenatan yang teramat. Bila sedar dah terlambat, memang kelam kabut bersiap keluar rumah tamu nak tengok adik-adik. And guess what ? Adik-adik dah siap beratur ikut aras dan bilik di padang mini blok. Tanpa pengawasan seorang fasi pun. Sangat terharu. Tanpa menunggu arahan, mereka mampu melakukannya sendiri. Bagus adik-adik vega ni ! Tp malu sebenarnya sebab kami bangun lambat. Hahaha. Dan yang lawaknya, adik-adik ni ingat kitaorang merajuk, dah malas nak layan diaorang. Sebab tu akak-akak fasi ni biar diaorang beratur sendiri. Haha.

5
Tayangan video semasa Majlis Penutupan MPPB membuatkan air mataku meleleh. Sedih. MPPB dah tamat. Berpisah dengan fasi-fasi. Tinggalkan adik-adik. Tuan pengarah menangis terharu semasa persembahan fasilitator. Pujian diberikan oleh beliau. MPPB yang terbaik. Barisan fasilitator yang terbaik. Antara yang patut dibanggakan, sepanjang MPPB surau diimarahkan setiap waktu solat. Solat berjemaah telah diterapkan dalam diri adik-adik. Tuan pengarah menitiskan air mata melihat anak didiknya beratur menanti giliran untuk berwudhu, memenuhi surau saban waktu solat. Katanya, suasana ini belum pernah dilihat semasa generasi sebelumnya. Keep it up, brothers and sisters ! Good job, facilitators ! May Allah bless :)

Hari terakhir MPPB. Selesai sudah tugas.
Lega. Melompat kegembiraan.
Antara kakak-kakak fasi vega.


Barisan jk kerohanian :)


Gelagat kakak & abang fasi. haha :P


Subhanallah ! Masya Allah ! Allahu Akbar !
Moga berterusan ye adik-adik :)

Adik-adik non muslim :)

Di Pantai Morib :)

MPPB, bukan sekadar minggu pengurusan pelajar baru. Tapi lebih dari itu.
Minggu taaruf antara fasilitator. 
Minggu mengeratkan silaturrahim.
Minggu berkorban masa dan tenaga.
Minggu berkongsi tawa duka.
Minggu melakar pelbagai momen terindah.

Terima kasih abang dan kakak fasi !

Moga bertemu & bekerjasama lagi :)

Nota Hati

Cinta itu selalu ada. Cuma aku tahankan selagi belum tiba masanya.

Saya takkan jual mahal, kalau betul caranya.

Maaf. Dilarang masuk. Hanya untuk yang halal saja. 

Kuatlah dalam berprinsip.
Teguhlah dalam menegakkan prinsip.

Love Letter 2









Love Letter 1

Bismillah.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-ku agar mereka memperoleh kebenaran" (AlBaqarah : 186)

Saya suka ayat ni. Allah itu Maha Dekat. Sangat dekat ! Dia juga Maha Memperkenankan Doa. Tapi kita kena taat kepada-Nya terlebih dahulu. 

Yakinlah pabila berbuat sesuatu. Kerana Allah ada dengan kita. Takkan pernah Dia tinggalkan kita. 
Dan yakinlah. Allah takkan pernah hampakan hamba-hamba-Nya. 

Fainni qarib.
Maka sesungguhnya Aku dekat.
2 : 186

:)


Soal hati. Tentang cinta.

Bismillah.

Dah lama tak cakap pasal ni. Soal hati. Tentang cinta. Topik yang hangat dalam kalangan remaja mungkin.
Yang sebenarnya saya sedang diuji. Maka sebab itu post ini hadir. Kalau tak, saya pun tak berminat nak cakap pasal ni. Haha.

Seriously, part paling lemah adalah bila diuji tentang cinta. Soal hati soal cinta sangat besar dalam hidup kita. And time ni lah saya akan buka video-video kak fatimah syarha tentang cinta, belek novel-novel islamik tentang cinta (saya selalu layan karya kak fs & abg hilal je), blogwalking, ingat balik apa yang saya pernah belajar tentang cinta, pesan ustaz ustazah sahabat-sahabat. Demi mencari kekuatan mengurus perasaan ini. Sebab cinta itu fitrah, tapi boleh menjadi fitnah. Fitnah ini yang sepatutnya ditakuti.

"Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini, semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Bila kita biarkan diri kita diajar erti cinta oleh orang yang tak kenal Allah, mana mungkin cinta kita kenal Allah" -kak fs-

"Jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila 'angau' bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa, sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar"

Dengarlah duhai remaja, bisikan ini tulus untukmu.
Dengarlah pesanku,
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan.
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. (Surah al-Nur : 26)
Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha Bijak mengatur yang sepadan, kufu'.
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai,
si dia akan terpilih dalam kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki.
Lupakan segala kegundahan.
Ubatilah resah di hati.
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki.
Senyumlah pada sinar yang menanti di hadapan.
-kak fs-


Banyak lagi video tentang cinta dr kak fs. Search sendiri ok :)

For me, orang yang benar-benar faham tentang cinta, akan menjaganya bersungguh-sungguh. Tak mudah untuk dia memberi dan melafazkannya sesuka hati. Sehingga dia minta petunjuk dari Ilahi dan benar-benar bersedia. Sungguh, soal cinta bukan perkara main-main. Maka pelajarilah, fahamilah :) orang yang nak belajar tentang cinta, bukan orang yang gatal, angau. Tapi sebab dia sedar beratnya cinta ini sebenarnya.

Cinta.
Yang memahami maknanya akan menerima kebaikan.
Yang sekadar mengetahui perkataannya sahaja, akan terjun ke lembah keburukan. (akhi hilal)




Diri sudah dilepaskan. Aku ingin terus merasai kebebasan.
Tanpa sebarang ikatan. Hingga detik yang Allah tentukan.
Takingin tersungkur lagi dalam ujian ini.
Bantu aku, ya Ilahi.
Dalam perbaiki diri & mencari cinta hakiki.

Things End...

Bismillah.
Most memorable memories are at here :)
Fuhh. Tamat sudah pengajianku di matriks. Alhamdulillah. Tempoh yang dirasakan lama pada awalnya, namun sebenarnya sangat singkat ! Pejam celik pejam celik...habis dah. Huhu. Hampir satu tahun, berkenalan dengan manusia yang berbeza latar belakang, bertukar cerita, berkongsi tawa dan duka, berjuang  di medan yang sama, melakar pelbagai momen terindah :) Coming to kolej matrikulasi selangor, meeting all these great people is the best part of my life ever !

Lily & el :)
Bestest roommates that i ever had ! Love both of u :*
A room that we share everything :)
Adik-beradik saya :)
Love u so much !
Till jannah ! ;)
Twin of the day ! hahah.
Tanpa sebarang perancangan, semua sama. Kebetulan.



SM1K1T6 <3


Mereka mewarnai hari-hari saya :)
Moga kita dapat berkumpul lagi.
Last day of lecture :)


As-Saff :)
Moga terus tsabat atas jalan ini.


Mereka :)
Jasad terpisah. Doa jadi penghubung.
Diana :)
Jangan galok-galok :p Moga bertemu lagi.



Ceraraa :)
Jangan nakal-nakal awk ! Ade rezeki jumpa lagi.
Crew i-dica :)
Selama 2 hari lebih berkampung di sini bersama 6 muslimin.
Pengalaman yang berharga.



Moga terus berjaya :)


SMAKLIAN :D
Seorang lagi takde, kerchak namanya. 


THINGS END. BUT MEMORIES LAST FOREVER.

Farewell is not easy especially when the person meant a lot to you.
You will never know the truth value of friendship until the day we are separated.
Friends, 
We had gone through so many things together
Thanks and sorry for everything
Remember me in ur du'a
Take care dear :)

Malam Mahabbah Gaza

Bismillah.

Dah lama tak dengar tentang saudara seagama yang sedang ditindas di sana. Kalau zaman sekolah dulu, ada je tayangan or perkongsian tentang mereka. Mujur kelab pengacaraan mengambil inisiatif mengadakan malam mahabbah gaza. Good job ! Yang lagi bagusnya, semua students dikerah ke surau, termasuk non muslims. hahah. Bagus bagus !

Wakil dari aqsa syarif berkongsi pengalaman beliau semasa berada di sana. maaf saya takingat namanya hehe. And of course ada tayangan video semua tu yang mampu melelehkan airmata huhuhu. Harapnya malam mahabbah gaza ni mampu membuka semua mata hati. It's not about islam, it's about humanity ! Jangan pernah berhenti berdoa buat mereka !



Anda tahu, saya sangat bersyukur berada di bumi KMS. Walau bukan institusi pengajian yang ade word ISLAM padanya, namun elemen agama tidak pernah diketepikan. Macam-macam program islamik yang diadakan. Walau biah islam nya masih belum cukup sempurna, tapi masih belum lagi jadi seperti negara baratlah. hahah. 

Ouh ya, 1 mac ni saya pergi port dickson. Untuk pertandingan i-dica peringkat kebangsaan. wohoo ! mohon doa kalian buat saya dan rakan seperjuangan yang lain :)


MPI :)

Bismillah.

Hai semuaaa ! hee. Meh saya cerita satu benda. Da lama da benda ni berlaku. Tapi saya nak cerita jugak ! Macam ni...

Pada 3 januari lalu, Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) telah mengadakan Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran Persatuan Sahabat As-Sufi (Assaff) & JKK Kerohanian. Program ini telah berlangsung selama seminggu dan berakhir pada 10 januari. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan khas buat semua warga KMS. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dibuka untuk warga bukan islam juga. da macam buat karangan laporan da aku ni hahaha. anda baca sambil membayangkan gaya tangan saya terangkat-angkat seperti pemberita, Karam Sing hahaha XD jahatnya aku ni hehe

Okay sambung cerita. Memang penat oii buat program besar camni. Program tahunan kan. Fisrt time pulak handle program sebesar macam ni. Hampir semua ajk pun sama. Takde pengalaman. Huhu. Mujur kami punya ustaz ustazah sangat cool & setia membantu. Terasa ringan sikit beban ni. Yang paling tak boleh lupa, ponteng lecture dengan amir. 2 jam ! 2jam lecture tu sangat berguna tahu. huhu. Akibat nak selesaikan benda luar alam yang jadi. Tapi kan serious penat. Berkejar ke sana sini. Jumpa VIP, lecturers segala bagai. Moga kepenatan kami diganjari Allah :). In shaa Allah. Lagipun handle program baik kan. Manusia ni...kalau tak disibukkan dengan kebaikan, dia akan berkesempatan berbuat kejahatan. 

And korang tahu, permulaan yang sangat baik untuk perasmian MPI ni. Video montaj sentuhan Lajnah Mutimedia is so awesome ! Tengok tengok tengok ! :D


And the most precious moment was kak Fatimah Syarha datang !!!! :D nampak tak betapa bahagia nya aku hehe. This is the 2nd time i see her in front of my eyes after she came to SMAKL on 2010. Alhamdulillah Allah permudahkan kak fs datang. Ramai yang tak percaya bila kami jemput dia datang. Dewan pun penuh sangat time ceramah beliau. Sungguh kak fs punya aura tersendiri. Nanti saya upload ye video ceramah beliau ;). In shaa allah. kesian penceramah lain. aku cerita pasal kak fs je hahah

sila jeles sila jeles sila jeles :p

Lastly, jutaan terima kasih kepada barisan Assaff dah barisan, assaff lagi haha, jkk kerohanian, jpp, pensyarah-pensyarah, abang-abang teknikal dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. And im sorry for anything. Especially yang terkena angin marah saya, nada suara yang tinngi. Sebagai penolong penyelaras, kesempurnaan itu sangat penting dalam program yg dihandle. Mohon maaf sekali lagi.


assaff & jpp


me, zahira, salwani with sang murabbi, ustaz syahmun.
pengganti ustaz hafizi di kms hehe

*sorry tak banyak gambar. ni pun curi dari orang hehe.

I'm Back !

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam alaik semua :) Woo hoo i'm back ! Setelah sekian lama bercuti dari dunia blog hehe. Yee saya tahu anda rindu saya. Kan kan ? Hahah. Maaf buat mereka yang menunggu. Dan saya sebenarnya semakin janggal untuk berbicara disini, walau pun banyak benda nak dikongsikan. Huhu.

motif ? pengubat rindu anda :p

And now im 19 years old :D. Thanks to Allah atas nikmat kehidupan ini. Thank you ummi baba membesarkan, mendidik along. Thanks to those yang hadir dalam diari hidup saya; mencoret pelbagai cerita, melakar pelbagai warna. And thank you for the wishes :)

#google made

Bila Allah sambung hayat kita lagi,
Tidakkah kita melihatnya sebagai peluang & kasih sayang
Untuk terus perbaiki diri
Bergerak merapati Ilahi
Dia setia memberikan waktu
Menanti hamba-hamba-Nya
Kembali & tunduk pada-Nya