Soal hati. Tentang cinta.

Bismillah.

Dah lama tak cakap pasal ni. Soal hati. Tentang cinta. Topik yang hangat dalam kalangan remaja mungkin.
Yang sebenarnya saya sedang diuji. Maka sebab itu post ini hadir. Kalau tak, saya pun tak berminat nak cakap pasal ni. Haha.

Seriously, part paling lemah adalah bila diuji tentang cinta. Soal hati soal cinta sangat besar dalam hidup kita. And time ni lah saya akan buka video-video kak fatimah syarha tentang cinta, belek novel-novel islamik tentang cinta (saya selalu layan karya kak fs & abg hilal je), blogwalking, ingat balik apa yang saya pernah belajar tentang cinta, pesan ustaz ustazah sahabat-sahabat. Demi mencari kekuatan mengurus perasaan ini. Sebab cinta itu fitrah, tapi boleh menjadi fitnah. Fitnah ini yang sepatutnya ditakuti.

"Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini, semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Bila kita biarkan diri kita diajar erti cinta oleh orang yang tak kenal Allah, mana mungkin cinta kita kenal Allah" -kak fs-

"Jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila 'angau' bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa, sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar"

Dengarlah duhai remaja, bisikan ini tulus untukmu.
Dengarlah pesanku,
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan.
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. (Surah al-Nur : 26)
Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha Bijak mengatur yang sepadan, kufu'.
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai,
si dia akan terpilih dalam kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki.
Lupakan segala kegundahan.
Ubatilah resah di hati.
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki.
Senyumlah pada sinar yang menanti di hadapan.
-kak fs-


Banyak lagi video tentang cinta dr kak fs. Search sendiri ok :)

For me, orang yang benar-benar faham tentang cinta, akan menjaganya bersungguh-sungguh. Tak mudah untuk dia memberi dan melafazkannya sesuka hati. Sehingga dia minta petunjuk dari Ilahi dan benar-benar bersedia. Sungguh, soal cinta bukan perkara main-main. Maka pelajarilah, fahamilah :) orang yang nak belajar tentang cinta, bukan orang yang gatal, angau. Tapi sebab dia sedar beratnya cinta ini sebenarnya.

Cinta.
Yang memahami maknanya akan menerima kebaikan.
Yang sekadar mengetahui perkataannya sahaja, akan terjun ke lembah keburukan. (akhi hilal)




Diri sudah dilepaskan. Aku ingin terus merasai kebebasan.
Tanpa sebarang ikatan. Hingga detik yang Allah tentukan.
Takingin tersungkur lagi dalam ujian ini.
Bantu aku, ya Ilahi.
Dalam perbaiki diri & mencari cinta hakiki.

No comments: