Kenangan Terindah : MPPB

Bismillah.

Alhamdulillah, tamat sudah Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB). Selesai sudah tugas sebagai fasilitator. Tak sangka dah habis. Lega rasa. Tapi hati berat meninggalkan adik-adik. Hati rindu akan bumi KMS. Rindu akan barisan fasilitator. Penat, tapi masih mampu tersenyum, ketawa ria. Hebat sungguh kalian !

Hampir dua minggu di KMS. Sempurnakan segala persediaan sebelum MPPB, dan yang paling penting untuk Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Penat yang teramat. Memang tak menang tangan. Bayangkan, pelajar ada 2000+ sedangkan fasilitator ada 100 orang saja ! Syukur Allah permudahkan segalanya :)

1
Semasa taklimat fasilitator sebelum tamatnya matriks, beriya-iya minta jadi ajk kerohanian. Konon tak banyak kerja. Bertugas bila kat surau je. Boleh duduk rileks. Sekali amek kau ! AJK Kerohanian kena jadi AJK Pendaftaran Kolej Kediaman pada hari pendaftaran. Dah nama pun AJK Kolej Kediaman, memang semua blok kitaorang yang kena kemas. Nasib baik canopus tak payah kemas, kalau tak 5blok semuanya yang kena selesaikan. Tapi nak menghabiskan blok capella, mira, vega & polaris tu dah cukup seksa. Mujur Allah beri kekuatan untuk terus berbuat. Kalau tak, dah cabut lari buat-buat tertidur kat bilik. Haha kejam sungguh :P Kemas bilik tv, bilik tamu & bilik belajar. Pergi setiap aras & bilik, periksa kelengkapan cukup atau tak. Kalau ada yang kurang, tanggungjawab kami untuk cukupkan.

2
Dalam kesibukan membuat persediaan untuk MPPB, kami mendapat cuti sempena Hari Wesak. Kitaorang pun dapat cuti taw :D Dan cuti yang sangat bermakna bagi saya. Akhirnya saya menjejakkan kaki ke pantai morib ! haha. Setahun kat KMS tak pergi sana pun. Dah bergelar alumni baru Allah izinkan jejak Pantai Morib. Bukan pergi berkhelah bergembira eh. Atas sebab tanzim assaff, Allah hantar saya ke situ. Ustaz Muliyadi, teman usrah ustaz syahmun yang bawa. Kira tambang pergi balik dah jimat haha. Ouh ya. Mestilah bukan saya seorang saja. Tak logik nak buat tanzim seorang diri haha. Ada sahabat-sahabat assaff yang lain. Dan turut serta ikhwah wa akhowat lain yang turun padang membantu, memberi cadangan dan tunjuk ajar. Mantap-mantap semuanya ! Masya Allah !

Syukur yang teramat. Dalam kepenatan dan kesibukan, Allah beri peluang merehatkan minda dan jasad. Mengisi hati yang gersang. Dan hari ni juga, Allah temukan saya dan sahabat-sahabat sepasang suami isteri yang sangat baik hati, mulia orangnya. Ustaz Muliyadi dan Kak Na. Merekalah yang bawa sahabat saya yang jatuh tergolek di pantai morib ke rumah tukang urut. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam yang ustaz & kak na kongsikan. Dan kalau singgah mana-mana kedai, pasti akan membelikan kami apa-apa. Syukran wa jazakumallah :)

3
Berita tergempar ! Semua pelajar perempuan baik yang beragama Islam atau tidak telah memakai tudung. Ini kerana bagi menghormati rumah Allah memandangkan forum bersama alumni diadakan di Surau As-Sufi, KMS. Hehe saja buat ayat gempak. Baguslah adik-adik non muslim ni. Akur pada arahan. Ada rasa hormat terhadap tempat ibadah orang Islam. And malam tu adik-adik ni dah macam artis. Orang nak ambil gambar je. Dapat pujian melangit-melangit. Ingat senang ke nak tengok semua non muslim bertudung litup ni..haha.
Salah satu cara nak kenalkan mereka tentang Islam yang sangat menjaga umatnya.

4
Selalunya jam 4.30 pagi kami dah bergerak mengejutkan adik-adik. Jam 5.15 adik-adik dah kena berkumpul di padang mini blok. Tapi malam terakhir MPPB, semua fasi vega terlajak tidur. Semuanya bangun lambat. Gara-gara kepenatan yang teramat. Bila sedar dah terlambat, memang kelam kabut bersiap keluar rumah tamu nak tengok adik-adik. And guess what ? Adik-adik dah siap beratur ikut aras dan bilik di padang mini blok. Tanpa pengawasan seorang fasi pun. Sangat terharu. Tanpa menunggu arahan, mereka mampu melakukannya sendiri. Bagus adik-adik vega ni ! Tp malu sebenarnya sebab kami bangun lambat. Hahaha. Dan yang lawaknya, adik-adik ni ingat kitaorang merajuk, dah malas nak layan diaorang. Sebab tu akak-akak fasi ni biar diaorang beratur sendiri. Haha.

5
Tayangan video semasa Majlis Penutupan MPPB membuatkan air mataku meleleh. Sedih. MPPB dah tamat. Berpisah dengan fasi-fasi. Tinggalkan adik-adik. Tuan pengarah menangis terharu semasa persembahan fasilitator. Pujian diberikan oleh beliau. MPPB yang terbaik. Barisan fasilitator yang terbaik. Antara yang patut dibanggakan, sepanjang MPPB surau diimarahkan setiap waktu solat. Solat berjemaah telah diterapkan dalam diri adik-adik. Tuan pengarah menitiskan air mata melihat anak didiknya beratur menanti giliran untuk berwudhu, memenuhi surau saban waktu solat. Katanya, suasana ini belum pernah dilihat semasa generasi sebelumnya. Keep it up, brothers and sisters ! Good job, facilitators ! May Allah bless :)

Hari terakhir MPPB. Selesai sudah tugas.
Lega. Melompat kegembiraan.
Antara kakak-kakak fasi vega.


Barisan jk kerohanian :)


Gelagat kakak & abang fasi. haha :P


Subhanallah ! Masya Allah ! Allahu Akbar !
Moga berterusan ye adik-adik :)

Adik-adik non muslim :)

Di Pantai Morib :)

MPPB, bukan sekadar minggu pengurusan pelajar baru. Tapi lebih dari itu.
Minggu taaruf antara fasilitator. 
Minggu mengeratkan silaturrahim.
Minggu berkorban masa dan tenaga.
Minggu berkongsi tawa duka.
Minggu melakar pelbagai momen terindah.

Terima kasih abang dan kakak fasi !

Moga bertemu & bekerjasama lagi :)