Why you leave me?



Nampak gambar ni kt profile fb seseorang. LIKE IT ! :D
Tapi masih adakah insan seperti ini? Meninggalkan orang yang dicintainya kerana ingin mengutamakan cinta Allah.

one, 2, three..

Dengan nama-Nya :)
Sekadar ingin berkongsi apa yang terjadi.

1
Minggu lepas, ada seorang putera kena sound dengan saya. Maaf andai perbuatanku itu menjatuhkan maruahmu. Tapi sebelum tu dah ramai orang yang tegur kau kn. Kau still buat juga. Tak pasal-pasal kena dengan aku. Dah lama aku tak mengamuk, dah lama aku tak mencarut. Huh! Kalau bukan kerana time tu aku sedar aku hanya perempuan, lagi dahsyat kau kena. Maaf sekali lagi. Aku sedar tak patut seorang muslimah memuntahkan kemarahannya begitu. Mungkin perbuatan aku tu boleh timbulkan fitnah.

Fahamilah. Dahulunya aku seorang gadis yang sangat liar & sosial. Tak perlulah hairan atau terkejut andai ada waktu aku berkelakuan seperti itu.

Lepas apa yang terjadi, aku mohon jangan ulang lagi. Cukuplah sekali. Jangan cabar aku lagi untuk menjadi seperti dulu. Aku ingin menjaga diriku. Moga Allah pulihkan kesihatan kau.

2
Hari khamis lepas time liqo ada game gara-gara form 4. Hujahnya nak hilangkan ngantuk untuk stay malam tu. Memang esok nak exam sejarah budak2 ni sempat main game lg kn. Ingat kan game ape, rupa-rupanya semua kena bagitahu ciri-ciri lelaki idaman. Layan jela ~

Beriman, penyayang, kaya, handsome, tinggi and macam-macam yang dyeorang sebut. Tiba giliran saya, ini jawapan yang saya beri pada mereka.

"Kak tak letak apa-apa ciri untuk lelaki idaman kak. Kak terima lelaki tersebut seadanya. Bagi kak, biarlah kak persiapkan diri kak dulu. Kalau nak yang baik, jadi yang baik. Sebab peribadi jodoh kita berdasarkan peribadi kita. So biarlah kak perbaiki diri kak dulu. Lgipun kak takut kalau kak letak ciri-ciri lelaki idaman kak handsome, tiba-tiba jodoh kak nanti orang yang cacat. Kalau kak nak yang kaya, tiba-tiba kak dapat laki yang miskin sangat. Mesti time tu kita rasa fust gile kan. Nak lain tapi dapat yang jauh gile beza. Biarlah kak perbaiki diri kak dulu and kak terima lelaki tersebut seadanya"

Kesimpulan daripada game tersebut, jadilah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.

3
Semalam semasa menghadiri seminar Bahasa Arab di UIA, ada beberapa student perempuan yang memakai purdah. Dari sekolah Tijarah kalau tak silap. Mungkin pakaian rasmi sekolah mereka sebab semua pakai jubah biru, tudung labuh & purdah. Seragam! 

Time pandang dyeorang, rasa sebak je. Mungkin kerana saya tidak mampu berpakaian seperti mereka. Untungnya mereka dipilih Allah untuk berpakaian busana yang mulia itu. Teringin untuk berpurdah. Namun niat tersebut terpaksa dipendamkan saja atas halangan tertentu. Jauh disudut hati masih berharap agar diri ini dipilih Allah juga sebab seorang wanita yang menitikberatkan aurat dengan memakai purdah secara istiqamah, kelak Allah akan datang kepadanya dan memperlihatkan wajah-Nya. Itulah ganjaran Allah!

*Girl, kalau betul awk nk berubah, berhentilah berdusta dengan insan sekeliling. Awak takkan berjaya berubah selagi tidak meninggalkan perbuatan berbohong kerana hati itu tidak akan lurus selagi lidahmu tidak lurus!




23rd gen ~

Dengan namaNya.

Hey readers! Nothing to share. Cuma ada sedikit bicara buat adik2 Tingkatan 2 :)

NAR : Adik, awak harapan kak. Jadilah umpama matahari. Terangi insan sekeliling dengan cahaya Islam. May Allah yusahhil :)

RNAJ : Moga terus tsabat mengharungi jalan yang penuh duri & berliku ini. Jangan jatuh hari ini kerana ujian  hanya akan berhenti selepas mati ! Yakin dengan janji-janjiNya ;)

FSA : Moga Allah tunjukkan padamu kebenaran sebagai satu kebenaran & kebatilan sebagai satu kebatilan. Terus dan terus mencari cinta yang hakiki ;)

KAJ : Keep improving yourself till the end. Never give up. Put ur trust in Allah. Ingat pesan kak, biarlah manusia menghina kita, tapi jangan kita hina diri kita sendiri dengan melakukan dosa kepada Allah! Allah love you, dear ;)

AKAR : Kak faham gelora jiwa remaja. Tahanlah dulu, dik. Sibukkan diri dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba, anak, pelajar dan sahabat. InsyaAllah perasaan itu akan hilang. Tiada cinta seindah cinta Ilahi !

MAB : Setiap orang punya peluang untuk perbaiki diri masing-masing. Cuma bergantung pada kita nak gunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin atau mempersiakannya. Tunjukkan kesungguhan kamu untuk berubah andai benar kamu ingin jadi yang terbaik. Teruslah memburu redhaNya !

ZA : Ke mana hilangnya dirimu yang dulu? Sedarlah dari kelalaianmu & bangkitlah menjadi syabab kebanggaan Islam. Jangan sia-siakan akhirat yang abadi untuk kehidupan dunia yang sementara ini. Allah sentiasa ada untuk kau bangkit !

MNS : Berusaha menjadi baik adalah lebih bermakna daripada berpura-pura baik. Kerana usaha itu akan dinilai oleh Allah manakala berpura-pura baik akan memasukkan kita dalam golongan munafik. Strive for mardhotillah !

Dan kepada yang lain,
Dunia remaja punya 1001 ujian.
Pandu diri berlandaskan alquran & assunnah. Bukan nafsu & budaya barat yang sering diagung-agungkan.
Pilih sahabat yang baik & soleh, agar dirimu terpelihara.
Sibukkan diri mengejar cinta Ilahi, bukan cinta manusia yang tak menjanjikan apa-apa.
Hidup ini terlalu singkat. Berbuatlah perkara-perkara yang mendatangkan berkat.
Agar mendapat syafaat di akhirat :)

*Sejahat & seteruk mana pun seorang kakak, jauh disudut hatinya berharap agar adik-adiknya tidak menjadi sepertinya, malah menjadi lebih baik :)

Salam sayang <3

Sahabat tercinta :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih lagi diberi nyawa untuk terus mengejar redha-nya. Alhamdulillah, masih lagi bernafas dalam iman & islam. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk update blog. Kaifa hal? Kaifa iman? Moga semuanya sihat :) Sakit sekalipun, berusalahah mencari penawarnya !

Post kali ini saya tujukan buat seorang insan yang istimewa dalam hati ini. Anugerah Allah buat saya. Amanah dari Ilahi.

Awak,
Kita tak sangka kita dengan awak akan jadi rapat. Hampir lima tahun kita menuntut ilmu di bumi yang sama, tahun ini baru kita lebih mengenali. Apapun, setiap aturan-Nya sungguh cantik dan punya hikmah tersembunyi. Sungguh, mengenalimu dengan lebih akrab sangat indah buatku.

Awak,
Banyak perkara yang kita kongsikan bersama, walaupun tidak semua. Awak seorang sahabat yang baik. Tidak jemu melayan karenahku. Sudi mendengar setipa luahanku. Kadangkala, awak jadi penasihat buat kita :D

Awak,
Tiada apa yang kita nak tulis tentang awak disini. Biarlah ia menjadi rahsia antara kita denganNya. Tidak semua perasaan boleh diungkapkan dengan kata-kata kan? Cuma ada sedikiT perkara yang kita nak cakap kat awk.

Awak,
Bila banyak perkara yang Allah bongkarkan pada kita tentang ikhtilat khususnya apa yang terjadi pada sahabat-sahabat kita, kita kecewa. PerAsaan bercampur-baur. Kita tidak tahu apa yang patut dilakukan. Hanya mampu berdiam diri dan membenci di dalam hati. Tapi sampai bila mulut ini akan terkunci? Sampai bila nak mencegah kemungkaran dengan selemah-lemah iman? Kita harap awak tak kecewakan kita, sepertimana mereka telah mengecewakan kita.

Awak,
Dunia remaja terlalu banyak pancaroba. Ujian cinta silih berganti. Jangan tewas mcm mana kita pernah tewas dulu. Berusahalah sedaya upaya mendekatkan diri dengan Allah, pasti akan ada ganjaran cinta Allah menanti awak ;)

Awak,
Terima kasih sebab sudi jadi sahabat kita. Moga ikatan ukhuwah ini menjadi wasilah untuk kita meraih cinta-Nya dan ganjaran jannah. Love you just because of Him <3