Selamat berjuang !

In the name of Allah.

ALL THE BEST FOR ALL SPM'S CANDIDATES ! 
MAY ALLAH YUSAHHIL EVERYTHING.
INI PERJUANGAN TERAKHIR DI ALAM PERSEKOLAHAN.
BERI YANG TERBAIK, DAPAT KEMBALI YANG TERBAIK ;)


To my beloved readers,
Deeply sorry for my bad dids or hurting you in any way. Please pray for us.

awas, GAJET CINTA !

Dengan nama Allah.


Minggu lepas ada seorang junior tegur saya di facebook. Minta nasihat kerana dirinya sedang bercinta. Pabila saya bertanya kepadanya apa yang dia nak buat, katanya dia taknak berpisah. Hairan mendengar jawapan tu, saya bertanya kembali, kenapa cerita dengan kak kalau taknak berpisah. Katanya lagi, dia minta saya nasihatkannya supaya dirinya berubah.
Hmm. Persoalan cinta sering menghantui jiwa remaja. Kadang-kadang saya sendiri kehabisan kata-kata. Diri sendiri pun masih terumbang-ambing~ Rasanya tahun ni paling banyak isu ikhtilat dibicarakan di sekolah kan. Macam-macam pesanan ustaz@ustazah & cikgu-cikgu beri. Tapi hanya berapa insan je yang mendengar, menghayati & mengambilnya sebagai pedoman. Dan kita bagaimana?

Jom hayati kata-kata yang telah diadaptasi daripada novel Sebarkan Cinta-Mu ;)

Sekiranya kamu mahu menjadikan cinta itu Tuhan, maka silakan berjinak-jinak dengan cinta. Berkorban apa sahaja demi cinta termasuk maruah dan agama. Berzina, buang bayi, buang keluarga malah sanggup menelan racun demi cinta, itulah namanya menjadikan cinta itu Tuhan.

Sebelum cinta menjadi begitu gila, ia bermula dengan jalan-jalan kecil seperti ini; berbalas sms, chatting, berdating & sebagainya. Tanyalah mana-mana penzina, tiada seorang pun yang berniat hendak berzina ketika dia mula berjinak dengan jalan-jalannya.

Sekiranya kamu sanggup menempah risiko itu, maka silakan membalas surat lelaki, melayan sms & panggilannya. Keluarlah berdua-duaan, meskipun pengisiannya adalah belajar al-Quran. Sebelum semuanya terjadi, kamu diberi pilihan & akal. Maka, sekiranya cinta kamu nanti menyala-nyala di neraka, jangan salahkan Allah pula.

Sebelum kita rasa tidak kuat, kita terlebih dahulu melemahkan hati kita sendiri dengan membuka jalan-jalan zina, mendekati lelaki tanpa keperluan, membiasakan diri menonton kisah-kisah cinta di televisyen dan melazimkan bacaan gosip di majalah-majalah hiburan. Justeru, jika mahukan hati yang lemah & akhirnya buta menilai, maka teruskanlah tabiat-tabiat itu. Kita sendiri yang memilihnya.

Ingat, lelaki yang menawarkan cinta kepada kita, dengan cara mengiklankan kederhakaannya kepada Allah, jangan diharap dia mampu memimpin cinta itu ke syurga!

Jangan berani-berani cuba menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki pada masa ini. Dia tak berhak apa-apa ke atas kita, kerana dia bukan suami kita. Berpacaran hanya akan mencipta bibit-bibit awal keretakan rumah tangga pada masa akan datang. Kehidupan menjadi terganggu dengan nostalgia silam. Penuh syak wasangka pada pasangan.

Berumah tangga tidak akan teguh dengan asas yang rapuh. Cinta muda yang bergelora hanya cinta dusta. Asasnya mesti kerana agama. Jalannya mesti mulia & menjauhi zina.

Jangan tergopoh-gapah mengejar cinta. Sibukkan diri mengejar kualiti diri. Kelak kita tidak perlu lelah mengejar cinta sebaliknya cinta yang akan mengejar kita. Bukan sebarang cinta tetapi cinta insan beragama!

Pernah juga saya berpesan kepada adik tersayang, Athirah pada satu malam;
Dik, soal jodoh sangat rapat dengan soal akhirat. Pilihlah lelaki yang beragama. Macam mana nak tahu agamanya, tengoklah akhlaknya. Akhlak kita menggambarkan agama kita.

Ayuhlah, mawar-mawar agama, bangkitlah mempersiapkan diri. Hunuskan durimu, jangan mudah tergoda. Keindahanmu hanya untuk lelaki bernama suami. Solehahkanlah diri agar mendapat lelaki yang soleh. Hanya lelaki berkualiti mampu mendampingi mawar berduri ;)




*Kepada junior tersebut, maaf yang teramat buat awak menunggu. Keterbatasan waktu menghalang kak berkongsinya dengan awk.

Nak tengok wayang boleh tak?

Dengan nama-Nya. 
Macam-macam jawapan yang kita dengar kan bila diajukan soalan kat atas. Antaranya :

1- Benda tu lebih banyak perkara negatif, better elakkan. Tapi ustaz kata, kalau time dia ok, tak lewatkan solat & cerita dia ok, takpe je. Tapi sekarang ni semua movie banyak negatif. [Ustazah Shuwaibatul]

2- Hukum asal boleh, Tapi yang menjadikannya tak boleh adalah 1- suasana yang rosak (bercampur lelaki perempuan) 2- cerita yang tidak syara'. Kalau kedua-duanya selesai, insyaAllah tak ada masalah untuk tengok wayang. Tapi kalau kedua-dua berlaku, hukumnya tidak boleh. [Hilal Asyraf]

3- "Rasa-rasanya kalau kita mati kat dalam panggung wayang tu, boleh dikira husnul khatimah (pengakhiran yang baik) ke?" seorang sahabat saya bertanya kembali.

Mungkin banyak lagi jawapan lain yang kalian pernah dengar. Tapi saya paling sukakan jawapan yang diberikan oleh seorang novelis Islamik, Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dalam novelnya yang bertajuk Sebarkan Cinta-Mu. Katanya :

"Sekiranya hukumnya harus, manusia tetap ingin berlalai-lalai dengannya tanpa keperluan. Sekiranya hukumnya haram, manusia tetap ingin mahukannya dengan apa jua cara, Lebih senang, kamu cuba bertanya sendiri pada mata, nanti hendak jawab apa di hadapan Allah apabila Allah bertanya, apa yang telah dilihat? Kemudian, bertanya pula pada kaki, nanti hendak jawab apa di hadapan Allah apabila Allah tanya ke mana ia melangkah?"

Bagi saya, jawapannya sudah cukup untuk merungkai segala persoalan. Jawapan yang membuka mata hati dan minda. Membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk ke panggung wayang. 

Bahang SPM kian terasa !

Bismillah.

Hari ini masuk hari ke-3 tak pergi sekolah :D Sori kalau ade yang jealous :P Sengaja taknak balik sebab nak study kat rumah. Setakat ni jadual berjalan seperti yang dirancang. Hari isnin hadam addmath, chemistry ngan sejarah. Selasa bedah buku biology, physics ngan math. Hari ini ulang balik jadual hari isnin dan seterusnya. Bila nak balik sekolah ni ? Nak sambung terus sekali ngan cuti raya haji boleh tak? Takpun hari isnin start SPM nanti baru balik ke. Hehe :D Memang SMAKL tu sekolah ayah aku kan., suka suki je nak balik bile.

Menghitung hari je nak keluarkan semua benda dalam kepala otak ni atas paper. Perasaan bercampur baur menanti detik itu. Ya Allah, permudahkan segalanya.

Special for fivers ;
Walaupun sibuk membuat persiapan menghadapi SPM, jangan lupa persiapan untuk bertemu dengan-Nya. Hakikatnya kematian itu lebih dekat dengan kita. SPM kita tahu kan bila tarikhnya, tapi ajal kita taktahu bila. Seimbangkan dunia akhirat, moga hidupmu mendapat berkat. Jangan belajar sampai lewatkan solat. Bacalah alQuran setiap hari kerana alQuran itu cahaya. Yuk, terus berjuang! May Allah yusahhil everything :)