Nak tengok wayang boleh tak?

Dengan nama-Nya. 
Macam-macam jawapan yang kita dengar kan bila diajukan soalan kat atas. Antaranya :

1- Benda tu lebih banyak perkara negatif, better elakkan. Tapi ustaz kata, kalau time dia ok, tak lewatkan solat & cerita dia ok, takpe je. Tapi sekarang ni semua movie banyak negatif. [Ustazah Shuwaibatul]

2- Hukum asal boleh, Tapi yang menjadikannya tak boleh adalah 1- suasana yang rosak (bercampur lelaki perempuan) 2- cerita yang tidak syara'. Kalau kedua-duanya selesai, insyaAllah tak ada masalah untuk tengok wayang. Tapi kalau kedua-dua berlaku, hukumnya tidak boleh. [Hilal Asyraf]

3- "Rasa-rasanya kalau kita mati kat dalam panggung wayang tu, boleh dikira husnul khatimah (pengakhiran yang baik) ke?" seorang sahabat saya bertanya kembali.

Mungkin banyak lagi jawapan lain yang kalian pernah dengar. Tapi saya paling sukakan jawapan yang diberikan oleh seorang novelis Islamik, Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dalam novelnya yang bertajuk Sebarkan Cinta-Mu. Katanya :

"Sekiranya hukumnya harus, manusia tetap ingin berlalai-lalai dengannya tanpa keperluan. Sekiranya hukumnya haram, manusia tetap ingin mahukannya dengan apa jua cara, Lebih senang, kamu cuba bertanya sendiri pada mata, nanti hendak jawab apa di hadapan Allah apabila Allah bertanya, apa yang telah dilihat? Kemudian, bertanya pula pada kaki, nanti hendak jawab apa di hadapan Allah apabila Allah tanya ke mana ia melangkah?"

Bagi saya, jawapannya sudah cukup untuk merungkai segala persoalan. Jawapan yang membuka mata hati dan minda. Membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk ke panggung wayang. 

No comments: