Perjalanan Menuju Allah

Aduhai jiwa yang bersalut dosa
Betapa kesementaraan ini mengugah rasa
Betapa kekerdilan diri ini
Menumbuhkan harap dan asa
Untuk sekelumit rahmat dan pengampunanNya

Aduhai jiwa yang sering terleka
Betapa sering diri ini ketinggalan masa
Untuk belajar menghargai
Atau bersedia menanti hari
Agar terwarna makna hakiki

Aduhai Pemilik jiwa yang kerdil ini
Betapa kami mengharapkan taufiq dan hidayah Mu
Betapa ingin kami menjadi hamba Mu
Hidup dalam ketaatan
dan dijemput pulang dalam kerahmatan

Aduhai Pemilik jiwa yang alpa ini
Terimalah keuzuran kami
Agar redhaMu sentiasa menyinari hati dan hidup kami

dipetik dr langit ilahi

munajat hamba~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Ya Allah Tuhan yg sntiasa mncintai hambaNYA, Tuhan yg tiada mghampakn p'mntaan hmbaNYA.
Bantulah kami  utk mnjadi hmba yg taat kpdMU, hamba yg sntiasa mrinduiMU,
hamba yg sntiasa mncintaiMU, hamba yg sntiasa mnsyukuri nikmatMU,
hamba yg sabar ats ujianMU, hamba yg redha ats sgala takdirMU.

Tetapkanlah kaki kami di ats kbnrn, mudahknlh kami memujiMU,
sujud pdMU, mnangis krnaMU, b'korban demi mgharapkn cntaMU..
Amin ya Rabbal 'alamin."

ukhuwah dengamu :)

Dengan nama Allah..

buat sahabat yg aku CINTAI kerana ALLAH..

mungkin tak dapat kamu definisikan betapa aku menghargai kamu kerana Allah..namun kamu semua adalah permata buat diriku..kamu adalah inspirasiku..siapa pun kamu..kamu sangat sangat berharga buat diri ini...

buat semua..sahabat2 smakl yg pernah aku kenali..dengarlah tinta aku ini..ianya satu saat yg aku rasakan indah apabila mengenangmu..

saat aku mengenali tarbiah..saat itu juga Dia pertemukan aku dengan kamu..bukan dengan orang lain..macam2 karenah aku jumpa..namun itulah warna warni ukhuwah..saat aku mengenali kamu, aku jumpa diriku yg sebenar..kamu teramat mengajar aku dengan dakwah ini..kamu sangat membuatkan aku rindu dengan dakwah ini..kamu juga sumber kekuatan aku dengan dakwah ini..saat aku keseorangan..aku sering memikirkanmu..apa yg sedang kamu buat kala ini? adakah keadaan mu baik2 saja..adakah kamu ada tarbiah sekarang ini?...mengertikah kamu apa yg aku rasakan?... ukhuwah yg aku rasakan bukan sekadar ketawa bersedih..namun aku terasa amat memerlukanmu.. aku teringin duduk bersembang denganmu..cerita cereka dakwah..bagaimana hadapi dunia nanti..adakah bisa kamu semua lepas dari semuanya? adakah kamu tegar utk pertahankan kekuatanmu..itulah yg aku harapkan..walau kamu tidak memerlukan aku..namun..izinkan aku mengucapkan..aku sayang kamu...aku cinta kamu..aku rindu kamu..dan semuanya tiada lain..hanya LILLAHI TA'ALA.

semoga kamu baik2 saja...kutiplah tarbiah yg pernah engkau cicirkan satu masa dulu..kerana aku sangat yakin..kamu sangat memerlukannya....dan seharusnya aku juga..insha Allah..semoga kenangan kita..terabadi selamanya...mgkin satu masa nanti , andai aku sudah tiada..teruskan lah perjuangan ini hingga ke akhirnya..bantulah aku..bantulah dirimu..bantulah islam untuk tertegak di wajah dunia ini...sambung perjuangan ini hingga ke liang lahad ya..salamun alaikunna.

* act ni note seorg ukhti di fb..beliau tag sye di dlmnye.. Sgt terharu :'( harapan seorg sahabat terhadap sahabat seperjuangannya..sahabat yg sma2 mrasai tarbiah.. moga ukhuwah ini mnjanjikan seinfiniti redha Ilahi dan kjayaan ukhuwahfillah yg tulus suci :)

Rahsia Hati

"In the name of Allah the most gracious the most merciful"

Hati
Engkau adalah pandangan Allah
Engkau adalah rahsia Allah
Siapa yang memahaminya, akan membersihkanmu

Hati 
Engkau kini terhijab
Engkau tidak melihat dengan kebenaran
Apabila tertanggalnya hijab
Terpandanglah engkau akan kebaikan
Terpukaulah engkau dengan keindahan
Terang dan nyata kewujudan Allah

Hati
Engkau adalah kitab Allah
Engkau adalah khazanah Allah
Jika engkau terbuka hijab
Engkau kembali seperti dahulu
Ilmu-ilmu yang tinggi adalah dirimu
Jadilah dirimu alim hakiki

Dipetik dari buku Tipu Daya Jalan Ketuhanan :)

Di Mana DIA di hatimu ?


Bismillah...
Aku bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!
Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);
"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?
Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?
Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.
Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"
Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."
Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.
Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."
Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.
Dan kita akan terus mengemis kasih...
p/s : edit from ILUVISLAM :)

Tatkala Lemah Datang Menjengah


"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang."
Memang.
Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?
Bagaimana kita menyingkapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.
Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.
Bersangka baiklah.
Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.