pray for THEM :)

Bismillah
Hey hey..!:D InsyaAllah rabu dpn result SPM kluar.. So., this post credits to my beloved seniors .! <3

ALL THE BEST FOR UR RESULT .!
ALLAH TAHU APE YG TERBAIK. 
BERI YANG TERBAIK , dapat kembali yg terbaik ! :)



Inilah kakak2 yg amat saye sayang.. Mereka sgt b'jasa dlm hidup saye. . Mereka yg mmbawa saye dlm dunia tarbiah + dakwah..
  • Along Noraini Yusof
  • Angah Nailah
  • Alang Fariha err., alang SPM taun niyh
  • Ayang Puteri Hidayu Nafisah
  • Ateh Aisyah Zailan
  • Achik Saffana
  • Anje Sobah
Tak lupe juge buat kakak2 dormku yg telah mnjge diri ini..heheh ;) maaf xde gmbr mreka
  • Fatin Syakira a.k.a KD yg sgt best
  • Raihana Nadhira 
  • Insyirah
  • Wan Muslihah
  • Nurul Syazareen 
and ALL FIVERS 2010 .!
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yg telah diusahakannya" [53:39]



Kerana Sifatnya Mengubah !

"In the name of Allah the most gracious the most merciful"

Hee..dh lme xstory2 kt blog niyh.. Hmm., xtaw nape dah xrse smgt cm dlu b'blogging niyh. Btw., nk share smethng ngn kalian.. tentang TARBIAH :) 

Lalu andainya masih ada yang bertanya,
apa istimewanya tarbiah yang didukung ini?
mahu saja aku berkata begini
kerana tarbiah ini
sifatnya mengubah!

aku yang dahulu begitu dan begitu
kini begini dan begini
ah, bagaimana itu?
aku begini kerana tarbiah ini
hadiah indah titipan Ilahi
agar aku bisa bertemu dengan-Nya kelak
dalam keadaan suci dan terpuji.

Kerana tarbiah ini sifatnya mengubah
maka aku di sini pada hari ini
bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam
dan betapa indahnya perubahan ini
kerana didorong atas rasa cinta
mahu mempersembahkan diri terbaik buat Pencipta
bukan atas paksaan
bukan ikut-ikutan
bukan perasan-perasan.
tentunya,
aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini
dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat
walau tidak terbalas kurniaan Ilahi yang Maha Hebat
tapi cukup menjadi tanda mensyukuri atas segala nikmat.

Oh Tuhan.
biar aku terus tsabat
berada dalam nikmat ini
dan menunjukkan kesyukuranku
dengan terus bersusah-susah untuk umat.

Umat yang tenat,
nah, aku bawakan tarbiah sebagai ubat...
kerana tarbiah, sifatnya mengubah!
moga ia bisa mengubah
segala sakit menjadi nikmat
segala derita menjadi cinta
segala sengsara menjadi bahagia.

ayuh,
ambil ubat ini wahai umat...
dan kita bakal bahagia kelak..
pasti, dengan izin Allah.





Ini bukan skadar kata-kata..namun inilah hakikat. Kerana tarbiah inilah yg telah mengubah kehidupanku yg dhulunya seorg gadis yg sgt liar + sosial. Kerana sifatnya mengubah .!

STRIVE FOR MARDHOTILLAH :)

Dengarkanlah, sahabatku...

Aku lewati lagi tempat ini

Setapak demi setapak aku melangkah

Mencari secebis ilmu dari lautan pengetahuan

Hari silih berganti namun doaku tak pernah mati

Berharap agar perjuangan ini demi Ilahi

Menyimpan tekad agar esok lebih baik dari hari ini

Wahai sahabat-sahabatku

Rasa bagai ingin aku laung pada kamu semua

Betapa aku ingin berjaya di medan ini

Aku mahu berjaya seperti mereka

Tapi bila godaan datang menyapa

Bila rasa malas merajai hati

Rasa mengantuk lebih patut dilayani

Secebis iman ini seakan layu

Tekad yang tadinya membara habis padam tak bersisa

Akhirnya yang tinggal hanya satu hari yang tersia

Harapan untuk hari ini lebih baik

Hanya angan-angan kosong seorang insan

Diganti dengan penyesalan yang mungkin berulang

Ah, aku kalah lagi!


Wahai sahabat-sahabatku,

Setiap kali aku melihat kalian,

Aku seakan melihat diriku sendiri

Kerana kalian sahabatku

Patut aku nasihati bila ada yang tersasar

Menjadi tanggungjawabku menyampaikan

Secebis ilmu walaupun sebesar jari

Patut aku tegur bila kalian seakan lupa

Mesti aku ingatkan tika kalian alpa

Tapi seringkali teguran itu tersekat di kerongkongku

Tak terluah di mulutku

Kerana aku takut ada bait kataku yang mungkin mengguris hatimu

Aku tersepit antara kemanisan yang palsu dan kepahitan sebuah kebenaran

Aku tidak mahu kalian terasa

Tatkala mendengar bicara dari insan kerdil seperti aku..

Yang juga kadang-kadang hanyut dalam kelalaian..

Tapi salahkah untuk aku ucapkan sepotong nasihat untuk kalian?

Dalam saling mengingati menuju jalanNYA

Tapi sungguh belum aku punya kekuatan

Akhirnya aku mengambil jalan selemah-lemah iman

Hanya membencinya dengan hati

Padahal kita patut berkata benar walaupun payah bukan?

Ah, aku kalah lagi!

Duhai hati, jgn terkorban dgn dunia..

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"

Sesekali hati  mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh,  sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu  sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati  bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;  "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya  kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya  Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui  orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya  tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah  Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat;  kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

KeSuNYiaN~

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"

Saat hati ini kesunyian, 
Allah sentiasa menemani,
saat ketika kita perlukan teman,
Allah sebaik-baik teman,
saat kita perlukan seseorang untuk mengadu duka,
Allah kan mendengarnya.

Ramai yang tanya,
" kau ni jatuh cinta ke? "
ya, memang diriku dilamun cinta,
dilamun cintaNya, 

Rakanku ramai yang ambil penyelesaian,
dengan ber-couple,
sedarkah mereka antara dua ajnabi itu pasti ada yang bertanduk,
yang bertanduk itu pasti menari kegembiraan kerana berjaya menghasut kita,

Ya ! ,
kita insan yang lemah, tidak lekang membuat dosa,
tapi itu bukan satu alasan untuk kita melakukan maksiat,
tidakkah kalian tahu Allah Maha Melihat,
walau setebal mana tempat persembunyianmu,
Allah tetap melihatnya.

"Jangan malu nak mintak kat Allah",
aku jadikan ini sebagai pegangan,
sedangkan Allah tahu isi hati kita,
mengapa pula kita harus malu untuk minta kepadaNya,
kita hanyalah seorang hamba,
hamba Allah !

Manusia sibuk mencari cinta manusia,
tetapi,
sebelum diri mereka menyerahkan hati mereka ke sang pencipta,
mereka tidak akan mendapat hati sesiapa,
cintai Allah, kalian dicintai manusia.

Ya,
cinta satu fitrah manusia,
tanpa cinta kita tidak akan lahir ke dunia,
Adam bertemu Hawa,
kemudian lahirlah umat manusia,
lahirlah diriku yang kerdil ini,
yang kemudian ingin mencintai dan dicintai,
jangan sesekali menangis kecewa kerana cinta,
tetapi menangislah ketika bermunajat kepadaNya..

p/s: ini bkn hsil nukilan saya..tp dicopy from seorg junior..