Kerana Sifatnya Mengubah !

"In the name of Allah the most gracious the most merciful"

Hee..dh lme xstory2 kt blog niyh.. Hmm., xtaw nape dah xrse smgt cm dlu b'blogging niyh. Btw., nk share smethng ngn kalian.. tentang TARBIAH :) 

Lalu andainya masih ada yang bertanya,
apa istimewanya tarbiah yang didukung ini?
mahu saja aku berkata begini
kerana tarbiah ini
sifatnya mengubah!

aku yang dahulu begitu dan begitu
kini begini dan begini
ah, bagaimana itu?
aku begini kerana tarbiah ini
hadiah indah titipan Ilahi
agar aku bisa bertemu dengan-Nya kelak
dalam keadaan suci dan terpuji.

Kerana tarbiah ini sifatnya mengubah
maka aku di sini pada hari ini
bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam
dan betapa indahnya perubahan ini
kerana didorong atas rasa cinta
mahu mempersembahkan diri terbaik buat Pencipta
bukan atas paksaan
bukan ikut-ikutan
bukan perasan-perasan.
tentunya,
aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini
dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat
walau tidak terbalas kurniaan Ilahi yang Maha Hebat
tapi cukup menjadi tanda mensyukuri atas segala nikmat.

Oh Tuhan.
biar aku terus tsabat
berada dalam nikmat ini
dan menunjukkan kesyukuranku
dengan terus bersusah-susah untuk umat.

Umat yang tenat,
nah, aku bawakan tarbiah sebagai ubat...
kerana tarbiah, sifatnya mengubah!
moga ia bisa mengubah
segala sakit menjadi nikmat
segala derita menjadi cinta
segala sengsara menjadi bahagia.

ayuh,
ambil ubat ini wahai umat...
dan kita bakal bahagia kelak..
pasti, dengan izin Allah.





Ini bukan skadar kata-kata..namun inilah hakikat. Kerana tarbiah inilah yg telah mengubah kehidupanku yg dhulunya seorg gadis yg sgt liar + sosial. Kerana sifatnya mengubah .!

STRIVE FOR MARDHOTILLAH :)

1 comment: