Mari menjadi hamba

Menjadi hamba kepada Yang Menguasai Segala-gala.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai Daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luhmahfuz).”
(Surah Al-An’am : 59)



5months to go~

Bismillah..

Hey readers ! kaifa hal ? kaifa iman ? Bgaimana cuti skolah 2mggu yg telah b'lalu ? Adakah b'lalu bgitu saja ? Atau mnjadi cuti yg sgt b'mnfaat ? Moga kalian tdak mmp'siaknnya diri sndiri pun xtaulah ape jdi. Hari ini dh kna blik hstel :'( Asramaku syurgaku ! sdg mmjuk hati sbnrnye. Esok b'mulalah semester yg baru. Yeahh., dh xlme dh nk hbis skolah ;)

Saya ada 5bulan utk tggal di SMAKL bumi yg byk mndidik aku :)
Saya ada 5bulan utk mncurahkan bakti di sana msih blum ada jasa yg aku sumbangkan :(
Saya ada 5bulan utk b'juang bg mghadapi SPM mohon doa dr kalian
Saya ada 5bulan utk terus merakam memori b'sama sahabat-sahabat 20th gen. sedih nk b'pisah dgn kalian
Saya ada 5bulan utk terus mengutip mutiara-mutiara tarbiah blum pasti aku akn b'ada dtmpt sbegini lg utk trus mnuntut ilmuNya
Saya ada 5bulan bersama-sama junior tersayang mesti kak rndu akn karenah kalian :'(
Saya ada 5bulan utk sgala-galanya di sana !

5bulan itu akan aku gunakn sebaiknya
Sebagai persembahan terbaik buat Ilahi
Sebagai bekal utk aku menempuh kehidupan yg lbih mencabar pabila keluar sekolah nnti
Sebagai memori terindah yg akn aku simpan
Yuk, teruskan berjuang !
Moga semester baru ini lebih baik dr sebelumnya
Moga Allah permudahkan segalanya :) biiznillah

Mengapa ? Why ? Limaza ?

Dengan nama Allah.


MENGAPA ENGKAU MALAS SEMBAHYANG
SEDANGKAN UMUR BUKANNYA PANJANG
SIKSA KUBUR CUBALAH BAYANG
DIPUKUL DIPALU TANGGUNGLAH SEORANG

MENGAPA MESTI MALAS SEMBAHYANG
TIADA UZUR TIADA PENGHALANG
BUKANKAH REZEKI TIDAK TERBILANG
DIKURNIA ALLAH SIANG DAN MALAM

MENGAPA MASIH MALAS SEMBAHYANG
WALHAL HIDUPMU SENTIASA SENANG
NIKMAT ALLAH BUKAN KEPALANG
TIDAKKAH ENGKAU MAHU MENGENANG

MENGAPA SELALU LENGAHKAN SEMBAHYANG
URUSAN DUNIA LEBIH DIUTAMAKAN
KATA DUNIA AKHIRAT PERLU SEIMBANG
SEOLAH-OLAH HIDUP TAK TAKUT TUHAN



*diambil dr group tarbiyah 

Pabila ujian cinta menjalar, di mana panduannya ?

“Salahkah bercinta?”

            “Allah yang hadirkan cinta secara fitrah, tak kan tak boleh layan?”

            “Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?”

            Kasihan remaja kita. Banyak persoalan di minda belum terjawab.

Siapa yang akan menjawabnya? Pengalaman orang-orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Mungkinkah logik minda mereka sendiri akan menjawab semuanya? Mungkinkah penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka?

            Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang ma’sum (terpelihara) iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Bukan mencari fatwa di dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya.

Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.

Al-Quran dan al-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban ke dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Aku meninggalkan kamu dua perkara, tak kan sesat siapa yang berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Malik).

Ujian cinta itu berat. Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.

Remajaku sayang,
Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Al-Sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju ke masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu merasa dinaungi cinta yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah.

Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal? Agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekaligus. Insyallah, di sini, di Solusi salah satu jalannya. Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kau akan ketemuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang-orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog-blog yang dipercayai, laman web para ulama dan sebagainya. Ini adalah jalan-jalan untuk kita lebih memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Banyak dan mudah, bukan? Jika hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerah kepada apa yang Allah kehendaki.

Syirik Cinta
           
Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.

Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-Nya. Allah SWT mendedahkan kepada kita di dalam Al-Quran,

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu  mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). [Surah Al-Baqarah: ayat 165]

Para ulama’ ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirkul mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya.

Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehinggakan melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.

Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.

Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tak sanggup memiliki hati yang mati.

Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-jalan “Taqrabu az-zina”?

            Ya, bukan Allah tak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.
           
            Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya?
            
Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu wahai remaja.
Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan?
Dirimu belum bersedia untuk berumag tangga kan?
Dirimu sedang mempersiapkan diri kan?
Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih urgensi kan?

Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila ‘angau’ bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina,kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat,kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut. (Hadis riwayat Ahmad).

Gentarlah pada firman-Nya,
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Isra’: ayat 32]

Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT: “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam daripada perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang ertinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina. (Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253) Yakni : Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. (Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68 Al-Imam Al-Aluwsiy Al-Baghdadi. Tafsir Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33.)
          
Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina?

Sms bertali arus tanpa keperluan.
Call siang malam tanpa urusan.
Chatting kosong tanpa isi.
Dating bertemankan syaitan.
Pandang-pandang tanpa pagaran.
Khalwat di tempat-tempat sunyi.
Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan.
Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat.
Dan banyak lagi.
         
            Inikah bukti cintamu?

            Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?


Hidupmu adalah pilihanmu~

*Diambil dr blog seorg ukhti.

Apa Khabar Imanmu ?

Bismillah.
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia yang sudah tua ini , yang hampir melabuhkan tirainya. Allah jua yang mengetahui akan masanya berakhir semua ini. Kita sebagai hamba-Nya mesti yakin dengan 100% keyakinan akan semua itu. Ini kerana ia adalah salah satu asas hebatnya iman. Sekarang kita lihat bagaimana banyak umat islam yang pudar keyakinan kepada semua itu, termasuklah ana sendiri. 

Ana terfikir, adakah ana layak untuk digelar seorang islam, sedang banyaknya pergantungan kepada makhluk, sedikitnya yakin ana pada Allah s.w.t. pagi petang hanya ada makhluk dalam diri, kurangnya rasa takut pada Allah s.w.t dosa-dosa semakin dekat untuk menghempap diri umpama gunung yang datang menghempap semut. 

Ya Allah hinanya diri. Kalau sahabat, Abu Bakar as-Sidiq yang mendengar hanzalah menyatakan diri sendiri munafik hanya kerana lupa kepada syurga dan neraka hanya sekejap sahaja turut menyatakan dirinya munafik kerana diri dia juga ada terlupa sekejap pada syurga neraka. 

Yang kisahnya: Satu hari, Hanzalah RA menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu Rasulullah SAW.

Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan Abu Bakar RA. Abu Bakr bertanya: "Wahai Hanzalah, apakah yang telah terjadi pada kamu?"

Hanzalah menjawab: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya Hanzalah telah munafik." "MasyaAllah, kenapa kau katakan sedemikian?"

"Ketika kita bersama dengan Rasulullah SAW, kita terasa seakan-akan syurga dan neraka berada di hadapan kita. Tetapi apabila kita pulang kepada keluarga kita, kita lupa akan semua itu." 

Abu Bakar RA yang mendengar bicara Hanzalah, lantas menangis dengan kuat juga. "Abu Bakar juga telah munafik!"

Lantas kedua-dua orang ini bergerak bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan mereka menangis teresak-esak. Mereka menangis kerana mereka tidak mampu menerima kemunafikan mereka. Mereka terasa seakan berpura-pura. Lantas mereka ketakutan andai Allah tidak menerima mereka. 

Bila sampai di hadapan Rasulullah dan mereka ceritakan apa yang mereka rasa, Rasulullah SAW bersabda: "Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketika kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya, nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan."

Itu sahabat, hanya sebentar melupakan syurga dan neraka. Ini ana yang tidak terkira dan berapa lama agaknya melupakan pada syurga dan neraka. Bagaimana pula agaknya kubur? Berapa lama agaknya dah ana lupa pasalnya, walhal ia akan menjadi tempat tinggal ana sendiri. Ya Allah, lemahnya diriku, ampunilah dosa-dosa hamba yang penuh noda ini.

Melihat binatang, bulan, matahari dan bulan, patuh pada perintah-Nya. Siapakah pula ana ini, manusiakah atau apakah ana ini? Perintah Allah sentiasa langgar, malunya nk berjumpa pada-Mu Ya Allah. Sedang semua sahabat-sahabiahku berlari dan mencapai rahmat serta cinta-Mu Ya Allah, hamba masih lagi merangkak untuk menggapai cinta dan rahmat-Mu Ya Allah. Sering dalam solatku, menyatakan, "...sesunggunya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan sekalian alam." Astaghfirullah, jahil sungguh diri ini, ayat ini sering disebut dalam solat, tapi masih tidak mahu untuk mengabdikan diri kepada-Mu ya Allah. 

Bagaimanakah hamba nak menjawab semua ini sekira ia disoal oleh malaikat-Mu ya Allah. Sedang roh yang terkandung dalam jasad yang lemah ini telah berjanji untuk mengabdikan diri pada-Mu sebelum turunnya lagi ke bumi. Hanya keampunan-Mu yang hamba cari Ya Allah. 

Ya Allah, 
sering hamba menyatakan cinta padaMu tapi masih ada makhluk pada hatiku
Sering aku merindui kekasihMu namun tetap ada makhluk menggaburi mata hatiku 
  
Ya Allah, 
Sering ingin hamba patuh pada perintahMu tapi diri ini tetap lalai pada perintahMu 
Iman cuba meyakini pada Engkau tapi makhluk menceroboh imanku

Ya Allah,
Siapakah hamba ini dipandanganMu? 
Noda semakin menebal dalam Qalbu
Taqwa semakin menipis dalam diri
Makhluk jua yang bermukim dalam hati

Ya Allah, 
Adakah hamba dapat melihat wajahMu yang Abadi?
Sedang kemungkaran penuh dalam diri
Apakah dapat bertemu kekasihMu dengan mengenalinya
Sedang sunah dan pesannya tiada teguh untuk mengikutinya

Ya Allah, 
Hamba rindu pada kasihMu
Tiada Tuhan selain Engkau
CintaMu yang abadi
Buangkanlah cinta makhluk dalam diri ini
Siksanya hatiku apabila makhluk melebihi ENGKAU
Sakit menyapa apabila makhluk bermukim dalam diri
Mereka mengisi hatiku dengan kelalaian
Hamba takut mati dalam keadaan yang tidak mengingatiMu
Imanku lemah
Hanya Engkau hamba pohon
Teguhkan imanku agar hamba dapat menepis semua kelalaian hingga kiamat.

Wahai sahabat sahabiah sekalian yakinlah pada Allah s.w.t., tiada sebaik-baik penolong selain-Nya, tiada sebaik-baik peneman buat diri dan hati yang lemah selain dari DIA. Tidak akan engkau dapat cari kepuasan melainkan kepuasan keyakinan pada-NYA. Iman itu keseorangan, ia tidak kuat apabila sendirian, temanilah ia dengan taqwa dan yakin pada Yang Esa. Wahai sahabat sahabiah sekalian, kalian umpama mutiara agama yang bersinar akan kilauannya, sedangkan diriku hanyalah lumpur yang hina. Akhir kalam, you will never know what it (IMAN) want unless you ask it. May Allah be with all of ummah.

*Td sye buka notes di fb. Terpanggil utk b'kongsinya dgn kalian.

SOLAT : AWAL vs LEWAT

Bismillah.
Td belek-belek himpunan risalah badar. Tersentuh dgn satu kisah.


Sembahyang merupakan tiang agama bagi seorang mukmin yang sejati. Namun adakah sembahyangnya diterima atau tidak. Salah satu faktor yang menyebabkan amalan sembahyang ini tidak sampai kepada Allah adalah disebabkan kelewatan dalam menunaikan solat fardhu. 


Sesungguhnya telah ditugaskan oleh Allah kepada satu malaikat untuk membawa amalan sembahyang ini. Jika seorang mukmin itu melakukan sembahyang pada awal waktu, insyaAllah amalannya terus dibawa kepada Allah tanpa sebarang halangan.


Namun jika sebaliknya, kasihan kepada malaikat yang membawa amalan kita. Apabila tiba sahaja di langit pertama, malaikat yang menjaga langit tersebut akan memarahi malaikat yang membawa amalan kita. Lalu dicampakkan amalan kita ke bumi semula, berderailah amalan kita. Turunlah malaikat tersebut lalu dikutipnya satu persatu amalan kita kemudian terus ke langit kedua. Tiba di langit kedua, perkara yang sama turut menimpa kepada malaikat yang membawa amalan kita tadi. Lalu turunlah semula malaikat ke bumi dan naik semula terus ke langit ketiga. Tiba di langit ketiga, perkara yang sama terjadi lagi tetapi kali ini amalan kita yang dicampakkan ke dunia semula hancur berderai. Tiada lagi amalan dan tiada lagi rayuan. Ini seolah-olah kita seperti tidak mendirikan solat. Maka bersedialah untuk menghadapi persoalan dari Allah. Bukan sahaja amalan tidak diterima bahkan azab menunggu kita di sana kelak.


"Maka celakalah orang yg solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya" [107 : 4-5]

Jadi pesanan terakhir agar jagalah waktu sembahyang kamu. Mudah-mudahan kamu tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. InsyaAllah.


*Teringat akan pesan k.saff pdku suatu ketika dhulu. Katanya, "Bila kita jaga solat, solat tu akn jaga kita balik."


"Dan mohonlah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bg orang-orang yg khusuk, (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akn kembali kpdNYA. " [2 : 45-46]

"...dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dr (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dr ibadah yg lain). Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan." [29 : 45]

Ayuh, perbaiki waktu solat kita. Bukan shj waktu, tetapi kualitinya juga. Seruan utk diri dan semua :)


Power of Ukhwah

Bismillah.
Td usha-usha gmbr mmber kt fb. Tertarik dgn satu ayat;

DENGAN UKHWAH, MANUSIA BOLEH BERUBAH

Hmm., betapa besarnya pengaruh ukhwah shingga mmpu mngubah ssorang. Sama ada brubah mnjadi lbih baik atau sebaliknya. Jadi pilihlah sahabat yg baik. Sahabat yg mnegur dikala kita melakukan khilaf. Sahabat yg mngingatkn dikala kita alpa. Sahabat yg mngajak kita b'buat baik. Sahabat yg mmimpin kita ke syurgaNya. Tapi ingat., menjadi sebelum mencari ! Jadilah sahabat yg baik sebelum anda mencari sahabat yg baik.

Teringat kata-kata yg pernah saya ungkapkan ketika berkumpul dgn adik-adik F2.

"SAHABAT YG BAIK & SEJATI DIA TAKKAN ROSAKKN SAHABAT DIA.
Dia takkan ajak n biarkn sahabat dia buat slh atau dosa. Dia akn tgur sahabat dia apabile sahabat dia buat slh., bknnye sokong.. sbb dia tak nak sahabat dia kna seksa kt akhirat nnti..

Jadilah sahabat yg baik yakni pnyelamat..yg mnyelamatkn sahabat dr azab seksa.. bknnya mnjd pengkhianat., yg melemparkn sahabat ke neraka
"



Sahabat adlah amanah. Maka jagalah dirinya sebaik mungkin. Salam ukhwahfillah :)

Coretan Buatmu

Bismillah.

Suatu perkara yang sangat mustahil dalam kehidupan manusia. Tetapi bukan mstahil bagi Allah. Seseorang yang sangat teruk dan sangat nakal, adakah mustahil baginya berubah?

Perit. Sangat perit mengharungi hidup yang dipenuhi dengan segala macam kegelapan dan jahiliyah.

Adik, carilah cahaya. Cahaya yang dapat menerangi jalan suram dan kelam dalam hidupmu. Cahaya yang dapat membantumu melepaskan diri daripada terus bergelumang dengan dosa. Kak tak mahu melihat adik terus membuat kesilapan. Adik perlu berubah. Jadi contoh kepada yang lain.

Kehidupan menjadi sangat indah sekiranya perjalanan hidup ini dilandasan kebenaran.

Manusia yang berubah daripada kegelapan kepada cahaya lebih menguntungkan ramai orang kerana kebaikan yang ada pada dirinya.

Manusia bolah berubah, dik. Mesti boleh. Kita kena cari caranya. Setiap kebaikan itu pasti ada jalan dan lorongnya. Kak cuma mahu adik hidup dengan lebih baik.

Adiklah harapan kak.

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)." 
[90 : 10]

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
[91 : 8-10]


*adaptasi dr komik TAKAZA

Uzlah

Bismillah..

Uzlah itu perlu biarpun seketika, untuk baikpulih iman.

Uzlah ertinya mengasingkan diri. Mengasingkan diri dari sesuatu keburukan dan menghindari hal-hal yang sia-sia.

Ibnu Taimiyah berkata, “Seseorang harus beruzlah untuk beribadah, berzikir, membaca, mengintropeksi diri, berdoa dan beristigfar serta menjauhkan diri dari keburukan.”

Ibnu al-Jauziah juga berkata bahawa seseorang akan mendapatkan kemuliaan yang tidak diketahui oleh siapa pun kecuali Allah.

Dengan mengasingkan diri, hati akan tenang, dapat banyak pahala, selalu ingat Allah, rajin beramal dan jauh dari berbuat hal-hal yang tidak perlu dilakukan.

Beruzlah dapat menutup beberapa keburukan seperti cakap hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat (lisan), buat sesuatu yang sia-sia (perbuatan) dan kesalahan berfikir .

Sebaik-baik beruzlah adalah beruzlah dengan kitab Allah. Banyak nasihat, perumpamaan, motivasi dan pujukan dari Allah dalam al-Quran. Pasti kita akan temui ketenangan padanya!

Beruzlah adalah menyendiri. Dalam kesendirian itu, kita dapat mengoreksi diri, memahami makna kehidupan dan liku-liku hidup.

Kata Ibnu Jauziah, "Dengan mengasingkan diri, seseorang berasa lega, mulia dan dihormati. Beruzlah dapat menjauhkan diri dari keburukan dan kesalahan, menjaga waktunya, menjaga usianya, menjauhkan diri dari orang-orang yang dengki, menjadikannya selalu memikirkan akhirat, menyiapkan dirinya bertemu Allah, mengurung diri dalam beramal taat, menggunakan fikirannya untuk sesuatu yang bermanfaat, mengeluarkan simpanan-simpanan hikmah dan untuk menemukan hukum yang berguna bagi manusia."

Ayuh kita sirami diri dengan air uzlah, sehingga tertumbuhnya batang keimanan yang sentiasa berbuah setiap saat dengan izin Allah.

Al-Humaidi,seorang ahli hadis berkata, "Bertemu manusia tidak ada manfaatnya selain memperbanyak pembicaraan yang tidak jelas. Maka, kurangilah pertemuan dengan manusia, kecuali untuk menuntut ilmu atau memperbaiki keadaan."

Konklusi : Jangan abaikan uzlah sebab tidak ada manusia yang dapat melihat dan mendengarmu kecuali Allah.

Baikpulih iman dengan segera. Jangan sampai ia merebak.

*Diambil dr blog seorg ukhti.

Na'uzubillah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kadang-kadang kita tak sedar
Kita tertipu dlm perjalanan menuju Tuhan
Kita rasa kita betul-betul sudah berada dibawah lembayung rahmatNya
Tapi sebenarnya Dia langsung tak pandang kita

Boleh jadi disebabkan kita terlupa hakikat insani yg serba kekurangan
Kita merasakan diri sudah sempurna
Kita rasa kita dah cukup soleh@solehah
Hakikatnya.. 
Amalan seperti debu
Terbang begitu saja

"Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kpdmu tentang orang yg paling rugi perbuatannya?" Iaitu orang yg sia-sia perbuatannya dlm kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya." 
[Al-Kahf : 103-104]

Na'uzubillahi min zalik..