SOLAT : AWAL vs LEWAT

Bismillah.
Td belek-belek himpunan risalah badar. Tersentuh dgn satu kisah.


Sembahyang merupakan tiang agama bagi seorang mukmin yang sejati. Namun adakah sembahyangnya diterima atau tidak. Salah satu faktor yang menyebabkan amalan sembahyang ini tidak sampai kepada Allah adalah disebabkan kelewatan dalam menunaikan solat fardhu. 


Sesungguhnya telah ditugaskan oleh Allah kepada satu malaikat untuk membawa amalan sembahyang ini. Jika seorang mukmin itu melakukan sembahyang pada awal waktu, insyaAllah amalannya terus dibawa kepada Allah tanpa sebarang halangan.


Namun jika sebaliknya, kasihan kepada malaikat yang membawa amalan kita. Apabila tiba sahaja di langit pertama, malaikat yang menjaga langit tersebut akan memarahi malaikat yang membawa amalan kita. Lalu dicampakkan amalan kita ke bumi semula, berderailah amalan kita. Turunlah malaikat tersebut lalu dikutipnya satu persatu amalan kita kemudian terus ke langit kedua. Tiba di langit kedua, perkara yang sama turut menimpa kepada malaikat yang membawa amalan kita tadi. Lalu turunlah semula malaikat ke bumi dan naik semula terus ke langit ketiga. Tiba di langit ketiga, perkara yang sama terjadi lagi tetapi kali ini amalan kita yang dicampakkan ke dunia semula hancur berderai. Tiada lagi amalan dan tiada lagi rayuan. Ini seolah-olah kita seperti tidak mendirikan solat. Maka bersedialah untuk menghadapi persoalan dari Allah. Bukan sahaja amalan tidak diterima bahkan azab menunggu kita di sana kelak.


"Maka celakalah orang yg solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya" [107 : 4-5]

Jadi pesanan terakhir agar jagalah waktu sembahyang kamu. Mudah-mudahan kamu tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. InsyaAllah.


*Teringat akan pesan k.saff pdku suatu ketika dhulu. Katanya, "Bila kita jaga solat, solat tu akn jaga kita balik."


"Dan mohonlah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bg orang-orang yg khusuk, (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akn kembali kpdNYA. " [2 : 45-46]

"...dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dr (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dr ibadah yg lain). Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan." [29 : 45]

Ayuh, perbaiki waktu solat kita. Bukan shj waktu, tetapi kualitinya juga. Seruan utk diri dan semua :)


No comments: