Coretan Buatmu

Bismillah.

Suatu perkara yang sangat mustahil dalam kehidupan manusia. Tetapi bukan mstahil bagi Allah. Seseorang yang sangat teruk dan sangat nakal, adakah mustahil baginya berubah?

Perit. Sangat perit mengharungi hidup yang dipenuhi dengan segala macam kegelapan dan jahiliyah.

Adik, carilah cahaya. Cahaya yang dapat menerangi jalan suram dan kelam dalam hidupmu. Cahaya yang dapat membantumu melepaskan diri daripada terus bergelumang dengan dosa. Kak tak mahu melihat adik terus membuat kesilapan. Adik perlu berubah. Jadi contoh kepada yang lain.

Kehidupan menjadi sangat indah sekiranya perjalanan hidup ini dilandasan kebenaran.

Manusia yang berubah daripada kegelapan kepada cahaya lebih menguntungkan ramai orang kerana kebaikan yang ada pada dirinya.

Manusia bolah berubah, dik. Mesti boleh. Kita kena cari caranya. Setiap kebaikan itu pasti ada jalan dan lorongnya. Kak cuma mahu adik hidup dengan lebih baik.

Adiklah harapan kak.

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)." 
[90 : 10]

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
[91 : 8-10]


*adaptasi dr komik TAKAZA

No comments: