23rd gen ~

Dengan namaNya.

Hey readers! Nothing to share. Cuma ada sedikit bicara buat adik2 Tingkatan 2 :)

NAR : Adik, awak harapan kak. Jadilah umpama matahari. Terangi insan sekeliling dengan cahaya Islam. May Allah yusahhil :)

RNAJ : Moga terus tsabat mengharungi jalan yang penuh duri & berliku ini. Jangan jatuh hari ini kerana ujian  hanya akan berhenti selepas mati ! Yakin dengan janji-janjiNya ;)

FSA : Moga Allah tunjukkan padamu kebenaran sebagai satu kebenaran & kebatilan sebagai satu kebatilan. Terus dan terus mencari cinta yang hakiki ;)

KAJ : Keep improving yourself till the end. Never give up. Put ur trust in Allah. Ingat pesan kak, biarlah manusia menghina kita, tapi jangan kita hina diri kita sendiri dengan melakukan dosa kepada Allah! Allah love you, dear ;)

AKAR : Kak faham gelora jiwa remaja. Tahanlah dulu, dik. Sibukkan diri dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba, anak, pelajar dan sahabat. InsyaAllah perasaan itu akan hilang. Tiada cinta seindah cinta Ilahi !

MAB : Setiap orang punya peluang untuk perbaiki diri masing-masing. Cuma bergantung pada kita nak gunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin atau mempersiakannya. Tunjukkan kesungguhan kamu untuk berubah andai benar kamu ingin jadi yang terbaik. Teruslah memburu redhaNya !

ZA : Ke mana hilangnya dirimu yang dulu? Sedarlah dari kelalaianmu & bangkitlah menjadi syabab kebanggaan Islam. Jangan sia-siakan akhirat yang abadi untuk kehidupan dunia yang sementara ini. Allah sentiasa ada untuk kau bangkit !

MNS : Berusaha menjadi baik adalah lebih bermakna daripada berpura-pura baik. Kerana usaha itu akan dinilai oleh Allah manakala berpura-pura baik akan memasukkan kita dalam golongan munafik. Strive for mardhotillah !

Dan kepada yang lain,
Dunia remaja punya 1001 ujian.
Pandu diri berlandaskan alquran & assunnah. Bukan nafsu & budaya barat yang sering diagung-agungkan.
Pilih sahabat yang baik & soleh, agar dirimu terpelihara.
Sibukkan diri mengejar cinta Ilahi, bukan cinta manusia yang tak menjanjikan apa-apa.
Hidup ini terlalu singkat. Berbuatlah perkara-perkara yang mendatangkan berkat.
Agar mendapat syafaat di akhirat :)

*Sejahat & seteruk mana pun seorang kakak, jauh disudut hatinya berharap agar adik-adiknya tidak menjadi sepertinya, malah menjadi lebih baik :)

Salam sayang <3

No comments: