one, 2, three..

Dengan nama-Nya :)
Sekadar ingin berkongsi apa yang terjadi.

1
Minggu lepas, ada seorang putera kena sound dengan saya. Maaf andai perbuatanku itu menjatuhkan maruahmu. Tapi sebelum tu dah ramai orang yang tegur kau kn. Kau still buat juga. Tak pasal-pasal kena dengan aku. Dah lama aku tak mengamuk, dah lama aku tak mencarut. Huh! Kalau bukan kerana time tu aku sedar aku hanya perempuan, lagi dahsyat kau kena. Maaf sekali lagi. Aku sedar tak patut seorang muslimah memuntahkan kemarahannya begitu. Mungkin perbuatan aku tu boleh timbulkan fitnah.

Fahamilah. Dahulunya aku seorang gadis yang sangat liar & sosial. Tak perlulah hairan atau terkejut andai ada waktu aku berkelakuan seperti itu.

Lepas apa yang terjadi, aku mohon jangan ulang lagi. Cukuplah sekali. Jangan cabar aku lagi untuk menjadi seperti dulu. Aku ingin menjaga diriku. Moga Allah pulihkan kesihatan kau.

2
Hari khamis lepas time liqo ada game gara-gara form 4. Hujahnya nak hilangkan ngantuk untuk stay malam tu. Memang esok nak exam sejarah budak2 ni sempat main game lg kn. Ingat kan game ape, rupa-rupanya semua kena bagitahu ciri-ciri lelaki idaman. Layan jela ~

Beriman, penyayang, kaya, handsome, tinggi and macam-macam yang dyeorang sebut. Tiba giliran saya, ini jawapan yang saya beri pada mereka.

"Kak tak letak apa-apa ciri untuk lelaki idaman kak. Kak terima lelaki tersebut seadanya. Bagi kak, biarlah kak persiapkan diri kak dulu. Kalau nak yang baik, jadi yang baik. Sebab peribadi jodoh kita berdasarkan peribadi kita. So biarlah kak perbaiki diri kak dulu. Lgipun kak takut kalau kak letak ciri-ciri lelaki idaman kak handsome, tiba-tiba jodoh kak nanti orang yang cacat. Kalau kak nak yang kaya, tiba-tiba kak dapat laki yang miskin sangat. Mesti time tu kita rasa fust gile kan. Nak lain tapi dapat yang jauh gile beza. Biarlah kak perbaiki diri kak dulu and kak terima lelaki tersebut seadanya"

Kesimpulan daripada game tersebut, jadilah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.

3
Semalam semasa menghadiri seminar Bahasa Arab di UIA, ada beberapa student perempuan yang memakai purdah. Dari sekolah Tijarah kalau tak silap. Mungkin pakaian rasmi sekolah mereka sebab semua pakai jubah biru, tudung labuh & purdah. Seragam! 

Time pandang dyeorang, rasa sebak je. Mungkin kerana saya tidak mampu berpakaian seperti mereka. Untungnya mereka dipilih Allah untuk berpakaian busana yang mulia itu. Teringin untuk berpurdah. Namun niat tersebut terpaksa dipendamkan saja atas halangan tertentu. Jauh disudut hati masih berharap agar diri ini dipilih Allah juga sebab seorang wanita yang menitikberatkan aurat dengan memakai purdah secara istiqamah, kelak Allah akan datang kepadanya dan memperlihatkan wajah-Nya. Itulah ganjaran Allah!

*Girl, kalau betul awk nk berubah, berhentilah berdusta dengan insan sekeliling. Awak takkan berjaya berubah selagi tidak meninggalkan perbuatan berbohong kerana hati itu tidak akan lurus selagi lidahmu tidak lurus!




No comments: