MPI :)

Bismillah.

Hai semuaaa ! hee. Meh saya cerita satu benda. Da lama da benda ni berlaku. Tapi saya nak cerita jugak ! Macam ni...

Pada 3 januari lalu, Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) telah mengadakan Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran Persatuan Sahabat As-Sufi (Assaff) & JKK Kerohanian. Program ini telah berlangsung selama seminggu dan berakhir pada 10 januari. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan khas buat semua warga KMS. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dibuka untuk warga bukan islam juga. da macam buat karangan laporan da aku ni hahaha. anda baca sambil membayangkan gaya tangan saya terangkat-angkat seperti pemberita, Karam Sing hahaha XD jahatnya aku ni hehe

Okay sambung cerita. Memang penat oii buat program besar camni. Program tahunan kan. Fisrt time pulak handle program sebesar macam ni. Hampir semua ajk pun sama. Takde pengalaman. Huhu. Mujur kami punya ustaz ustazah sangat cool & setia membantu. Terasa ringan sikit beban ni. Yang paling tak boleh lupa, ponteng lecture dengan amir. 2 jam ! 2jam lecture tu sangat berguna tahu. huhu. Akibat nak selesaikan benda luar alam yang jadi. Tapi kan serious penat. Berkejar ke sana sini. Jumpa VIP, lecturers segala bagai. Moga kepenatan kami diganjari Allah :). In shaa Allah. Lagipun handle program baik kan. Manusia ni...kalau tak disibukkan dengan kebaikan, dia akan berkesempatan berbuat kejahatan. 

And korang tahu, permulaan yang sangat baik untuk perasmian MPI ni. Video montaj sentuhan Lajnah Mutimedia is so awesome ! Tengok tengok tengok ! :D


And the most precious moment was kak Fatimah Syarha datang !!!! :D nampak tak betapa bahagia nya aku hehe. This is the 2nd time i see her in front of my eyes after she came to SMAKL on 2010. Alhamdulillah Allah permudahkan kak fs datang. Ramai yang tak percaya bila kami jemput dia datang. Dewan pun penuh sangat time ceramah beliau. Sungguh kak fs punya aura tersendiri. Nanti saya upload ye video ceramah beliau ;). In shaa allah. kesian penceramah lain. aku cerita pasal kak fs je hahah

sila jeles sila jeles sila jeles :p

Lastly, jutaan terima kasih kepada barisan Assaff dah barisan, assaff lagi haha, jkk kerohanian, jpp, pensyarah-pensyarah, abang-abang teknikal dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. And im sorry for anything. Especially yang terkena angin marah saya, nada suara yang tinngi. Sebagai penolong penyelaras, kesempurnaan itu sangat penting dalam program yg dihandle. Mohon maaf sekali lagi.


assaff & jpp


me, zahira, salwani with sang murabbi, ustaz syahmun.
pengganti ustaz hafizi di kms hehe

*sorry tak banyak gambar. ni pun curi dari orang hehe.

No comments: