RnR 2.0

Bismillah.

Saya bangga jadi warga smakl !

Alhamdulillah, selesai program bersama form3 2013. Reflect and Refresh 2.0 programme tersangatlah awesome ! :D Takkan lupa kanak-kanak riang itu. Sangat aktif bertenaga, takterlayan kakak-kakak abang-abang. Hahah. Sampai sekarang ramai yang demam RnR. Yang menangis rindu, mimpi-mimpi pun ada.  Kuat betul penangan RnR ni !

Terima kasih atas positive feedback dari adik-adik. Sentiasa bersemangat dari mula sampai lah tamat program. Semua baik-baik je sepanjang program. Akur pada setiap arahan. Yang nakal pun tak berapa nak jadi nakalnya hahah. The best junior ever ! Good kids, they gave us so much to remember. "Rilek brader, brader rilek" tak pasal-pasal jadi trademark 24th gen. Ni kerja abe long ijak la ni :p Tarian shisha tun pun sangat hot buat masa kini haha. Yang bagusnya, ada budak puteri ingat petang-petang ada perjumpaan dengan kakak-kakak badar seperti zaman dulukala. Lawak pun ada. Hahah kami tak terfikir pun nak buat camtu. Em rindu nak 'kena' dengan kami ye :p

Dan kumpulan 7, SuperSonic mewarnai diari hidup saya. Walaupun tak selalu bersama, tapi hati sudah bertaut. Mungkin saya jenis yang boleh masuk cepat ngam dengan orang sekeliling, sifat penyayang dalam diri sangat tebal lagi-lagi kat budak-budak.  Ecehhwahhh ! haha. Sampaikan bila nuna cakap kena tukar group rasa sedih sangat huhu. Berat hati nak akur pada arahan tu. Tapi monolog hati memujuk diri, "Orang yang kita sayang hanya pinjaman dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Kalau betul sayang kerana Allah, hati takkan sedih sebab ni ketentuan dari Allah sendiri"

Sempat ambil no telefon & facebook mereka. In shaa allah nak follow up adik-adik ni. Taknak tinggalkan camtu je. Walaupun program tamat, moga ukhwah ni masih terjalin. Dan syukur sempat berkumpul dengan adik-adik usrah walaupun sekejap. Dah lama tinggalkan mereka huhu. Maafkan kak ye. In shaa allah kak akan follow up balik. Tanggungjawab kak atas kalian masih belum selesai sebenarnya. Allah, kuatkan aku. Allah, bantu aku. Allah, permudahkan bagiku. 

Moga program ini bermanfaat untuk kalian :) 
Jangan lupa apa yang kakak-kakak abang-abang pesan.
Ibrah daripada setiap aktiviti jadikan teladan.

*Buat kakak abang fasi, moga terus berhubung dengan adik-adik. Kanak-kanak riang itu masih perlukan anda untuk memberi kekuatan semangat kepada mereka :)

**Big thanks to all of committee members. Moga gerak kerja kita jadi saham di akhirat kelak. May Allah bless ! Love all of u !

***Sekalung penghargaan buat tuan rumah yang sudi menaja kediaman saya & rakan-rakan lain. Jasamu dikenang. Kekeke

****Sekalung penghargaan juga buat pemilik kereta yang sudi menaja kenderaan saya & rakan-rakan lain. Jasamu dikenang. hehe

*****3.0 programme pleaasssseeeeeee !

Orang kuat RnR :)

Syukran kathir buat akhi amiruddin & akhi amin yang memenuhi jemputan bagi slot kerohanian.
Jazakumallah :)


Done my job :)

Adik-adik Supersonic
Moga terus berukhwah kerana-Nya :)

Adik-adik usrah
Moga dalam jagaan Dia selalu :)

Jauharians
Moga terus kuat dengan-Nya :)

Fivers 2011 yang superb awesome !


Tiada yang lebih berharga, selain memiliki adik-adik yang soleh & solehah, indah akhlak, berjaya dalam  pelajaran :)


No comments: