Next destination : SABAH

Bismillah.

Hari ni result upu keluar. Guess what ? Allah campak diri ini ke Sabah ! Nak sangat study jauh-jauh, Allah bagi UMS. Hahah. Taktaw perasaan ni macam mana. Happy dapat apa yang saya minta. Walaupun pilihan ke 8 yang terkena. Sedih sebab jauh sangat. Risau, tak dapat nak bayangkan suasananya. And banyak lagi perasaan yang tak dapat diluahkan dengan bait-bait kata.

Kenapa UMS eh ?
Kenapa tak UM, UKM, UPM, UTM, USIM, UPSI, UMT, UiTM, UTHM ?
Kenapa matematik ekonomi ?
Sedangkan diri sangat berharap dapat major pure math, sains aktuari or statistik.

Doa saya saban waktu ;
"Ya Allah, dengan rahmat-Mu, Kau permudahkanlah urusan upu ku. Permudahkanlah aku untuk mendapat kos yang aku minta. Permudahkanlah kos yang terbaik untukku, untuk dunia & akhiratku."

Dan apa yang saya doa itu, Allah dah kabulkan. Ya, Allah dah bagi. Allah bagi apa yang saya minta time isi upu, dan apa yang Allah bagi, itu yang terbaik :) Maka wahai hati, berlapang dada dan redha lah sepenuhnya ! 

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA
Sesi Akademik 2013/2014

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:940210035974
NAMA:NURUL ZAFIRA FARHANA BINTI MOHD RADZUAN
KATEGORI:N - Kategori Matrikulasi/Asasi Sains
NOMATRIK:MS1223546991

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


HS08 - MATEMATIK DENGAN EKONOMI
UMS - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

URL SURAT TAWARAN - http://bpa.ums.edu.my/tawaran


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 12 Julai 2013 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARANsebelum 26 Julai 2013.

Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah :)
Allah has a better plan for me !
Only He knows the best, ain't ?

*Act taktaw pun matematik ekonomi tu camne. haha. pilih sebab ada word math. memang nak bersara dari dunia sains. hee
*Hanis cakap sabah tak cukup jauh lagi. haha. tunggu sambung master la nak jauh betul-betul. sabah ni pun aku da fikir macam-macam nak g ni
*Ummi call bising-bising dapat jauh. ummi sangat berharap dapat uia or yang dekat-dekat je. berat hati nak lepaskan anak sulung pergi jauh-jauh. hehe. maaf ummi baba. Along cuma minta, tapi ni kerja Allah. 

Tahniah buat rakan-rakan yang lain ! 
Bersyukur ye apa pun yang anda dapat. Ada yang tengah menangis wishing they could get. 
Nanti sujud syukur okay ;)
Kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta-Nya :)

If we're already tried our best and it's still doesn't work, let it to Allah. 
If it's ours, it will be. If not, then there must be something better.
Have faith in Him !

Allah bagi apa yang kita perlu, 
bukan apa yang kita mahu ;)


1 comment:

Hasif said...

Tahniah.. Dpt masuk universiti