Pernah tak rasa malas nak solat ?

In the name of Allah the most gracious the most merciful

Alhamdulillah, masih bernafas lagi.  Korang korang, pernah tak rasa malas nak solat ? Bagusnya kalau tak pernah rasa malas. Kalau rasa malas kan, korang buat apa ? Lawan rasa malas tu ? Marah syaitan sebab hasut korang ? Or layan je malas tu sampaila habis waktu solat ? Rasa sedih tak kalau ada perasaan malas tu ? Mesti sedih kan. "Kenapalah aku malas nak solat. Padahal bukannya lama mana pun. Macam-macam Allah bagi kat aku, tapi solat lima minit pun berat nak buat." Selalunya itulah monolog saya bila malas menguasai diri. Hee. Tapi kalau kita tak rasa sedih or kecewa dengan diri sendiri bila malas nak solat, baik cek cepat iman dalam hati. Sangat kritikal ! And setiap kali malas nak solat menguasai diri, mesti teringat ayat ni;

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" [Al-Baqarah : 45-46]

Dah dinyatakan solat itu memang berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Siapa orang-orang yang khusyuk tu ? Iaitu mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya. So, cek balik iman kita. Kalau kita beriman dan yakin  pada Allah dan adanya hari akhirat, kita akan paksa diri kita untuk solat walau macam mana sekali pun keadaan kita. Sebab solat tu bekal kita nak jumpa Allah nanti. Solat ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. 

"Keislaman kaum muslimin dapat diukur dengan sejauh mana perhatian mereka dalam solat" Imam Ahmad bin Hanbali

 

Selalu terfikir, kat luar nanti masih ada ke orang yang nak ingatkan tentang solat. Kalau kat smakl, ada insan-insan yang ajak solat awal waktu, ajak berjemaah. Selalu ada yang ingatkan tentang solat. Huhu. Okay, sebelum rasa lebih sebak baik stop.

*Moga aku beramal dengannya.

1 comment:

انيس دليلا عدنان. said...

terima kak zafira atas p'ingatan dan kata-kata tu membuatkan saya semangat untuk latih diri saya untuk solat awal.. (: terima kasih ya Allah .... InsyaAllah ,, saya akan cuba.. :))