wipetears~

In the name of Allah :)

Tengah malam semalam mesej ustaz hafizi. Dah lama tak hantar khabar. Plus hati rasa gelisah. Pagi tadi baru ustaz reply.

Me : Assalam. Ustaz, bicarakan tentang hati & cinta. Saya diuji. Tak cukup kuat nak hadapinya. Takut tewas lagi.
Ustaz : Salam, ni kes parah ke belum, sampai larut malam belum tido lagi.
Me : Taktawla nak cakap parah ke tak. Haha sekarang memang selalu tido lambat.
Ustaz : Kalau parah kena masuk ICU, kena berada dibawah pemantauan setiap masa. Tido lambat melayan mahbub.
Me : Apa maksud ustaz parah sebenanrnya ? Haha takdela.
Ustaz : Cam sakit fizikal gak. Kalau tak parah, nasihat doct makan ubat okayla. Tapi kalau dah parah, ada kalanya doct terpaksa potong buang tempat sakit. Bukan nak aniaya tapi nak selamatkan.

Yang ni memang aku blur2. tak dapat nak interpret apa yang ustaz cuba sampaikan. Kiasan ustaz sangatlah tinggi. Tapi aku jawab je pape. hahah.


Me : Rasanya tak. Sebab libatkan saya je. Maksudnye dye taktahula, Saya simpan sorang je.
Ustaz : Kalau seorang diri, itu fitrah yang suci. Cuma ia perlu dipimpin & dibimbing supaya ia tidak dikotori nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk memenuhi hati manusia.

Okay yang ni buat aku tersentuh. Betapa cinta itu suatu yang suci yang perlu dipelihara. Sebelum ni tak kisah pun.


Me : Macam mana nak elakkan nafsu memenuhi ruang hati ?
Ustaz : Ibarat seperti gelas yang kosong. Nampak je kosong tapi tetap ada udara yang mengisi kekosongan itu. Alangkah baik kalau diisi dengan air yang banyak manfaatnya.

Aku senyum je baca mesej ustaz ni. Ustaz dah pandai main analogi sekarang :p. hahaha. Saya faham maksud ustaz, apa yang saya kena buat. Terasa cuti ni tak digunakan sebaik mungkin. Bukan rasa, tapi itulah hakikatnya.


Me : Syukran ustaz. Jazakallah.
Ustaz : Perjalanan zafira masih jauh dan orang macam zafira yang dianugerah oleh Allah dengan keistimewaan fizikal, bila-bila masa pun akan ada yang sudi menemani. Cuma yang paling penting, biarlah ia membawa ke destinasi yang abadi. Sebab tu Nabi s.a.w pesan, carilah yang ada deen dan akhlak.

Yang ni memang aku tersentuh sangat. Rase nak nangis je :'( Terharu pun ade sebab ustaz pesan camtu. Speechless also !

Me : Sangat takut tewas ditengah jalan. Sering diuji. Prinsip diri pun kadang-kadang goyah. Doakan saya, ustaz.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Disetiap persimpangan hidupku, pasti Allah hadiahkan insan-insan yang sangat istimewa. Hamba yang takut pada Tuhan, yang soleh dan solehah, yang sering mengingatkan aku dikala aku alpa, yang tanpa jemu mengajak berbuat kebaikan, yang menguatkan aku dikala aku lemah dan jatuh, yang terima cacat cela aku seadanya, yang tidak pernah menjauhkan diri mereka saat aku bergelumang dengan dosa, yang masih sudi menemani aku dalam liku kehidupan ini, yang tidak pernah lupa mengirimkan doa buatku. Umi, baba, angah, adik, abi, umi, ustazah isyah, ustaz hafizi, adik-beradik gen.20, along ain, angah nailah, achik saffana, alang fariha, ayang puteri, ateh aisyah, kak ija dan ramai lagi. 

Tuhan, seringkali aku berfikir. Kenapa Kau masih sudi hadirkan insan sebaik mereka dalam hidupku. Sedangkan aku hamba-Mu yang banyak dosa, banyak noda. Terlalu hina. Seringkali leka dengan dunia. Sering lupa pada-Mu. Apa memang Kau mahu aku kembali kepada-Mu ? Jadi hamba yang sebenar-benar hamba ? Inikah rahmat-Mu ? Bukti kasih sayang-Mu ? Ya Allah, sungguh aku malu. Atas nikmat yang Engkau beri. Engkau memang tidak pernah meninggalkan hamba-Mu, walau sesaat !



8 comments:

Fatimah said...

kenapa kite pulak yg nak hujan baca.ahak!

.zafiradzuan. said...

hahaha silakn mmbanjiri :P bkn tnda klmhn kn ? :)

Unknown said...

iema kite same :D

Ana Nina said...

Assslam..
I want to know more about you.
Saya kwn Husna Ahmad ^_^

.zafiradzuan. said...

wassalam. hye awak ! :D husna bru cite psl awk smlm. salam ukhwah :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
.zafiradzuan. said...

hoiii ! ckp bnde tu kt tmpt lenlaa :P hahaha

Unknown said...

da delete da haha :D