Memory lane

Dengan nama Allah.

Friends are the most important ingredient in this recipe of life :) Yeahhh !

Terasa macam baru semalam je benda tu berlaku. Macam baru semalam je daftar masuk SMAKL. Berkenalan dengan form1 2007, melalui minggu orientasi. Dan macam baru semalam jugak habiskan kertas SPM dan tinggalkan bumi SMAKL. Cepatnya lima tahun berlalu. Dan macam baru semalam je kena tarbiyah dengan akak-akak kat mini library aspuri. Yang ni paling aku ingat sebab ada misunderstanding. Dan macam baru semalam je nyorok ngan aqish kat bawah katil kat dorm sebab taknak g prep. Mission accomplished ! :D Dan macam baru semalam je celebrate birthday aqish dengan mereka time blackout kat tangga. Sisa-sisa sos di tangan kami lap pada dinding. Dan macam baru semalam je fly balik rumah sendiri & rumah  farhana dengan peja fadh time takde air. Minggu tu terasa macam sekolah harian n smakl tu sekolah bapak aku. Suka suki balik sesuka hati. Dan rasa macam baru semalam je gi supper ngan khaleeda sampai terlepas baca Ar-Rahman dengan form5 yang lain. Saja melengahkan masa sambil bergosip. Dan macam baru semalam je duduk lepak dengan athirah kat musolla sampai terlupa nak masuk liqa'. Bukan sekali buat macam ni, banyak kali kot. Dan macam baru semalam je keluarkan buku tengok nota time exam bahasa arab tinggi time form 4. Pakat ramai-ramai cam ape je & berapa orang je yang jumpa ustaz minta maaf. Dan macam baru semalam je komplot ngan adik-adik dorm bawa benda haram. Masing-masing pandai cover n tutup mulut. Dan macam baru semalam je escape kelas gi tidur kat musolla. Ingat putera je ke boleh buat haa ? Dan macam baru semalam je panjat aspuri time pagar berkunci. Makcik cleaner su'uzhon habis aa taknak bukakan pagar takut aku naik nak mencuri. Ambil barang okay.

Dan macam baru semalam je kumpul dengan fivers bincang sesuatu event. Kalau tak menyimpang ke tempat lain n bising mengalahkan pasar borong bukan generasi 20 namanya. Dan macam baru semalam je isu junior jadi hot topic dalam kelas fivers. Cari pasal dengan sorang, satu form cakap pasal hang tahu. Dan macam baru semalam je berselisih faham bertikam lidah dengan putera. Ada je yang tak kena. Bilalah putera puteri smakl nak berdamai sentiasa. Dan macam baru semalam je duduk dengan adik-adik usrah rungkaikan pelbagai perkara. Setiap hati mesti didekati dengan penuh kreativiti kan ? Dan macam baru semalam je kumpul dengan adik-adik lajnah bualkan segala macam benda. Ada sekali tu semua tertido kat dorm aku ramai-ramai, rasa cam adik-beradik je. Dan macam baru semalam je bincang segala bagai dengan WOI, program untuk adik-adik. Sungguh, jalan ni menuntut seribu pengorbanan. Dan macam baru semalam je qiam ramai-ramai dengan budak-budak hoki kat bilik sakit. Aku rasa team hoki kali ni memberi sejuta makna, meninggalkan pelbagai rasa & warna.

Dan kalau nak tulis segala macam kenangan di bumi itu, memang akan meleleh.

Miss this moment. Big time. Too colourful.

*mereka - aibeem
*woi - warriors of islam  a.k.a badar 10/11














Alangkah indahnya andai boleh diputarkan kembali waktu itu. Sungguh, takde benda yang boleh lawan zaman sekolah :D

1 comment:

Anonymous said...

Mestizo ko Rae cmni gak... Madam baru semalam je jdi Pemba tu Koop knkn..hehe