CoReTaN SeORaNg Da'Ie KeCiL


Alhamdulillah…syukur kepada KEKASIH HATI yang terus menerus memberi kehidupan pada jasad kerdil ini…hati sayu mendengar untaian hujan yang gugur menutup rekahan bumi yang tandus, hati hiba mendengar gemersik nyanyian burung-burung nan indah, hati pilu melihat sinar sang mentari yang terang berani…apakah masih ada kesempatan di hari esok untuk diri ini menikmati semua ciptaan Allah itu???
Subhanallah…di saat semua adik-beradik tercinta sedang berjuang di medan ilmu, hati yang bersendirian ini cuba menjenguk kembali peristiwa-peristiwa indah yang berlaku dalam hidup…bukanlah kenangan di zaman kecil maupun imbaun di masa silam, namun yang cuba dirungkai kembali adalah kenangan terindah di saat diri mula menjengah ke dunia yang baru, DUNIA DA’IE sampailah di waktu sekarang…insyaAllah…
 Alhamdulillah…tersangat indah perjalanan hidup yang diatur ALLAH MAHA MULIA untuk diri ini…tiada sedikit pun yang terkurang dan tiada sedikitpun yang terlebih…
Mengingat detik pertama kali menjejak kaki ke jalan ini, hati menjadi sangat buntu…kaki tersangat berkobar-kobar ingin mengatur langkah, namun sayang, tiada jalan yang dapat dituju…DA’IE BARU LAGI KERDIL ini gelisah, apa yang harus dibuat untuk mencari walau seorang mad’u untuk difahamkan???ke mana kaki ini harus melangkah untuk mencari di manakah dakwah diperlukan???
Subhanallah…bila mengingat semua itu, hati ini menangis…menangis mengenangkan niat di hati yang masih belum bisa direalisasikan…
“aku berada di jalan ini untuk berkerja…aku meletakkan diri di sini untuk sama-sama memahamkan hamba-hamba Allah yang lain tentang islam yang sebenar.”

Namun sekarang, ALLAH MAHA AGUNG telah memberi hadiah yang sangat-sangat tak ternilai harganya…DIA benar-benar memberikan diri ini kerja…kerja untuk ISLAM, untuk DAKWAH ini…
Satu yang dapat diri ini belajar dari sini adalah NIAT DI SAAT MULA itu tersangat penting…niat yang dihadirkan ALLAH kepada hati inilah yang telah menguatkan jiwa sekaligus jasad untuk terus gagah menopang arus cabaran di dunia da’ie…tidak berkerja itu adalah sakit bagi seorang da’ie…namun tidak mampu berkerja adalah tersangat-sangat sakit pula bagi da’ie…jiwa yang tegar ingin berkerja pasti akan longlai jua andai kekangan lingkungan maupun kekangan didalam diri menghembus deras seolah-olah tidak pernah mahu berhenti sampailah diri menyerah untuk melayang bersama taufan dunia itu…dugaan itu memang tidak pernah punya belas kasihan...
Dakwah ini bukanlah untuk mereka yang manja…jalan ini tidak perlukan mereka yang hanya menunggu arahan tanpa mahu berusaha untuk bertindak mengikut keperluan yang di tuntut dakwah…dakwah dan tarbiah ini adalah untuk menghasilkan ‘orang yang sanggup’!!!sangup berkorban jiwa, masa, harta dan diri demi YANG SATU…

TUJUAN kita adalah untuk mejadi sepohon pokok yang teguh akarnya dan rendang lagi bercabang-cabang dahannya…
Subhanallah… 
Cemburu, tersangat cemburu bila membaca curahan jiwa para teman seperjuangan yang telah lama berkerja untuk jalan ini…kemantapan jiwa dan rohani mereka menguatkan lagi langkah ini untuk terus kencang berlari dan menyahut panggilan dakwah…
Kita takkan pernah bergerak andai tidak mencuba mencari haluannya…kita takkan pernah dapat berlari andai tidak merampas baton yang dihulurkan teman sepasukan…

DAKWAH ini KEJAM…ya, KEJAM…dakwah ini telah banyak mencuri masa belajar diri ini…dakwah ini telah banyak mengambil harta kurniaan Tuhan… dakwah ini telah banyak memakan masa tidur diri ini… dakwah ini telah banyak membuatkan air mata ini gugur…dakwah ini telah membuatkan diri ini tersangat kerdil, bukan lagi seorang insan yang dilihat besar pada pandangan manusia…ya, DAKWAH ini KEJAM andai dilihat dari pandangan mereka yang mencinta dunia dan takutkan MATI!!!
Namun dakwah ini mengajar diri untuk melihat dari mata seorang PERINDU SYURGA…
Biarlah dakwah ini banyak mencuri masa belajarku…asal masa yang sedikit yang dapat diri ini gunakan untuk belajar dikira ILAHI sebagai satu JIHAD di JALANNYA…
Biarlah harta duniaku banyak dihabiskan untuk dakwah ini, asal diri ini tidak tergagap menjawab pertanyaan TUHAN YANG AGUNG di padang mahsyar tentang kemanakah harta dicurahkan…bukanlah untuk melancong bergembira, bukanlah untuk melihat aksi-aksi para artis di layar bioskop, bukanlah untuk membeli pakaian-pakaian yang menggambarkan diri sebagai orang tidak bertamadun…namun biarlah dikira ALLAH sebagai INFAQ DIJALANNYA…
Biarlah dakwah ini banyak mencuri masa tidurku…asal diri tidak gentar dengan permintaan pertanggungjawaban dari AL KHALIQ tentang dimanakah masa luangku dihabiskan…bukan untuk tidur tapi biarlah untuk berkumpul bersama hamba-hamba pilihanNYA, merancang strategi untuk membawa umat dunia kepada ISLAM YANG SEBENAR…
Biarlah dakwah ini sentiasa membuatkan airmata mengalir…asal juraian airmata ini dikira olehNYA sebagai tangisan taubat seorang hamba yang lawammah…biarlah airmata ini keluar  tanda rindunya pemilik badan pada syurga yang dijanjikanNYA…biarlah airmata ini dicurahkan hanya untuk UMMAT…
Biarlah diri ini kerdil pada pandangan manusia..asal diri ini BESAR pada pandangan ILAHI dan NABI MUHAMMAD s.a.w serta para penghuni syurga… 


“barangsiapa yang hidup untuk dirinya, dia akan hidup sebagai orang KECIL dan mati sebagai orang kecil. Barangsiapa hidup untuk orang lain, dia akan hidup sebagai orang BESAR dan takkan mati selamanya” 
[SYED QUTB]
Dan DAKWAH ini TIDAK KEJAM bagi mereka yang merinduikan SYAHID DIJALANNYA…malah merupakan satu wadah untuk JIHAD FISABILILLAH…
WAllahua’lam…

No comments: