Hati berbicara

Bismillah.

Sekadar meluahkan rasa.

Tak suka betul kalau nak tanye pape tanye kat orang lain. Tanyalah kat tuan empunya badan kalau nk taw cerita sebenar. Hey, come on la. Tanya pelakon cerita tu sendiri boleh ? Kesian orang yang ditanya tu. Jadi mangsa, jadi kaunter pertanyaan. Huh ! Sabar sabar, smile :) Kalau dia menipu sekali pun, itu urusan dia dengan Allah. Pandai-pandai dia la tanggung. Betul tak ? Sekurang-kurangnya kita dah tanya apa yang jadi sebenarnya tanpa terus percaya kepada khabar angin yang entah betul entah tidak.

Manusia bebas berkata apa saja yang mereka nak. Tapi hakikatnya hanya orang yang melalui perkara tersebut tahu yang sebenarnya. Mungkin kita tak tahu apa yang mereka rasa. Jahat macam mana pun orang tu, jauh di sudut hatinya mesti terselit perasaan bersalah, insaf. Hanya Allah yang tahu kan. Besar mana pun kesalahan yang orang tu buat, siapa kita untuk menghukum, mengata & memaki ? Allah sendiri tidak menjatuhkan hukuman sebelum menghantarkan Rasul ke satu tempat. Kita boleh pula berkata ini dan itu walau tidak pernah cuba mendalami dan merapat ? Jangan kerana kata-kata & perbuatan kita yang mengikut nafsu, manusia yang nak bangkit perbaiki diri, merapati Ilahi jadi putus asa & hilang kekuatan.


Don't bother to ask if u don't bother to care
Don't bother to care if u don't bother to ask


Post ini tidak menyebelahi sesiapa. Hanya luahan rasa. Dan renungan bersama. Segala salah silap maaf dipinta. Moga Allah limpahkan rahmat atas kita semua :)


No comments: