Hlovate :)

Dengan nama Allah :)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd : 28 )

Manusia boleh berubah dengan apa juga cara, disebabkan kerana apa juga keadaan yang berlaku. Boleh jadi berubah kerana musibah, boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang, boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang, boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah di dalam Quran. Namun yang nyata Allah jugalah yang mengetuk pintu hati itu untuk berubah. Untuk lebih mengingati-Nya. Tidak hanya bertitik noktah pada solat lima waktu dan puasa Ramadan. Tapi lebih daripada itu. Dan bila begitu, apa yang hendak rugi ? Memang sesungguhnya dengan mengingati Allah hati itu akan menjadi tenang. Biar apa yang melanda dapat diterima dengan lapang. Mengingati Dia di waktu susah dan senang. Apabila hati telah terketuk begitu, hanya terpulang pada diri untuk buka pintu hati itu atau tidak.

Kita belajar daripada ujian. Kita belajar daripada pengalaman. Kita belajar untuk menerima ketentuan. Kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan. Kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada Dia tak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun.

Allah is there, for us.




No comments: