Teguran-Nya tanda sayang :)

Dengan nama Allah.

Online tadi semua duk cakap pasal gempa bumi kat Indonesia. Siap ada member post lagi laporan rasmi gegaran tu.
"8.7-magnitude quake off Sumatra, tsunami warning - 4:55PM Apr 11, 2012
United States Geological Survey (USGS) has put the 4.38pm (Malaysian time) earthquake off Aceh at 8.9 
magnitude, 431km southwest of Banda Aceh.
The epicentre was about 962km west of Kuala Lumpur and tremors were reportedly felt, among others, in Subang Jaya, Penang and Alor Setar."
Tahukah anda,gegaran paling kuat adalah 9.0 skala ritcher. Sebentar tadi adalah 8.9.. Sangat kuat gegaran itu. Sebab itu, sampai Malaysia terasa..

Tapi lagi takut baca komen ni :

"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya" (Kaab bin Malik RA)

Rasa nak nangis je baca hadis tu :'(. Malu pun ada. Malu dengan bumi. Yelah, bumi yang hanya alam semesta, sentiasa taat pada aturan-Nya tahu takut, aku ni pulak macam mane ? Kadang-kadang tu buat dosa sesuka hati je. Tak ingat pun Allah sentiasa melihat. Astaghfirullah. Banyaknya dosa aku pada-Mu ya Allah. Terlampau banyak ! Mungkin ini peringatan Allah. Agar manusia tidak terus leka. Segera kembali kepada-Nya. Allah tegur kita dengan pelbagai cara kan ? Tanda Dia masih sayangkan kita. Tanda Dia menunggu kita kembali kepada-Nya. Kalau tak, mesti Dia dah datangkan bencana yang lebih dahsyat. Yang boleh meragut nyawa kita mungkin. Bila Allah sambung hayat kita lagi, tidakkah kita melihatnya sebagai peluang dan kasih sayang ?

No comments: